Friday, September 30, 2016

COMICS GIVEAWAY BY SVIORS

klik banner untuk join =)

Monday, September 26, 2016

Hampir terjatuh dari siling

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Image result for keselamatan di tempat kerja
sumber gambar:google images

Sedikit perkongsian dan pengalaman hidup...

Hari ini semasa sedang menjalani latihan SL1M di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, saya telah ditugaskan membantu seorang staff teknikal membaiki saluran paip bocor.Saluran ini terletak di bahagian atas bangunan.

Secara jujur tidak banyak yang boleh saya bantu,sebaliknya saya hanya banyak melihat dan mengambilkan barang sahaja kerana saya tidak mahir dalam pekerjaan yang melibatkan kemahiran teknikal.

Semasa sedang membantu staff teknikal membaiki paip bocor,saya hampir terjatuh daripada siling....

Sewaktu sedang memanjat tangga,secara  tidak sengaja saya meletakkan kaki di siling,dan tiba-tiba sahaja siling itu runtuh...

Tergamam dan terperanjat saya ketika itu....mujur tidak berlaku sebarang kejadian dan saya juga tidak mengalami sebarang kecederaan...syukur kepada Allah...

Perkara ini menyedarkan saya tentang betapa berisiko dan berbahayanya kerja-kerja mereka yang terlibat dalam bidang ini....sentiasa ada kemungkinan berlaku kejadian yang tidak diingini.....namun begitu mereka tetap tabah demi meneruskan hidup mencari rezeki.....

Semoga saya lebih berhati-hati selepas ini,saya juga berharap agar sesiapa sahaja yang membaca atau terbaca "post" ini supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mementingkan aspek keselamatan semasa sedang menjalankan tugas...

semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

Saturday, September 24, 2016

Maksud Papan Tanda di Jalan Raya

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sedikit perkongsian mengenai maksud papan tanda yang terdapat di jalan raya...

Semoga info ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku di Malaysia...

Semoga kita semua lebih berhati-hati semasa menggunakan jalan raya....

sumber gambar:google images
boleh juga layari laman web JPJ untuk bermain permainan mengenal papan tanda:

"Al-Fatihah"kepada semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya...

semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

Wednesday, September 21, 2016

Giveaway by Cik Purple

klik banner untuk join =)

Tuesday, September 20, 2016

Tutorial buat komen terkini di blog

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sedikit tutorial untuk membuat komen terkini di blog~

1)Langkah Pertama:

"Log in" ke blog dashboard lepas tu pergi layout dan klik "add a gadget"

Image result for login to blog add a gadget

Image result for login to blog add a gadget

2)Langkah kedua

Klik kepada HTML/JavaScript Option

Image result for login to blog add html/javascript

3)Langkah ketiga

Copy kod ini

Get this Recent Comments Widget

*yang tulisan warna biru tu tukar kepada alamat url blog sendiri,contoh:
http://your-blog-name.blogspot.com kepada  https://at-tarmizi.blogspot.my/

4) Langkah keempat

Klik "save" dan kemudian tengok blog jadi ke tidak....

Itu sahaja....

semoga ada manfaatnya "post"kali ini....

insya-Allah...

amin.

sumber:http://helplogger.blogspot.my/2012/03/recent-comments-widget-for-blogger.html

sumber gambar:google images

Monday, September 19, 2016

GIVEAWAY MANGKUK TINGKAT BY EL DARWENA

klik banner untuk join =)

Perihal Rambutan

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Sedikit info mengenai buah yang popular di Malaysia iaitu buah rambutan.

Kandungan Zat Makanan(umum):
KandunganKandungan / 100 gm yang boleh dimakan
Tenaga59.9
Air84.7%
Protin0.7 g
Lemak0.1 g
Kabohidrat13.9 g
Serat0.2 g
Kalsium22.0 mg
Posporus30.0 mg
Besi2.5 mg
Thiamin0.01 mg
Riboflavin0.04 mg
Niacin0.1 mg
Vitamin C38.6 mg

Secara umumnya jenis-jenis rambutan yang popular di Malaysia ialah:

1) Rambutan anak sekolah (R 191)

Image result for rambutan anak sekolah

Terkenal dengan nama 'Rong Rien' atau 'Anak Sekolah'. Berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 1 Jun 1981. Saiz buah sederhana besar (40 gm/buah), berbentuk bujur dan kulitnya berwarna merah. Isinya manis, lekang dan pejal.

2) Rambutan Muar Gading (R 156)

Image result for rambutan muar gading

Klon ini digelar Muar Gading, didaftarkan pada 10 Januari 1955 dan berasal dari Sungai Abang, Muar, Johor. Kulit berwarna kuning, berbentuk bulat, besar, mempunyai rambut yang kasar tetapi jarang dan pendek. Isinya tebal, sederhana pejal, rasanya sederhana manis, lekang dan berjus.

3) Rambutan Gula Batu

Rambutan gula batu mempunyai kulit yang sedikit tebal dan rambutnya yang sedikit tebal dan keras sedikit. Isinya pula pejal.

semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Rambutan#Jenis-jenis_rambutan
http://jpn.penang.gov.my/index.php/teknologi-tanaman-2/buah-buahan/71-rambutan-s14292
http://animhosnan.blogspot.my/2011/10/rambutan-gading-muar.html
http://nabilahtulis.blogspot.my/2011/09/rambutan.html