Friday, September 13, 2013

Hidup sebagai pelajar



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Ya Allah perkenankanlah doa hamba~Ahmad Tarmizi bin Mohktar supaya layak bergraduat bulan November 2013...amin.

Sudah tamat perjalanan menjadi seorang pelajar...pelajar secara rasminya...dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,dan akhirnya universiti....

Perjalanan bermula di tadika.......seorang pelajar yang menangis bila tengok emak nak balik..sehingga emak tunggu di bawah payung sekolah sehingga tamat waktu persekolahan......hinggalah cikgu tadika~Cikgu Marsilah dan seorang ustazah menegur aku supaya tidak menangis bila tengok emak nak balik........ini kisah di tadika....kisah permulaan hidup aku menjadi pelajar........tadika...........

Perjalanan seterusnya~sekolah rendah........boleh dikatakan aku pelajar cemerlang....kerana sering naik ke pentas mendapat hadiah kerana memperolehi markah tertinggi dalam bahasa Inggeris dan mendapat tempat ke 2 atau ke3.......tidak pernah aku mendapat nombor 1....sekolah rendah tamat dan aku tidak menyedari satu kelemahan aku ketika ini~KEMAHIRAN HIDUP........sekolah rendah...........

Aku juga belajar di sekolah rendah agama......ketika aku di darjah 3.......sekolah agama......aku pendiam...sehingga diberi hadiah sebagai pelajar contoh hanya kerana aku diam......tapi hakikatnya aku mendiamkan diri kerana aku tidak pandai membaca jawi dan mengaji Al-Quran........tulisan aku juga buruk sehingga ditegur ustazah bahasa Arab..."tulisan macam budak darjah satu".....aku gagal memperbaiki tulisan sehingga ke tarikh "post"ini ditulis..............Aku mula tahu membaca jawi apabila menghadiri satu kelas khas yang dibuat oleh guru besar sekolah agama aku~hanya satu kelas dan aku telah berjaya membaca jawi secara merangkak-merangkak......hebat teknik guru besar sekolah agama aku.........guru besar sekolah agama aku juga akan mengadakan seisi ceramah pada hari Jumaat......antara yang aku ingat~

1)Nabi Muhammad s.a.w guna satu gayung air untuk mengambil wudhuk sudah cukup..cerita guru besar sekolah agama aku bila melihat kami membazir air sewaktu mengambil wudhuk....

2)Niat yang baik semasa mengambil wudhuk seperti "Ya Allah,jadikanlah kakiku ini melangkah ke tempat yang baik dan jauh dari tempat maksiat" sewaktu membasuh kaki semasa wudhuk~ajaran daripada guru besar sekolah agama aku....

