Buat seketika "post" kali ini bukan nasihat daripada orang-orang hebat(terlalu banyak nama yang hendak ditulis) yang saya jumpa dalam hidup saya..moga-moga saya~hamba Allah yang lemah~dapat terus berjumpa dan menimba ilmu daripada mereka sebelum saya mati....
"Post kali ini tentang dompet saya yang Allah s.w.t hilangkan buat seketika selepas saya selesai bermain badminton bersama sahabat saya-Aiman,Hasif dan Desmond...ianya hanya tentang dompet saya yang hilang seketika...sebenarnya tercicir semasa saya sedang duduk makan..dompet itu terjatuh tanpa saya sedar...
Saya panik..makanan Nasi Ayam Madu harus dibayar..mujur Hasif sudi meminjamkan duit dia..saya mencari dalam beg badminton..tiada..kemudian saya pergi ke gelanggang badminton semula...tiada juga dompet saya di situ.
Saya pulang semula ke warung makan..Hasif memberi dompet saya..-dompet kau jatuh-Hasif memberitahu saya.......lega.......
Kisah yang ringkas tetapi memberi kesan yang mendalam kepada saya kerana-
- Saya tidak menunaikan solat Isyak terlebih dahulu sebelum pergi bermain...
- Saya mengungkit semula segala sedekah dan bertanya kenapa benda ini(dompet hilang) terjadi kepada saya
- Saya berfikir tidak guna bertanya kepada orang yang menjaga gelanggang badminton tersebut sebab berfikir mereka akan mengambil dompet tersebut dan tidak akan memulangkannya
- Saya terfikir kenapa Allah s.w.t menyusahkan saya?
Justeru..ini satu kisah bagi diri saya..satu peringatan daripada Allah s.w.t kepada saya supaya sedar saya belum cukup ikhlas...dalam beribadah...dalam menjadi hamba Allah...malang bagi saya kerana selepas kisah ini berakhir..saya tidak sedar-sedar sehingga sangup menonton video lucah.....hina betul saya ini...
Saya berharap dan berdoa supaya kalian~Generasi selepas diri~sekiranya membaca atau terbaca tulisan ini...jadikan kisah dompet yang Allah s.w.t hilangkan seketika ini menjadi satu kisah di mana kalian terfikir "bagusnya aku ini...suka bersedekah?tolong...ingat kisah saya ini..tidak ikhlas sehingga Allah s.w.t memberi sedikit peringatan...sedekahlah walau tidak ikhlas..mudah-mudahan kisah dompet yang Allah s.w.t hilangkan seketika ini dapat menjadi amal kepada diri saya dan ilmu kepada kalian~Generasi selepas diri yang hebat~insya-Allah....amin.
0 comments:
Post a Comment