Bila dalam keadaan terdesak, pelbagai cara dan ikhtiar akan dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut...
"Post" kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya membuka tin sardin dengan menggunakan gunting sahaja...
Sungguh menyedihkan, saya berasa agak lapar pada malam semalam, dan hujan pula turun tidak berhenti menyebabkan saya malas untuk ke warung membeli makanan..
Selain itu,duit saya cuma tinggal beberapa ringgit sahaja...cukup untuk roti canai sekeping dan air kopi secawan...
Faktor-faktor ini menjadi sebab saya berusaha mencari ikhtiar untuk makan malam...
Kebetulan, di bilik sewa saya, ada tin sardin yang dah berbulan lamanya dibeli,tetapi tidak dibuka lagi sebab saya tidak ada alat pembuka tin..
Cuma disebabkan lapar dan duit pula cukup-cukup makan sahaja maka saya berusaha mencari cara untuk membuka tin sardin tersebut...
Lama juga saya memikirkan cara nak membuka tin sardin ini, termenung juga sebab di bilik saya tiada pisau atau alat pembuka tin..
Semasa sedang asyik memikirkan cara membuka tin sardin, mata saya terpandang kepada gunting yang terdapat dalam bilik saya....gunting ini jarang saya gunakan...sebab itu tak ingat saya ada gunting...
Maka bermulalah episod menebuk tin sardin menggunakan gunting...
Berpeluh juga, sakit juga tangan dibuatnya..
Setelah puas menekan,menebuk dengan gunting, akhirnya tin sardin tu mula ada lubang kecil, saya terus menebuk dengan gunting, maka hasilnya seperti dalam gambar...
berjaya juga akhirnya.. |
Selesai membuka tin sardin, aktiviti seterusnya? masak sardin..
Saya masak dengan menggunakan "rice cooker"
Jujurnya, bilik sewa kami tidak dibenarkan masak..cuma saya berasa agak lapar..dan hujan pula turun tidak berhenti...duit pula tinggal berapa ringgit sahaja...maka nak tak nak terpaksalah masak juga..
Memang saya ada bawa "rice cooker" tetapi sembunyi-sembunyi lah...harap pihak pengurusan tidak marah lah...mohon ampun dan mohon dihalalkan ya...
Alhamdulillah... setelah bersusah payah, dapat juga saya makan lauk sardin buat hilang lapar...
Terasa kepuasannya setelah berfikir begitu lama mencari cara untuk membuka tin sardin ini...
Syukur kepada-Nya kerana memberi ilham dan panduan...
Ini merupakan antara kenangan yang agak diingati saya setelah keluar daripada bilik sewa ini..
Moga ada manfaatnya "post" kali ini...
insya-Allah...
amin.
8 comments:
Alhamdulillah terbuka juga, kita sama la masak guna rice cooker jer
Alahai kesiannya. Tapi skill guna hunting bukanncalang2 ni
Dunia Zumal Alhamdulillah..tapi saya tak pandai masak, pakai belasah ja =)
mamapp kesian kan...terpaksa..lapar punya pasal =)
Bila keadan terdesak, memang akal kita di luar jangkaan.. Alhamdulillah, pengalaman hidup ini..
Shahida Dzulkafli Alhamdulillah...ya benar, pengalaman hidup ni =)
Alhamdullilah usaha tangga kejayaaan. Masa keadaan genting camni buat kita berfikir di luar kotak. Hehe. Pengalaman hidup dan bagus bila dikongsi bersama orang lain :)
Siqah Hussin Alhamdulillah...betul, pengalaman hidup dan harapnya perkongsian saya ini ada manfaatnya kepada yang membaca atau terbaca blog saya ini =)
Post a Comment