Friday, September 27, 2013

Doa hamba ya Allah..sesungguhnya Allah Maha Memperkenan Doa..

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya-Ahmad Tarmizi b.Mohktar layak bergraduat bulan November 2013...

Saya~hamba Allah yang lemah memohon kepada mu ya Allah..

Bantulah supaya hamba jumpa atau mendapat semula keputusan MUET

Dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan konvokesyen dan segalanya berjalan lancar

Dapat mengambil lesen kereta

Dapat memperolehi pekerjaan tetap yang bergaji

Dapat memulakan dan mempunyai perniagaan sampingan

Dapat mempunyai pelaburan yang halal mengikut hukum syarak dan memberi keuntungan

Insya-Allah

"Hamba mohon kepada mu ya Allah..perkenankanlah doa hamba..dan yang pastinya doa hamba pasti bertambah dan berterusan.........."


amin.

Thursday, September 26, 2013

Ya Allah..bantulah supaya hamba lebih rajin bersedekah..kerana Allah s.w.t

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima Kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya-Ahmad Tarmizi bin Mohktar layak bergraduat bulan November 2013...

Hari ini saya~hamba Allah yang lemah~berasa sangat kedekut..

Jelas..hati ini masih takut untuk bersedekah....

Mengapa?

Sedangkan Allah s.w.t dah berjanji pulangan sebanyak 7 kali ganda bagi setiap 1 kali sedekah dari hambaNya.......

Jelas..hati saya~hamba Allah yang lemah~masih cintakan dunia...masih takut bersedekah..........


Saya percaya Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT..tidak seperti saya~hamba Allah yang lemah~akan rajin bersedekah...kerana itu Kalian..HEBAT..........

Insya-Allah.........................................................................................................

amin.

Wednesday, September 25, 2013

Mimpi digigit anjing hitam di pergelangan tangan...

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya-Ahmad Tarmizi b.Mohktar layak bergraduat bulan November 2013...

Hari ini bermimpi..mimpi dikejar anjing hitam dan digigit di pergelangan tangan...sakit..bila bangun..sakitnya seakan-akan masih terasa...

Mungkin disebabkan saya~hamba Allah yang lemah~ini tidur dari Zuhur hingga hampir waktu Asar....mujur  dikejutkan dengan mimpi tersebut.............

Tetapi..saya~hamba Allah yang lemah~bila tersedar daripada mimpi digigit  anjing tersebut..hanya beralih tempat tidur dan terus menyambung tidur semula....

Tidur sehingga telah masuk waktu Asar........

Tidur itu perlu.tetapi saya rasa seperti diri sentiasa tewas dengan godaan tidur yang terlampau waktu siang hari sehingga menyebabkan masa menjadi tidak mencukupi untuk saya~kita diberi masa yang sama-24 jam setiap hari dalam hidup.......................................................

Saya~hamba Allah yang lemah~percaya Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT ini pasti sentiasa memanfaatkan masa..kerana itu Kalian-HEBAT......


insya-Allah..............................................................................................................

amin.


Tuesday, September 24, 2013

Semoga semua kaum "emak/ibu/mama/mami/ummi..dan gelaran lain yang membawa maksud "emak" sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya-Ahmad Tarmizi b. Mohktar layak bergraduat bulan November 2013...



Semoga semua ibu,ummi,emak,mama,mami,mother..dan lain-lain sebutan yang membawa maksud '"emak"..termasuk emak saya~hamba Allah yang lemah diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang........

Semoga kita semua dapat berbakti kepada emak kita................................................................................

Semoga ibu,ummi,emak,mami,mother yang telah pergi............ditempatkan dalam syurga..............................

Kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT...pasti sentiasa berbakti kepada emak..kerana itu kalian HEBAT....

insya-Allah...........................................................................................................................................

amin.

Sunday, September 22, 2013

Jom solat dhuha..saya tidak mampu melakukannya berterusan tetapi yang kadang-kadang dilakukan ini pun Allah bagi nikmatnya...............

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya-Ahmad Tarmizi b.Mohktar layak bergraduat bulan November 2013...

Hari "post" ini ditulis, Allah s.w.t telah memberi saya~hamba Allah yang lemah ini untuk melakukan sembahyang sunat dhuha.....syukur kepada Allah.....

Saya dapat berniaga di pasar borong seorang diri tanpa ditemani emak..

Saya dapat menghadiri majlis kesyukuran Noor Aiman..

Saya dapat makan dan minum...

Saya dapat mesin kelapa untuk tempahan...

Saya dapat jumpa kawan lama-Boboy dan Mazwan...

Saya dapat bernafas

Saya dapat bercakap

Saya dapat menulis

Saya dapat pergi dan balik kenduri dengan selamat..

