Friday, May 30, 2025

HO MOK PLA (IKAN KUKUS THAI)

 BAHAN A (KISAR HALUS)

Bwg putih - 3 ulas
Bwg merah - 5 ulas
Serai - 2 batang
Lengkuas - 1 inci
kunyit hidup - 1 inci
Air asam jawa - Secukup rasa
Cili padi - Secukup rasa

BAHAN B
Pati santan
Telur - dipukul
Daun limau purut - hiris nipis
Asam jawa - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Gula @ Gula melaka - secukup rasa
Sos ikan - secukup rasa
Telur - 2 biji
Ikan (apa² jenis ikan) - dipotong filet kecil² @ diambil daging & diblender halus

BAHAN C
Daun pisang - dipotong & dibersihkan
Kubis - kukus kemudian hiris 

CARA MEMASAK
1. Masukkan semua bahan kisar A dalam satu mangkuk. Campurkan bahan B. Biarkan seketika

2. Sediakan daun pisang dibentuk spt untuk buat kuih tepung pelita @ apa² bentuk spt perahu dll. jika malas blh letakkan daun pisang dlm mangkuk

3. Susun kubis yg tlh dihiris nipis tadi di atas daun pisang.

4. Kemudian masukkan ikan yg telah digaulkan dengan semua bahan. susun

5. Tuangkan kuah ke atasnya spt dlm gambarajah. 


6. Kukus 15 - 20 minit.

7. Apabila masak, blh sendukkan pati santan yg dikukus dgn sedikit garam & tepung utk likatkannya.

8. taburkan cili besar hiris @ daun limau purut hiris. sedia dihidangkan. sedap dimakan panas². 


Wednesday, May 28, 2025

SSD VS HDD

 


Tuesday, May 20, 2025

Resipi nasi rawon




 1. Rebus 1 liter air,setelah mendidih masukan potongan daging,rebus kembali hingga mendidih. keluarkan daging dan buang air rebusannya.


2.Kisar halus semua Bahan-bahan untuk membuat bahan kisar. panaskan minyak sayur masukan bahan kisar, daun salam,daun limau purut, dan serai,tumis hingga naik bau.


3.Siapkan periuk,masukan potongan daging,2,5 liter air,bahan kisar yang dah di tumis tadi,sebagian garam,gula pasir dan serbuk pati lembu. rebus hingga daging lembut. perisakan dengan baki garam,gula pasir dan serbuk pati lembu. Seimbangkan rasa. tutup api dan sedia untuk di hidang.


4.Cara hidang,masukan sup rawon kedalam mangkuk,tabur taugeh dan bawang goreng,makan bersama nasi putih dan telur masin. Selamat mencuba dan semoga berjaya 😘


SUMBER: https://cookpad.com/my/r/15205605

Saturday, April 26, 2025

Awas Voyeurism

 

Voyeurism merujuk kepada keinginan atau perbuatan mengintip, melihat atau merakam individu lain yang tidak menyedari dan tidak bersetuju




Fetishisme seksual pula ialah keadaan di mana seseorang merasakan tarikan seksual luar biasa terhadap objek, bahagian tubuh, atau keadaan tertentu, yang bukan secara lazim dianggap erotik.

Contoh fetish:

• Kehamilan (pregnancy fetish)
• Kaki, kasut, pakaian dalam, bau tertentu, dan sebagainya.

Mengesan individu yang mempunyai fetish atau voyeurism bukan mudah kerana mereka sering bertindak diam-diam

Apa perlu dilakukan jika mengesyaki seseorang?

• Catat masa, lokasi, dan tingkah laku yang mencurigakan.
• Cuba ambil gambar atau video sebagai bukti (jika selamat).
• Lapor kepada pengawal keselamatan atau polis secepat mungkin.
.

Jika anda mempunyai keinginan luar biasa seperti gejala Fantasi atau tingkah laku voyeuristik dan telah menyebabkan tekanan psikologi atau mudarat kepada orang lain dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera

sumber: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia

Wednesday, April 16, 2025

Cuba tulis lirik lagu

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Saya cuma nak berkongsi tentang satu lirik lagu yang saya tulis.

Saya guna a.i untuk jadikan lirik lagu yang saya tulis tu kepada lagu.

Boleh dengar dan beri pendapat tentang lirik lagu saya tulis tu?

