Monday, November 14, 2016

Permulaan Pertama Dalam Mencapai Matlamat


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...

Sebenarnya saya mempunyai satu cita-cita, atau matlamat dalam hidup ini.

Saya sangat kagum melihat seseorang penebar roti canai, gerak tangan semasa menebar roti canai menarik perhatian saya, sehingga saya memasang matlamat supaya saya tahu untuk menebar roti canai.

Sekiranya ada pembaca atau yang terbaca blog ini perasan, saya pernah melukis tentang impian dan matlamat saya sebelum menutup mata dan meninggalkan dunia ini, impian tersebut ialah belajar mengaji dan satu laginya ialah dapat menebar roti canai.

Disebabkan itu, saya mencari-cari cara dan teknik menebar roti canai semasa melayari internet. Saya mencarinya melalui You Tube, tetapi hampa kerana tidak berjumpa teknik-teknik dan cara menebar roti canai.

Sehinggalah saya berjumpa dengan blog Hairul.com, blog yang berkongsi panduan memulakan perniagaan berasaskan makanan. Salah-satu panduan tersebut ialah cara-cara menebar dan membuat roti canai.

Tidak berlengah lagi, saya terus membelinya.

Hari ini, DVD panduan membuat roti canai telah sampai ke rumah saya, inilah gambar DVD tersebut.




Maka, diharapkan DVD ini dapat menjadi titik mula kepada saya dalam usaha untuk mencapai matlamat dapat menebar roti canai sendiri.

Diharapkan kepada pembaca atau sesiapa sahaja yang terbaca blog ini dapat mendoakan supaya saya dapat mencapai matlamat ini.

Semoga atas doa kalian maka tercapailah matlamat ini.

Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan DVD ini boleh layari laman web hairul iaitu hairul.com, banyak panduan,artikel dan tips yang diberi oleh Tuan Hairul dalam blog beliau. Panduan dan perkongsian itu datangnya daripada pengalaman beliau sendiri.

Semoga ada manfaatnya "post" kali  ini,

insya-Allah.

amin.

12 comments:

mek yunie said...

InsyaAllah mizi :) klau nk, mesti buat smpai dpt :)

Abam Kie said...

selamat berniaga..

Ain Athirah said...

Semoga tercapai impian. Lepas ni bukak business jgn lupa habaq dt blog okay ? Semoga Allah permudahkan segala urusan

Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu.
theathra.blogspot.my

Adda Comel said...

InsyaAllah .... Selamat Berniaga

At-Tarmizi said...

ayunie ramli insya-Allah, terima kasih, doakan saya ya. :)

At-Tarmizi said...

Abam Kie amin.terima kasih cikgu, doakan saya berjaya ya :)

At-Tarmizi said...

AinAthirah Anuar amin.insya-Allah, doakan saya berjaya ya, nanti kalau saya berjaya buat roti canai sendiri, saya akan update dalam blog, Semoga awak juga sihat selalu. :)

At-Tarmizi said...

Rabiatuladawiah Mustapha Insya-Allah...amin. terima kasih :)

Hairul Hissam said...

semoga berajaya bro mizi.. kalau ada pertanyaan ttg dvd.. wasap jee saya.. tq..

Cheq hanie said...

good luck..

At-Tarmizi said...

Hairul Hissam terima kasih Cikgu. boleh panggil cikgu kan? sebab saya dah kira jadi anak murid ni...memang banyak nak tanya nanti rasanya...ok,apa-apa nanti saya wasap, terima kasih Cikgu, doakan saya berjaya ya =)

At-Tarmizi said...

Haniezafri Othman thank you =)

Post a Comment