Thursday, April 9, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Sekarang ni tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)..

Haraplah lepas ni keadaan akan bertambah baik dan kembali pulih.

Sejujurnya PKP ni tak ada apa-apa sangat beri perubahan dalam hidup saya, cuma bila nak keluar contoh beli beras tu ada juga rasa takut-takut ditahan polis.

Sebabnya saya seorang yang jenis duduk dalam bilik,jarang nak keluar sangat, tak berapa suka tengok wayang,jalan-jalan ni semua...mungkin lebih kepada introvert.

Bila pergi ke satu tempat yang ramai orang,mesti bila balik rumah tu saya rasa pening dan nak berehat sahaja..sebab tu saya tak selesa sangat keluar.

Oh ya,

Pasar tempat saya juga diberi kebenaran berniaga,cuma syaratnya kena pakai mask,masuk kena check suhu, dan juga tempoh berniaga dipendekkan.

Syukur jugalah walaupun sebelum ni saya pernah tulis yang saya tak pergi berniaga,tetapi lepas diberi tahu tentang standard perniagaan baru ni,baru saya pergi berniaga juga.

Sebab saya berjaja atau bekerja sendiri ni, tak niaga tak ada gaji. Maka pergilah berjaja..tetapi saya akan ikut segala arahan yang diberi, malah selepas berjaja saya terus balik mandi, maknanya sebelum pergi berjaja saya mandi,balik  berjaja pun saya mandi.

Takut jug..tapi nak cari rezeki,gagahkanlah juga pergi berjaja...

Selepas balik berjaja saya terus balik rumah dan tak keluar kemana-mana kecuali jika ada urusan penting.

Saya rasa sama sahaja hidup saya sebelum ni dengan masa perintah PKP ni..cuma dulu saya keluar tak adalah rasa takut-takut macam sekarang ni.

Haraplah virus ni segera hilang, dah nak masuk bulan Ramadhan ni..

Berjuta terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan frontliner yang sedang berjuang mengatasi masalah virus ni.

Malaysian artist creates daily doodles for children to pass time ...
sumber:google images
moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.

10 comments:

Cuya said...

insha Allah...moga virus ni berhenti merebak..Amin..

Warisan Petani said...

Semoga sentiasa dipermudahkan urusan sehariannya

PeRdU cINta said...

Niat cari rezeki kerana Allah.Bismillah.InshaAllah Allah permudahkan dan lindungi Mizi ketika keluar mencari rezeki..aamiin.

Abam Kie said...

kesian kpd penjaja kecil. bagi kami cikgu2 ni x apa la sbb gaji jalan..

At-Tarmizi said...

Cuya harapnya begitu,amin. =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani terima kasih,amin. =)

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta terima kasih,insya-Allah..amin. =)

At-Tarmizi said...

Abam Kie tulah,nak buat macam mana,sabar sahajalah..

mamapp said...

Alhamdulillah masih. Boleh meniaga ye

At-Tarmizi said...

mamapp betul,syukur,dapat duit untuk beli lauk,beras ok lah =)

Post a Comment