Tak lama..tak sampai seminit lagunya..sebab masih dalam percubaan..

saya kongsikan lirik lagu tersebut.

Pull the trigger

And let's finish this

Story..

Can not take it any longer

Just pull the trigger

Put the end of it

Father,brother

I am coming to you guys

Again..

So,please pull the trigger and end this

please

pull the trigger

and put me into sleep

forever


ni link lagu~ https://www.mureka.ai/song-detail/GmUxHNFHNeogPaTduzEnX8?is_from_share=1

Monday, April 7, 2025

Bolehkah niat puasa enam dan puasa ganti secara serentak?

 Soalan:  


Assalamualaikum , Saya ingin bertanya , bolehkah saya berniat puasa qada (ganti) dan puasa enam dibulan syawal secara serentak (dua dalam satu (puasa ganti dan puasa enam). Terima Kasih


Jawapan:  

Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada saudara yang bertanya.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Taala, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ï·º, ahli keluarga Baginda ï·º, sahabat Baginda ï·º serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda ï·º.


Firman Allah SWT:


ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّذِينَ Ù…ِÙ† Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


(Surah al-Baqarah:183)


Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Tanpa Ada Sebarang Keuzuran

Sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan tanpa sebarang keuzuran wajib ke atasnya menqadhakannya serta merta selepas tamatnya Ramadhan dan selepas selesai hari raya yang pertama. Seseorang itu tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diekori dengan puasa qadha.


Adapun sekiranya dia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan kerana ada keuzuran (yang dibenarkan syarak) maka harus baginya mendahulukan puasa enam pada bulan Syawal daripada puasa qadha kerana qada waktu puasa qadha adalah muwassa` (luas).


Imam as-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Rahimahullahu Taala  menyebut: “ (Dan demikian  lagi) orang yang tiada puasa  dengan uzur sunat dia berpuasa enam hari sunat syawwal melainkan orang yang berbuka puasa Ramadhan dengan tiada uzur maka wajib ke atasnya menyegerakan menqada Ramadhan kerana makruh mengerjakan sunat orang yang ada padanya qada Ramadhan dengan tiada uzur maka wajib menyegerakan qada dahulu.” (Rujuk Kitab Bughyah at- Tullab, hlm. 128)


Isu Menggabungkan Dua Ibadat Dengan Satu Niat


Masalah ini dikenali di sisi para ulama sebagai masalah tasyrik (mengabungkan dua ibadat dengan menggunakan satu niat) hukumnya :


Sekiranya ia adalah termasuk dalam wasilah atau perkara yang bercampur maka hukumnya sah. Terhasil apa yang dihajatinya daripada kedua ibadat tersebut. Misalnya, jika seseorang itu mandi junub pada Hari Jumaat untuk melakukan Jumaat dan juga mengangkat junub. Sesungguhnya junubnya terangkat dan pahala mandi jumaat tersebut pun terhasil. Walaupun salah satu daripada dua ibadat tersebut tidak diniatkan manakala yang lain pula diniatkan dengan zatnya maka sah himpunan atau gabungan tersebut dan tidak mencederakan ibadat tersebut misalnya solat tahiyyah masjid dilakukan berserta solat fardhu atau solat sunat yang lain.

Adapun menghimpunkan atau gabung di antara dua ibadat yang diniatkan dengan zatnya seperti puasa qadha atau kaffarah, atau nazar berserta puasa sunat seperti puasa sunat 6 hari pada Bulan Syawal maka tidak sah tasyrik tersebut mengikut pendapat yang muktamad kerana setiap ibadat itu berasingan daripada ibadat lain yang diniatkan dengan zatnya dan tidak pula berada di bawah ibadah yang lain.

Persoalannya, adakah berpuasa dengan niat qadha Bulan Ramadhan dan niat puasa 6 pada bulan syawal yang digabungkan sah keduanya? Atau salah satu sahaja sah? Jika dibuat secara ithlaq (Umum) berhasil keduanya atau salah satu sahaja?


Gabung Niat Puasa Qadha Ramadhan Dan Puasa 6 Syawal


Fuqaha dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat tentang isu menggabungkan niat di antara puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.


