Thursday, September 6, 2012

Warung depan kubur



Hari ini pergi makan di sebuah warung,

Ironi warung itu di berdepan dengan kubur,

Doa semoga roh semua dicucuri rahmat setiap kali terlihat,

Kopi diminta-hilang dahaga-harga seringgit dua,

Mencari warung hanya untuk menonton tv,

Kerana telinga menghadapi komplikasi,

Maka skrin gergasi menjadi destinasi,

Biar jelas suara biar sampai ke telinga,

Tv3-999 cerita yang sama-jenayah anak muda-ada juga tua,

Menonton jenayah di hadapan kubur-pelik rasanya,

Memicit telefon bimbit,

Mencatat suatu peringatan-suatu harapan doa dalam impian sebenarnya,

Meraih pointer 3.85 semasa majlis graduasi diri nanti.Aminkanlah Yang Maha Agung lagi Maha Memperkenan doa.

Cerita jenayah berakhir sudah-siaran ditukar tapi kubur masih di hadapan.Kekal sampai aku mati sampai hari kita kembali barangkali.

Animasi menjadi peneman di skrin gergasi~hasil teknologi~siaran satelit seluruh dunia~rangkaiannya  .... Aku menjadi antara generasi yang merasai~kemajuan teknologi hasil kurnia Ilahi kepada manusia yang disukai dan diredhai.-DIA.


Siaran itu terganggu sebentar dengan iklan. Aku bingkas bangun mengatur jalan.Membuat bayaran.Bersyukur pada tuhan berterima kasih pada pelayan atas minuman.Dalam hati.

Kubur itu masih di situ. Aku pergi..............................................................................................

~Untuk diri,generasi,bangsa,agama....ciptaan Tuhan...warung saji makanan,minuman..kubur janji jodoh,ketetapan dan kepastian...ingat pesan "manusia sempurna"-selalu ziarah kubur kalau tidak hati keras-benar aku mengakuinya saat mengambi kerusi untuk duduk dan melihat-warung depan kubur~kubur depan warung.Titik....

0 comments:

Post a Comment