Tuesday, July 31, 2018

Seperti tikus membaiki labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti tikus membaiki labu..

Maksudnya acah-acah pandai sedangkan memang tak reti.

Itulah yang jadi dekat saya...

Kisahnya periuk nasi/rice cooker rumah rosak...bila tekan-tekan tak boleh..tekan yang untuk masak tu. Tekan naik atas balik. Jadi saya tak boleh nak masak nasi.

Maka saya dengan yakinnya pergi ke YouTube dan tengok kalau ada cara nak baiki rice cooker ni.

Memang ada banyak video.

Video yang tunjuk hanya dua minit sahaja cara nak betul rice cooker ni pun ada.

Maka dengan yakinnya saya cuba nak betulkan rice cooker saya yang rosak tu.

Malangnya,selepas dah buka rice cooker saya tak tahu langkah seterusnya..

Maka jadilah saya seperti tikus yang membaiki labu.

Saya kongsikan gambar rice cooker yang saya dah buka ini.

Jika ada pembaca atau yang terbaca blog saya ini tahu masalah rice cooker saya ini harapnya sudilah beri tunjuk ajar.

Monday, July 30, 2018

Bagai anjing menyalak

Bagai anjing menyalak,
Akhirnya hanya memenatkan tekak,
Menyalak bagai nak rak,
Sedikit kesan pun tak nampak.

Bagai anjing yang menyalak,
Sudah penat jadi anjing yang menyalak,
Biar senyap tak banyak borak,
Tak rasa penat,hati pun tak bengkak.

Bagai anjing yang menyalak,
Menyalak-menyalak,
Dari sekecil anak hingga dah boleh jadi bapa budak,
Penat jadi anjing yang menyalak,

Sudahlah,
Hidup sahaja dalam dunia sendiri,
Kalau dah sampai masa nanti,
Mati.

Saturday, July 28, 2018

Asif & Tar


Thursday, July 26, 2018

Mak...


Monday, July 23, 2018

Nasi goreng campak-campak

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Malam-malam rasa lapar pula,pergi dapur tengok ada nasi.

Lauk dah habis,tinggal nasi putih.

Tengok peti sejuk ada ikan bilis dengan planta.

Maka buatlah nasi goreng campak-campak.

Campak-campak sebab saya main campak sahaja bawang, cili,garam...

Maklumlah lapar, yang penting cepat siap,cepat makan.

Saya kongsikan cara saya masak nasi goreng ni.

Bahan-bahannya:

1 atau 2 pinggan nasi putih sejuk
1 ulas bawang besar.
3 ulas bawang putih.
Sedikit halia.
Sedikit ikan bilis.
Sedikit cili kering.
1 atau 2 sudu planta.

Okey, cara masaknya:

1)kisar bawang besar,putih,halia,ikan bilis,cili,halia,ikan kering ..cara kisar masukkan air suam/paip dalam mesin pengisar lepas tu kisar.

2) panaskan kuali

3) masukkan minyak dan panaskan minyak lebih kurang 3 ke 5 minit.

4)masukkan bahan kisar tadi dalam kuali,tumiskan agak-agak jangan sampai hangit.

5) nasi putih tadi gaul dengan planta.

6) masuk nasi yang digaul dengan planta tadi ke dalam kuali yang sekali dengan bahan tumis tadi.

7)kacau/goreng nasi.

8) masuk satu sudu kecil garam,sedikit pak aji/ajinamoto...

9) masuk ikan bilis.

10) kacau atau goreng nasi sampai agak-agak dah boleh makan,garam dengan ajinamoto dah sebati dengan nasi.

11) masuk cili padi sedikit kalau ada...

12 ) agak-agak nasi goreng dah masak...tutup api.

Dah siap, nasi goreng campak-campak saya... Maaflah ya sebab nasi goreng saya ni memang saya masak campak-campak saja..dah lapar,jadi masak agak-agak sahaja...

