Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Semasa kenduri arwah ibu Aiman..semoga kau kuat Man..tadi adik kau Udin cakap dia tengok wajah ibu kau bercahaya dan nampak tenang..semoga ibu kau ditempatkan di kalangan orang beriman..amin
Semasa sedang membaca Yassin,Zikir..otak diri ini..hamba Allah yang lemah berfikir..lepas habis kenduri nanti..proses membaca dan sedekah doa semoga mereka yang telah meninggal dunia harus diteruskan bukan terhenti setelah selesai kenduri...
Semasa sedang membaca Yassin dan Zikir..akal dan hati hamba Allah yang lemah..berdetik.."kalau aku meninggal,adakah orang nak baca Yassin,buat kenduri untuk aku?"ya Allah...bantulah hamba supaya urusan jenazah hamba dapat disempurnakan...amin.
Semoga mereka semua....yang telah meninggal dunia..akan sentiasa disedekahkan doa supaya mereka berada dalam keadaan tenang dan dalam kalangan orang yang beriman kepada Allah..dan juga kepada mereka yang masih hidup..amin.
-P:S-Nasihat yang dapat dikongsi hari ini oleh Emak saya-Jamaliah bte Deraman..duit itu perlu tetapi bukan yang terutama.
0 comments:
Post a Comment