Friday, December 17, 2021

Rezeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sedikit perkongsian daripada khutbah Jumaat yang saya dengar tadi.

Mana saya ingat saya kongsikan.

1) Rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t , Dia lah yang Maha Pemberi Rezeki 

2)Orang yang kaya bukannya orang yang banyak harta tetapi kaya jiwanya.

3)Usahlah meminta sedekah kecuali darurat atau terpaksa.

4)Berusaha, dan kemudian berserah serta bertawakal kepada Allah s.w.t

5)Usah rasa hasad dengki terhadap orang lain yang mendapat rezeki yang lebih baik atau banyak daripada kita

6)Usah terlalu cintakan dunia sehingga melupakan akhirat.

7)Allah s.w.t. telah menjadikan bumi ini untuk kita jelajah serta makan lah apa yang halal dan baik untuk kamu di bumi ini.

8)Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.

9)Tingkatkan ilmu,kemahiran seiring dengan kemajuan yang berlaku supaya kita dapat meningkatkan nilai diri dan masyarakat Islam.


Ini sahaja yang saya ingat dan dapat saya kongsikan.

Sekiranya ada silap dan salah,mohon diampunkan saya.

Tajuk khutbah saya tak ingat.

Moga ada manfaatnya untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.

4 comments:

Syazni Rahim said...

Semoga dimurahkan rezeki

PeRdU cINta said...

Terima kasih perkongsian..semoga kita semua dimurahkan rezeki. Aamiin.

AzianKhalil said...

mudah mudahan murah rezeki asbab dari perkongsian ni... sama sama kita saling mengingatkan

Warisan Petani said...

Usaha, doa dan tawakkal
Pasti ada rezekinya

Post a Comment