Nasi goreng saya buat ni minyaknya agak terlebih sedikit...dah lapar makan sahajalah... Kena banyak berlatih lagi saya ini.

Saja saya kongsikan dekat blog saya ini..tak ada ilham atau idea nak tulis apa...

Nasi goreng campak-campak.

Sunday, July 22, 2018

Sunyi

Sunyi.
Senyap.
Sepi.

Dunia aku adalah dunia ini.
Aku suka begini.
Hanyut dalam dunia sendiri.
Khayal dalam imaginasi.
Sejak kecil lagi.

Khayalanku yang pertama.
Tentang sebatang pokok,hijau warna.
Pokok itu tumbuh dewasa.
Aku bertumpang teduh dibawahnya.

Sunyi.
Senyap.
Sepi.

Dalam aku ralit  berimaginasi.
Umur ku semakin hampir dengan mati.
Aku sedar hakikat ini.
Tapi aku masih menolak realiti.

Aku masih mahu kekal begini.
Aku sudah berabad dalam dunia ini.

Dunia sunyi,senyap dan sepi.

Sakitkah aku ini?

Mungkin aku mati dalam khayal.
Fungsi kognitif aku seperti gagal.

Hanyut dalam fantasi sampai mati.

Sampai mati....

Saturday, July 21, 2018

Terpilih sebagai pemenang giveaway souvenirs Siti yang menaip


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang giveaway souvenir Siti yang menaip...

ini link keputusan giveaway tu~ http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/07/pemenang-pemenang-giveaway-souvenirs-by.html

Mulanya berharap juga dapat menang baju t-shirt Melbourne tu, tapi terpilih sebagai salah seorang pemenang pun sudah cukup bersyukur bagi saya.

Terima kasih kepada siti yang menaip kerana sudi buat giveaway ini, bertambah lagi kenangan manis saya dalam berblogging ni...


                         terima kasih kerana sudi pilih saya sebagai salah seorang pemenang =)


Sejujurnya, saya ingin berkongsi kisah yang saya harap tidak disalah ertikan sebagai ingin menunjuk-nunjuk atau riak, saya cuma ingin berkongsi sebuah kisah yang benar-benar terjadi bagi saya...

Semalam, saya telah membeli dua bungkus nasi goreng ayam dan sebungkus teh tarik sebagai hidangan makan malam, dan jumlah yang perlu dibayar ialah RM 14.50, jadi saya telah membayar sebanyak RM 15, maka baki yang dipulangkan kepada saya ialah 50 sen.

Maka saya ambil duit lima puluh sen dan masukkan ke dalam tabung derma yang diletakkan di hadapan kaunter bayaran, saya masukkan ke dalam tabung derma tersebut dan dalam hati saya berkata-kata

"ini sahaja yang saya mampu bagi ya Allah, harapnya diterima lah nilai lima puluh sen ini di sisimu ya Allah..harapnya saya benar-benar ikhlas memberi"

Tiba-tiba hari ini semasa melayari blog, saya terperasan yang siti yang menaip telah memberi komen di blog saya bahawa saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang bagi giveaway yang dianjurkannya...

ini linknya~https://at-tarmizi.blogspot.com/2018/07/asif-tar_20.html#comment-form

Mungkin bagi pandangan orang lain, tiada kaitannya derma 50 sen saya dengan terpilihnya saya sebagai salah seorang pemenang giveaway, tetapi bagi saya besar maknanya kerana Allah s.w.t telah membalas derma saya dengan berlipat kali ganda....terpilih sebagai salah seorang pemenang dalam kalangan ramai peserta memang bagi saya satu rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t...


Harapnya tulisan saya ini tidak disalah anggap sebagai hendak menunjuk-nunjuk, saya hanya ingin berkongsi kisah...

Terima kasih kepada siti yang menaip kerana sudi pilih saya..

Terima kasih sekali lagi...harapnya sudi terus menganjurkan giveaway lagi...

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.