Wednesday, March 7, 2018

Sofa bed untuk emak



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Saya teringin benar hendak membeli sofa bed untuk mak saya.

Emak saya mempunyai satu tabiat suka tidur tanpa beralas tilam, emak saya suka menonton tv sehingga tertidur.

Masalahnya emak saya tidak suka tidur beralas kerana hendak merasa sejuk. Risau juga sebab rasanya perbuatan ini tidak begitu sihat.

Saya bercadang hendak membeli sofa bed untuk emak saya.

Related image
sumber gambar:google images.
Sekarang ini dalam proses membuat tinjauan dahulu, survey harga, cari maklumat di internet dan sebagainya.

Jika tercapai hajat  ini, bolehlah emak saya tidur atas sofa bed sahaja nanti.  Baring-baring atas sofa bed tengok tv sehingga tertidur.

Bajet saya dalam RM 500 ke bawah. Saya tak pandai sangat membeli perabot, biasanya bila beli barang, saya pergi satu kedai, tengok barang yang saya nak beli, lepas beli terus balik.

Tapi kali ini, rasanya kena buat perbandingan di beberapa kedai perabot, atau mungkin buat belian "online" supaya saya benar-benar berpuas hati.

Setakat ini, saya rasa tertarik pula dengan gambar sofa bed yang saya jumpa di internet. Warna merah yang agak menarik minat saya.

Doakanlah supaya hasrat saya ini tercapai.

Doakanlah supaya emak saya sihat-sihat sahaja.

Saya juga mendoakan supaya sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini supaya sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja.

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.



10 comments:

Puan syah said...

Sofa bed mmg ssuai untuk mak2...

Hans Hanis said...

In Sha Allah
cepat2 lah beli
x elok kalau baring tak beralas nih

Dunia Zumal said...

Semoga dipermudahkan usaha Tarmizi untuk membeli sofa bed untuk emak yer

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

cuba tengok di SSF jalan hang tuah melaka

At-Tarmizi said...

Lady SHAH ya, doakanlah saya dapat =)

At-Tarmizi said...

Hans insya-Allah.. tengah survey-survey dahulu =)

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal terima kasih ya, kasihan tengok mak saya tidur tak beralas =)

At-Tarmizi said...

Safirul Amar owh, boleh pergi nanti ni, terima kasih =)

Dunia Zumal said...

Semoga usaha murni Tarmizi berjalan lancar yer...

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal insya-Allah..terima kasih ya =)

Post a Comment