Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Syukur..selesai sudah "soft-skills" 2 bulan di Multimedia Universiti Melaka(MMU)
Pelbagai perkara yang dilalui sepanjang tempoh hampir lapan minggu mengikuti fasa pertama dalam SL1M Telekom Malaysia ni....
Menyertai pertandingan sukan,aktiviti team-building,melakukan khidmat kerja sosial dan pelbagai lagi.........nanti akan saya ceritakan dengan lebih lanjut dalam "post" yang lain..insya-Allah..
Ada perkara yang menyeronokkan dan ada juga yang menyedihkan...biasalah tu.......tapi yang pasti keseronokkan itu lebih mengatasi kesedihan........
Kini perlu melalui satu lagi tahap iaitu menjalani latihan praktikal selama 6 bulan di Kuala Lumpur...ini merupakan tahap yang lebih penting untuk dinilai.........sekiranya ada rezeki maka dapatlah diserapkan menjadi staff Telekom Malaysia...tetapi sukar kerana peserta SL1M TM yang sebelum ini tiada seorang pun yang diserap masuk...........tak mengapalah........pergi sahaja mencuba nasib dan menimba pengalaman.........
Pertama kali dalam hidup akan menetap di Kuala Lumpur...........tidak pernah pergi pun sebelum ini kecuali semasa abang bergraduat di PWTC........tak mengapalah........cuba sahaja.......bukannya lama cuma enam bulan sahaja............doakan keselamatan dan kejayaan saya di sana.............moga selamat semuanya..insya-Allah.........
Saya akan menjalani latihan praktikal di Kolej Multimedia Kuala Lumpur,Jalan Semarak.......di bahagian sumber manusia.........antara sebab utama saya ingin meneruskan latihan ini.......dapat praktikal di bidang yang saya belajar~sumber manusia.........
Jadi perancangan saya sekarang ini>
1)Habiskan praktikal selama 6 bulan
2)Balik mintak kerja di hotel@mana-mana dalam bidang sumber manusia(1 tahun kerja)
3)Buat "master" dalam sumber manusia(2 tahun belajar)
4)Mohon jadi pensyarah
Sekiranya ada rezeki dapatlah saya mencapai cita-cita menjadi pensyarah.........
Tetapi ini semua hanyalah perancangan...dalam kertas semua nampak mudah.......hakikatnya Yang Maha Kuasa jua yang menentukan............
Doakan kebaikkan untuk diri saya dan saya juga mendoakan sesiapa sahaja yang membaca atau terbaca "post" di blog saya ini berjaya dunia dan akhirat....amin.
Moga ada manfaatnya "post" kali ini...
Insya-Allah...
amin.
5 comments:
Mengaminkan doa yang terbaik
Tahniah dan semoga apa yang dihajatkan tercapai ^_^
Susanti Hara terima kasih =)
sofie adie terima kasih, insya-Allah...amin. =)
Semoga cita cita untuk menjadi pensyarah akan tercapai. Amin...
Hidup ini kita kena mencuba. Kerana mencuba akan beri kita pengalaman dan pengalamanlah yang akan mendewasakan kita.
Post a Comment