Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
sumber gambar:google images |
Sedikit perkongsian mengenai maksud cc & bcc pada e-mail....
CC adalah singkatan kepada "carbon copy"
fungsi cc ini adalah nama yang diletakkan dalam ruangan cc juga turut mendapat salinan e-mail yang sama yang diterima oleh penerima e-mail utama(yang dalam ruangan "to").Ok,tak jelas?mari lihat contoh yang berikut,
contoh: to:tar@ymail.com(penerima e-mail utama)
cc:ciknab@gmail.com(ciknab juga akan dapat salinan e-mail yang dihantar ke tar@ymail.com)
tar@ymail.com juga TAHU selain dia,ciknab@gmail.com juga mendapat e-mail yang sama macam dia.
BCC pula adalah singkatan kepada "blind carbon copy"
fungsi bcc juga sama seperti cc dimana selain penerima e-mail utama,nama yang diletakkan dalam bcc juga akan mendapat salinan e-mail yang sama seperti penerima e-mail utama. Bezanya penerima e-mail utama tidak tahu bahawa terdapat orang lain yang mendapat e-mail yang sama macam dia.Mari lihat contoh yang berikut,
contoh: to tar@ymail.com(penerima e-mail utama)
bcc: ciknab@gmail.com(ciknab juga akan dapat salinan e-mail yang dihantar ke tar@ymail.com)
tetapi tar@ymail.com TIDAK TAHU bahawa selain dia,ciknab@gmail.com juga mendapat e-mail yang sama macam dia
faham tak?harapnya post ini dapat membantu sedikit sebanyak tentang maksud cc/bcc dalam e-mail.
moga ada manfaatnya "post" kali ini.
insya-Allah....
amin.
6 comments:
ok baru faham :D terima kasih atas perkongsian :)
afzalsukasuki sama-sama,terima kasih juga sebab sudi singgah sini =)
ooohhhh...begitu....selama ni dibiar je kosong sebab tak tau fungsi...
thanks for the info!
selama ni punya pening fikir apa benda la fungsi cc dgn bcc. Ada google tapi itulah ingat2 lupa.huhu..
sofie adie sama-sama...moga ada manfaatnya =)
nana liena samalah...saya pun kadang rasa macam banyak benda nak cari dalam google tapi bila dah online tak tahu nak search apa =)
Post a Comment