Malam ini terdengar suara
Gegak gempita bergema
Agar dirinya selamat selesa
Demi rumah yang besar itu tidak binasa
Tetapi Puan,
Akhirnya semua ini akan kita tinggalkan,
Kita tetap akan berjumpa Tuhan,
Tiada ketua yang dulunya kita agung-agungkan.
Tanah yang luas di halaman,
Ditinggalkan jadi warisan,
Akhirnya semua ini kita tinggalkan,
Tanah untuk kita hanya untuk dikebumikan.
Malam ini lantang sekali suaranya,
Segala modal digunanya,
Daripada perbelanjaan hingga keagamaan,
Akhirnya semua ini akan kita tinggalkan,
Tiada lagi kelantangan,
Hanya doa dan amal jadi bekalan.
Maaf Puan.
Saya sedar diri ini jahil dan kemunduran,
Ilmu Puan usah dipertikaikan,
Segala ayat sudah jadi hafalan,
Hebat dan mulianya Puan.
Saya akui jika saya berada di tempat Puan,
Saya juga akan melepaskan tengkuk sendiri,
Bahkan mungkin lebih teruk lagi,
Menikam darah daging sendiri,
Agar saya boleh hidup megah dan mewah,
Biar pun terpaksa menjual maruah.
Tetapi Puan,
Saya akan mati,Puan juga akan mati,
Akhirnya semua ini akan kita tinggalkan,
Saya harap,doa dan berimpian.
Moga di tanah perkuburan kita,
Tiada anak cucu datang mencela,
Kerana dosanya kita berpura-pura menjadi buta,
Agar hidup kita terus selesa,
Anak cucu menjadi korban.
Akhirnya semua ini akan kita tinggalkan.
8 comments:
Terbaik
semua ini hanya pinjaman :)
Pergh!! Terbaiklah..
fuhhhh dashat!
Safirul Amar terima kasih =)
Hans Hanis betul, setuju =)
Shahida Dzulkafli terima kasih =)
farhanna jafri biasa sahaja =)
Post a Comment