Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi
Syukur.....hadiah bagi
segmen giveaway Cik Purple dah sampai.....
APPLELADY ROUND SERIES CONTAINER (3 IN 1)
Sebenarnya hadiah ini sudah sampai hari Isnin lagi tetapi disebabkan urusan-urusan lain yang menyebabkan masa untuk menulis di blog ini agak terbatas maka baru berkesempatan untuk menulis mengenai hadiah yang diterima.
Maka,sesampainya hadiah ini di rumah ini,orang yang paling teruja ialah mak saya. Mak saya cukup suka dengan hadiah ini. Lebih-lebih lagi bila mak saya tahu ianya merupakan sebuah hadiah dan bukan dibeli.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Cik Purple kerana sudi menganjurkan
giveaway ini,harapnya lepas ini lebih banyak giveaway yang akan dianjurkan oleh Cik Purple dan blogger-blogger lain.
Semoga lepas ini Cik Purple,saya dan rakan blogger lain akan bertambah rezeki.
Tujuan saya menulis mengenai hadiah ini juga bukan untuk menunjuk-nunjuk cuma untuk berkongsi perasaan gembira serta ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana sudi membuat giveaway.
Sekali lagi berbanyak terima kasih kepada
Cik Purple kerana sudi menganjurkan giveaway ini.Semoga lepas ini saya dan rakan blogger lain akan lebih bersemangat untuk menyertai giveaway yang diadakan oleh blogger-blogger lain.
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini,
insya-Allah.....
amin.