Thursday, October 3, 2013

Jika Allah nak jadikan...jadilah...jika tidak..tidaklah..yang penting..kita dah cuba bukan???

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya-Ahmad Tarmizi b.Mohktar layak bergraduat bulan November 2013...


Hari ini..perancangan saya~hamba Allah yang lemah bangun awal dan kemudiannya menjadi yang terawal pergi ke pejabat pos menyelesaikan proses penghantaran surat meminta semula transkrip MUET..tetapi Allah juga yang menentukan~saya tertidur setelah menghantar emak berniaga di pasar.......dan akhirnya tidak pergi langsung ke pejabat pos.......

Hari ini....perancangan saya~hamba Allah yang lemah mencari warung yang menjual roti canai..tetapi Allah telah menetapkan saya~hamba Allah yang lemah...tidak berjumpa dengan warung menjual roti canai sebaliknya menikmati rezeki yang telah ditetapkan Allah..iaitu mee goreng.........

"Bersyukur dengan apa yang kita ada..bersabar dengan apa yang tiada" kata-kata ini diberi oleh Dr.Zaiton-pensyarah UNIMAS...semoga kata-kata ini menjadi amal kepada Dr.Zaiton dan ilmu kepada semua yang membaca "post" ini.................

Kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT.....jika perancangan tidak menjadi seperti yang diharapkan dan difikirkan..tidak mengapa..kerana Allah.....telah menetapkan sesuatu yang hebat kepada Kalian..kerana Kalian~HEBAT............

insya-Allah............................

amin.

0 comments:

Post a Comment