Syaikul Islam Zakaria al-Ansari Rahimahullahu Taala: “Jika seseorang berpuasa pada Bulan Syawal untuk qadha bagi puasa Ramadhan, atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya. Kerana topik perbincangannya adalah tentang puasa pada 6 hari daripada bulan Syawal…tetapi dia tidak akan memperolehi pahala yang sempurna sebagaimana yang diinginkannya melainkan dengan hanya dia berniat puasa khusus untuk 6 hari pada bulan Syawal sahaja. Terutamanya orang yang telah luput daripadanya puasa Ramadhan kerana tidak sesuai dia berpuasa Ramadhan dan seterusnya berpuasa 6 hari di bulan syawal” (Rujuk Kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir)


Imam Ramli Rahimahullahu Taala menyebut bahawa dia pernah ditanya tentang puasa Ramadhan dan qadha  di bulan Syawal, adakah berhasil qadha puasa Ramadhan dan pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal, ada ke tidak dalam masalah ini sebarang nukilan?


Imam Ramli Rahimahullahu Taala menjawab: “Bahawa berhasil puasa qadha Ramadhannya walaupun dia gabung niat puasa qadha Ramadhannya dengan puasa yang lain. Dan berhasil pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin).” (Rujuk Fatawa Imam Ramli, 2/339)


Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala dalam mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib: “Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” (Rujuk Kitab Al-Fatwa Al-Kubra, 2/75)


Sebahagian ulama menyebut sah seseorang itu melakukan qadha puasa bulan Ramadhan bersama puasa sunat enam Syawal dan terhasil pahala puasa sunat yang dilakukan di dalam bulan Syawal tersebut. Hal ini  kerana diqiyaskan dengan seseorang yang memasuki masjid kemudian solat 2 rakaat fardu atau solat sunat rawatib (mengiringi solat fardu)  maka terhasil sekali baginya pahala solat sunat Tahiyyatul Masjid kerana ia melakukan solat berkenaan sebelum ia duduk.


Imam Sulaiman al-Bujairimi Rahimahullahu Taala berkata: “Terhasil pahala solat sunat Tahiyyatul Masjid dengan melakukan solat fardhu atau sunat yang lainnya, sama ada diniatkan atau tidak solat sunat Tahiyyatul Masjid tersebut. Hal ini berdasarkan hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim : “Apabila masuk salah seorang dari kamu ke dalam masjid hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk” dan kerana itu juga maksud solat sebelum duduk yang disebutkan dalam hadis telah terhasil dengan melakukan solat Fardhu atau solat sunat yang lain. (Rujuk Kitab Hasyiah al-Bujairimi 1/280)


Begitu juga nas yang hampir serupa dikatakan Syeikh Islam Zakaria Al-Ansori Rahimahullahu Taala: Terhasilnya solat sunat dua rakaat atau lebih (yang dimaksudkan dengan adalah hasilnya pahala solat walaupun bersama dengannya solat fardhu atau solat sunat yang lain) sama ada diniatkan sekali ataupun tidak. Ia berdasarkan hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim Rahimahumahullahu Taala “ Apabila masuk seseorang daripada kamu ke dalam masjid maka janganlah ia duduk sehingga ia solat dua rakaat”. ” dan kerana itu juga maksud solat sebelum duduk yang disebutkan dalam hadis telah terhasil dengan melakukan solat Fardhu atau solat sunat yang lain (Rujuk Kitab Fathul Wahab Syarah Manhajul Tullab 1/67)


Imam ar-Ramli Rahimahullahu Taala telah berkata: “Dan sekiranya berpuasa pada bulan syawal, puasa qadha, nazar atau selain daripada keduanya atau seumpama dengannya, seperti berpuasa pada hari A^syura maka telah dapat pahala puasa sunat itu baginya, seperti yang telah difatwakan oleh bapanya (bapa kepada Imam ar-Ramli), begitu juga oleh al-Barizi, al-Asfahuni, A—Nasyizi, al-Faqih Ali Soleh al-Hadrami dan selainnya tetapi ia tidaklah mendapat pahala yang sempurna ke atas yang dituntut.” Begitulah sama hukumnya puasa Ramadhan dengan puasa sunat enam Syawal. (Rujuk kitab Nihayah al-Muhtaaj, 3/208-209)


