Friday, November 30, 2018

Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi

Klik banner untuk join =)


saya tag:

Thursday, November 29, 2018

Penat dan putus asa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Fuh,mencabar sungguh rasa nak hujung-hujung tahun ni..

Rasa macam banyak dugaannya.

Entahlah...

Jika saya simpan dan pendam mungkin akan menyebabkan rasa sakit dalam kepala.
Jadi saya tulis sahaja dalam blog saya ni.

Dugaannya:

1) clutch plate motor rosak,kos nak baikinya rm 100+++

2) sport rim motor rosak,kena tukar satu set,kosnya dalam 200+++ kalau ambil yang tahan/lasak sikit.

3)no plat motor patah..

4)arm motor dah rosak,kos nak baikinya rm85+++

5)road tax kereta dah mati,nak hidupkan tak ada duit...

6) laptop tunggu masa sahaja rosak, motherboard dah tak boleh diselamatkan lagi,rosak kali ni kena beli laptop baru.

7) power rabun dah naik/cermin mata pun dah rosak..nak tukar belum ada duit.

8) tempat niaga kemungkinan akan ditutup..entahlah..mana nak meniaga/cari duit lepas ni?

Entahlah...
Penat dan putus asa rasanya.

Asif & Tar


Tuesday, November 27, 2018

Menang Segmen Saya Nak Buku Free By Cuya


Alhamdulillah....saya telah terpilih sebagai pemenang bagi segmen Saya Nak Buku Free By Cuya.

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/11/pemenang-segmen-saya-nak-buku-free-by.html

                                

Saya berjaya memenangi sebuah zine bertajuk A Gift For D'Cleft.


Sekali lagi terima kasih kepada blogger Cuya kerana menganjurkan segmen ini, dan terima kasih juga kerana memilih saya sebagai pemenang.

Bertambah lagi kenangan manis saya dalam berblogging ini.

Alhamdulillah, terima kasih ya =)

Monday, November 26, 2018

Buah Nam-Nam @ Katak Puru

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masa berjaja dekat pasar,ada seorang pelanggan ni tanya,ada jual pucuk nam-nam tak?termenung sekejap..tak pernah dengar..

Google pasal buah nam-nam ini atau nama lainnya buah katak puru, sedap dibuat lauk/ulam rupanya ya..kena cuba ni.

Saya kongsi artikel yang saya ambil daripada suratkhabar Sinar Harian ini tentang buah nam-nam atau juga dipanggil buah katak puru.

Ingat nak cuba tanamlah,senang ke nak hidup?
Image result for buah nam nam malaysia
buah nam-nam,sumber gambar:google images

Nam nam dipanggil buah katak puru
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: October 26, 2011
Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu.

Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur.

Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru.

Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus.

Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan.

Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh.

Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang.

Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja.

Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut.

Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur

sumber : sinar harian http://www.sinarharian.com.my/mobile/rencana/nam-nam-dipanggil-buah-katak-puru-1.2401

Saturday, November 24, 2018

Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K.

Klik banner untuk join =)

Friday, November 23, 2018

Asif & Tar



idea daripada blogger annursyuhadah untuk contest isi dialog asif & tar
jom lawati blog blogger >annursyuhadah.com<