Saya dapat mengelakkan diri daripada rasa rendah diri

Saya dapat beli bateri jam-pentingnya menghargai masa...

Saya dapat tengok cerita komedi untuk menghiburkan hati.....

Saya~hamba Allah yang lemah ini rasa telah banyak nikmat yang Allah bagi kepada saya dan pastinya kepada semua yang membaca secara sengaja atau tidak "post" ini...tidak terhitung..tidak sedar..saya percaya Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT diberi oleh Allah pelbagai rezeki dan nikmat...kerana kalian bersyukur dan kerana itu kalian HEBAT,

insya-Allah..........................................................................................................................................

amin.

Saturday, September 21, 2013

Hari ini saya-Ahmad Tarmizi b.Mohktar tengok jarum jam berjalan dengan pantas

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa hamba-Ahmad Tarmizi b.Mohktar layak bergraduat bulan November 2013..

Hari ini melihat pusingan jam~"sungguh pantas perjalanan jarum jam tu" detik hati kecil saya~hamba Allah yang lemah..teringat kembali zaman sekolah rendah..bila diminta oleh Cikgu Borhan(terima kasih Cikgu Borhan dan semua cikgu kerana sudi ajar saya..bagi ilmu dekat saya)..supaya "balik,tengok jam dekat dinding dan lihat poses perjalanan waktu dan minit" ...syukur kepada Allah s.w.t kerana hasil daripada ajaran Cikgu Borhan,saya~hamba Allah yang lemah ini memahami bahawa..

1)satu pusingan jam..dari jarum 12 hingga 12..bererti satu minit..
2)setiap jarak angka di jam adalah bersamaan 5 minit..contoh angka 5 ke angka 10..(jarak lima minit)
3)satu jam bersamaan 60 minit..
4)satu hari bersamaan 24 jam..


Tetapi..semasa itu,saya hanya memahaminya sebagai ajaran ilmu Matematik daripada Cikgu Borhan..kini..hari "post"ini ditulis saya~hamba Allah yang lemah ini merasa terkejut akan pantasnya pergerakan jarum jam tersebut...

*Saya mendapat hadiah jam tangan daripada Pak Ngah saya tetapi saya tidak memakainya.maafkan saya Pak Ngah*.


Maafkan saya ya Allah...Maafkan saya Ya Allah..Maafkan saya ya Allah...............

Saya telah rugi banyak masa kerana mempunyai sikap bertangguh..sikap yang sedang cuba diatasi....

Saya percaya..Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT......pasti sangat menghargai masa.......kerana itu kalian HEBAT.....

insya-Allah....................................................................................................................

amin.

Friday, September 20, 2013

Hati ini masih terikat dengan dunia kerana gagal menderma kepada hamba Allah depan pasaraya.......................

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya~Ahmad Tarmizi b.Mohktar kerana layak bergraduat bulan November 2013...

Hari ini jelas terbukti hati saya~hamba Allah yang lemah ini masih terikat dengan dunia...buktinya..selesai saya membayar barang di sebuah pasar raya,terdapat seorang hamba Allah yang berdiri sambil memegang kotak derma...tangan saya ingin capai dompet...

Tetapi..barangkali hati saya~hamba Allah yang lemah ini terikat dengan dunia.terdetik hati-"entah ya entah tidaklah kutip derma untuk.........bohong kot ni"

Maka tangan saya tidak mencapai dompet..sebaliknya saya~hamba Allah yang lemah ini melangkah keluar dari pasaraya tanpa memberi derma kepada hamba Allah tersebut...

Bukankah jelas terbukti yang hati saya ini masih terikat dengan dunia..sedangkan saya pernah menulis satu "post" di sebuah forum keusahawanan bahawa dua pelaburan yang tidak akan rugi ialah

1)pelaburan ilmu
2)pelaburan zakat dan sedekah

Tetapi..saya sendiri tidak bersedekah kepada hamba Allah tersebut...ternyata hendak melakukan seperti yang dikongsi sangat sukar sekali..

Maafkan saya....kerana menulis sesuatu sedangkan saya sendiri tidak sempurna mengamalkannya...saya percaya dua pelaburan yang tidak akan rugi sampai bila-bila itu benar sekali........kerana saya mendapat ilmu(saya menganggapnya sebagai ilmu) yang diberi oleh seorang usahawan Muslim yang berjaya.....

Saya juga pernah menganggap bahawa saya boleh menukar sedekah saya yang berbentuk duit kepada sesuatu yang lain seperti makanan atau minuman..

Tetapi..saya gagal melakukan hal ini dengan Hamba Allah yang berada depan pasaraya..............................

Saya percaya-Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT akan sentiasa bersedekah..kerana itu kalian~ HEBAT.......insya-Allah...............................................................................................................................

amin.