Imam as-Suyuti Rahimahullahu Taala berkata : “Sekiranya seseorang berpuasa sunat misalnya pada hari Arafah, qadha atau nazar atau kafarah, dan diniatkan puasa-puasa tersebut bersama dengan niat puasa sunat hari Arafah, maka al-Barizi telah memberi fatwa bahawa sah puasa dan terhasil pahala untuk kedua-duanya. Begitu juga halnya jika dia ithlaqkan (sahaja aku berpuasa) maka masalah tersebut mengikut masalah solat tahiyyah Masjid.  ” (Rujuk kitab Ashbah Wan Nazoir, hlm. 61)


Dalam Syarah al-Tanbih karangan al-Hafiz al-Suyuti Rahimahullahu Taala, daripada fatawa al-Baarizi Rahimahullahu Taala, beliau mengatakan : Sekiranya seseorang berpuasa sunat misalnya pada hari Arafah, qadha atau nazar atau kafarah, dan diniatkan puasa-puasa tersebut bersama dengan niat puasa sunat hari Arafah terhasih keduanya (sah keduanya), begitu juga jika dia ithlaqkan (sahaja aku berpuasa). Tetapi al-Isnawi menyebut perkara ini tertolak dan qiyas yang dilakukan tidak sah dalam menggambarkan perkongsian satu daripada keduanya. Disisinya apa yang terhasil adalah yang fardhu sahaja dalam gambaran ithlaq”


Walupun begitu, perlulah diambil perhatian, maksud terhasilnya pahala puasa sunat enam Syawal apabila dimasukkan sekali dengan puasa fardhu adalah pahala semata-mata pahala sunat bukannya pahala yang sempurna


Kesimpulan


Kesimpulannya, mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif. Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.


Al Kafi li al-Fatawi


sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3458-al-kafi-1275-bolehkah-niat-puasa-enam-dan-puasa-ganti-secara-serentak

Sunday, April 6, 2025

Sampul Duit Raya (SDR)

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Selamat hari raya Aidilfitri 1446 Hijrah tahun 2025. 

Raya tak ada apa sangat bagi saya, minta maaf dengan mak saya,pergi sembahyang raya, balik makan ketupat dan rendang,makan kuih raya, lepas tu tunggu abang saya balik raya keeempat untuk pergi jalan beraya rumah saudara-mara...itu sahaja.

Tak ada apa yang menarik pun. Cuma tahun ni, saya seronok pula nak kumpul sampul duit raya(SDR)..

Sebab apa saya kumpul SDR, sebab terpengaruh dekat group kumpul SDR dalam facebook. Cantik-cantik sampul yang mereka kumpul, saya pun rasa tertarik hati nak cuba kumpul tahun ni.

Susah juga ya, sebab saya tak berapa ada modal sangat nak kumpul SDR, jadi bila saya pergi ke stesen minyak atau bank,saya akan cuba minta SDR. Mana tahu dapat percuma.

Jadi antara stesen minyak yang saya dapat SDR secara percuma ialah stesen minyak Petron dan stesen minyak SHELL..stesen minyak lain macam Petronas, BHP saya minta tak dapat. Lain-lain stesen minyak saya tak cuba pula minta.

Manakala bank pula saya cuma dapat Bank Islam..itu pun minta mak saya tolong minta kan bila saya bawa mak saya pergi Bank Islam untuk keluarkan duit STR mak saya. Bank yang saya cuba minta ialah Bank Rakyat...malangnya tak dapat. 

Paling saya rasa tak best bila cuba minta dekat UNIFI, langsung tak dapat..kecewa juga sebab SDR Unifi tahun ni cantik...malangnya tak dapat. Rasa kecewa juga sebab bila lambat buat bayaran untuk Unifi, ada sahaja isu...line jadi slow dan sebagainya. Lepas tu bila ada masalah minta tolong Unifi,lambat juga nak selesaikan., bila minta bayaran laju pula, tapi itulah, SDR pun tak beri kepada customer..apalah.

Tapi tak apalah, mujur ada anak buah kecil-kecil lagi, jadi banyak dapat SDR...maka saya minta sahajalah dengan anak buah.

koleksi SDR untuk tahun ini..banyak minta dekat anak buah sahaja =)


Tak tahulah tahun depan saya nak kumpul lagi SDR ni, itu pun kalau saya masih hidup lagi tahun depan.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah..

amin.