Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Komputer riba tidak boleh dibuka untuk seketika...
Panik..cemas...resah...
Semua kerja Projek Tahun Akhir ada di dalam komputer riba...
Pergi ke kedai membaiki komputer...
Tetapi komputer riba boleh dibuka semasa di dalam kedai komputer...
"Cuba bersihkan komputer"kata pekerja di kedai komputer...
Pulang semula ke rumah sewa....
Cuba membuka komputer riba..tetapi tidak boleh dibuka...skrin gelap..tiada sebarang gambar yang keluar... hampa...kecewa..
Keesokkan harinya..hari Jumaat...
Diri ini~hamba Allah yang lemah...memulakan hari dengan salah...tidak solat subuh...kerana bangun pukul 10 pagi...
Bergegas mencapai beg...memasukkan komputer riba...sebelum pergi ke kedai komputer...cuba membuka komputer riba...berjaya...ada gambaran yang keluar...komputer riba diri ini~hamba Allah yang lemah sudah berfungsi semula....
Allah s.w.t telah memberi dan pastinya akan sentiasa memberi peringatan dan tunjuk ajar...
Komputer riba diri ini~hamba Allah yang lemah...berhabuk..dan tidak dijaga dengan baik...Allah s.w.t mengajar tentang pentingnya bersih...mungkin antara sebab komputer riba tidak boleh dibuka kerana berhabuk... Seorang abang yang menjaga "kiosk" menjual makanan pernah memberitahu bersih itu sebahagian daripada iman.
Allah s.w.t telah memberi peringatan tentang kerja tidak perlu bertangguh...
Komputer riba yang tidak boleh dibuka menyebabkan diri ini~hamba Allah yang lemah panik..cemas kerana Projek Tahun Akhir ada di dalam komputer riba dan tidak disimpan dalam "pendrive" dan selalu bertangguh untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir... maka komputer riba yang tidak boleh dibuka untuk seketika memberi kesedaran tentang pentingnya kerja yang boleh diselesaikan maka selesaikan..ketika "post" ini ditulis Projek Tahun Akhir masih belum siap walaupun komputer riba telah boleh dibuka..kerana masih perlu menyiapkannya secara berperingkat....
Komputer riba yang tidak boleh dibuka..semasa tidak boleh dibuka berbagai doa..supaya Allah s.w.t membolehkannya dibuka semula...ini membuktikan betapa lemahnya diri ini...kerana hanya berdoa..kepada Allah s.w.t semasa susah dan selalu lupa untuk berdoa semasa senang...maafkan saya ya Allah....
~Buat kalian..generasi selepas diri yang HEBAT...pasti komputer riba kalian bersih...kerana kalian bersih dan HEBAT.....insya-Allah...
amin.
0 comments:
Post a Comment