Perjalanan seterusnya.....sekolah menengah.........tingkatan satu.........aku begitu berkobar-berkobar untuk menjadi pelajar cemerlang......dan aku berjaya masuk ke tingkatan dua rancangan khas satu-kelas budak-budak pandai...sebab dikira kelas pertama antara kelas-kelas yang terdapat di sekolah menengah aku......tapi malangnya berada dalam kelas budak-budak pandai......aku tak cukup pandai....maka aku dipinggirkan dan meminggirkan diri...................hasilnya.....aku mendapat tempat kedua terakhir dalam kelas...buat pertama kalinya dalam hidup.......aku menjadi pelajar yang mendapat kedudukan corot dalam kelas.........tingkatan 3.....aku turun ke kelas rancangan tiga khas dua..............tapi.........biarlah......aku sudah tidak peduli sangat......emak kemudiannya telah memasukkan aku ke kelas tuisyen...........kelas tuisyen........aku sudah mengambil kelas tuisyen semasa aku di darjah tiga lagi.........tuisyen matematik dan bahasa Inggeris...tapi aku tidah habis sehingga ke tingkatan lima seperti along aku...........aku kemudiannya dihantar ke kelas tuisyen lain semasa di tingkatan dua......tingkatan tiga......dan aku hanya minat subjek sejarah kerana cikgu sejarah tersebut menjadikan subjek tersebut seronok............dan hasilnya....aku mendapat "A" subjek Sejarah dalam PMR...Penilaian Menengah Rendah....mungkin kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT tidak pernah mengambilnya lagi......................subjek lain~tidak gagal tapi bukan "A'. Tingkatan empat......aku masuk kelas sastera iktisas satu...........aku dibuli..........begitu lama aku dibuli sehingga aku pernah tertekan dan menyebabkan kepala aku seperti ingin meletup..............tidak pernah dipukul.............tapi aku sentiasa disuruh mengangkat beg.......atau duduk di tempat tiada orang......barangkali kalau aku mempunyai keberanian untuk bersuara......bukan bergaduh......tapi bersuara.........mungkin..................tingkatan lima......aku masih di tingkatan lima iktisas satu.....dan syukurlah pelajar yang suka membuli aku telah turun kelas.............tapi...........aku mula tidak hadir ke sekolah.....ponteng kelas........tidur dalam kelas......................aku sentiasa mencari alasan untuk menipu emak supaya tidak perlu ke kelas.........pernah sekali...........aku berpura-pura jatuh basikal supaya tidak perlu ke sekolah........................dan barangkali itulah kali terakhir emak bagi aku bawa basikal ke sekolah......seterusnya........dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia...........SPM.......tidak pasti mungkin semasa kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT membaca "post"ini.......SPM mungkin masih ada atau mungkin sudah ditukar nama..............SPM Aku~gagal semua subjek kira-kira.............................maka aku masuk ke tingkatan enam.......ketika aku masuk sudah ditukar nama kepada program persedian universiti(PPU)........aku~PPU Sastera..........ketika di PPU Sastera satu~tingkatan enam rendah........aku jarang hadir.......................tapi aku mula berkawan.....kawan yang aku cari........pakai songkok.......sebab biasanya mereka ini baik..........maka aku berkawan dengan Noor Aiman b.Abd Rahman................aku mula mengikuti aktiviti sekolah..............dan memegang beberapa jawatan........aku bukan seorang pemimpin yang baik kerana mudah cemas........................aku juga bertemu dengan seorang guru cemerlang Pengajian Am....dan jadilah subjek Pengajian Am itu seronok dipelajari.........................................aku juga pernah dihalau keluar kelas kerana salah faham..................................dan aku minta maaf cikgu bahasa Melayu....tamat tingkatan enam..............aku membuat rayuan ke Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) apabila permohonan aku ke universiti lain tidak diterima.......syukur kepada Allah s.w.t.........aku ingat lagi hari aku mendapat tawaran tersebut...........aku bersujud syukur.............................ya aku masuk UNIMAS dengan kawan aku Noor Aiman bin Abd.Rahman.............buat pertama kalinya.........aku tinggalkan keluarga kerana aku tidak pernah keluar dari rumah untuk tempoh yang lama......................terima kasih kepada kawan aku Aizat kerana memberitahu mengenai peluang kemasukkan ke UNIMAS.............

UNIMAS..........seperti biasa........di tahun pertama......semester pertama lebih tepat lagi...........................aku berkobar-berkobar................untuk menjadi pelajar cemerlang.........dan aku juga jatuh cinta.............sehingga mengabaikan nasihat emak.....................................semester kedua hingga kelima...........aku hancur........kerana mengikut kawan..........."pointer"aku jatuh............dan aku gagal subjek ekonomi sedangkan kawan-kawan aku semuanya lulus subjek ekonomi.........................aku juga boleh dikatakan gagal urus wang dengan baik........kerana aku mendapat duit PTPTN...duit rm300 yang Pak  Ngah aku bagi tiap-tiap bulan........duit rm150 emak aku bagi.........dan kadangkala along aku akan memasukkan duit......serta selalu "top-up"kredit telefon bimbit aku...........tapi aku...........boros..........aku  juga menunggu perempuan yang aku cinta sehingga semester lima.........tetapi hasilnya hampa...............

Kini....saat aku menulis "post"ini......aku sedang menunggu pengesahan aku layak bergraduat............aku sudah hampir habis menamatkan hidup sebagai pelajar secara formal.......tetapi pembelajaran dalam hidup tidak pernah dan tidak akan berhenti......

Buat kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT.............saya~hamba Allah yang lemah ini berharap.........ada nasihat..tunjuk ajar.......pengalaman.....kelemahan............kesilapan......................daripada "post"ini yang membantu kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT..........dan menjadi amal saya bila saya mati........insya-Allah........

amin.



0 comments:

Post a Comment