Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mohon pandangan tuan,puan, cik atau sesiapa sahaja yang terbaca blog saya ini agar dapat berkongsi langkah atau panduan yang perlu dilakukan sekiranya kita terlibat dalam kemalangan.
Sebab lepas abang saya kemalangan jalan raya, banyak perkara yang buat saya sedar banyak perkara yang melibatkan kemalangan yang saya tak tahu.
Contohnya, jika kita dilanggar lari, dan kita memang tak ada sebarang maklumat mengenai kenderaan yang langgar kita tu,jadi macam mana kita nak buat laporan polis?
Selain itu, jika kita dilanggar, apakah langkah terbaik yang boleh dilakukan?
Report polis,ambil gambar kejadian,bagaimana pula jika kita koma selepas dilanggar?siapa nak tangkap gambar untuk dijadikan bukti?
Jika kita terlibat kemalangan,bagaimana pula prosedur untuk urusan insuran kemalangan, bagaimana nak mengelakkan kita ditipu oleh pihak tertentu dalam urusan tuntutan insurans kemalangan, kenderaan dan sebagainya?
Mohon pandangan tuan puan cik atau sesiapa sahaja yang terbaca blog saya ini berkongsi info tentang langkah yang perlu diambil sekiranya kita terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih-lebih lagi jika diri sendiri pernah terlibat,mohon kongsikan pengalaman.
Mudah-mudahan boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang terbaca blog saya ini.
insya-Allah...
Amin.
8 comments:
saya terjumpa ni
https://www.ibanding.com/panduan-kemalangan-apa-perlu-anda-lakukan-di-tempat-kejadian/
dan ni
https://ariffshah.com/apa-kemalangan-jalan-raya/
harap membantu
Semoga dipermudahkan urusan..
Cuya wah terima kasih,banyak juga infonya =)
Hasif insya-Allah..terima kasih ya =)
Semoga dipermudahkan segala urusan. Zumal beberapa kali kemalangan tapi tetap tak tahu apa patut buat
Mama pernah baca tapi mama lupa la.. Cuba Google
Dunia Zumal insya-Allah =)
mamapp baik =)
Post a Comment