sumber gambar:google.com
Sudah beberapa kali terkena, harga makan di luar terasa tidak berbaloi......bukanlah niat untuk menjatuhkan bisnes siapa-siapa atau mana-mana pihak.......kerana saya juga seorang peniaga..atau lebih tepat penjaja kecil-kecilan..........tetapi ini cuma luahan rasa dan pendapat.........
Peristiwa makan di sebuah kedai makan baru-baru ini menyebabkan hati terus berasa tawar untuk makan di luar lagi........bukanlah merungut tentang rezeki dapat makan..cuma harga yang dikenakan bagi golongan yang berpendapatan sederhana seperti saya terasa agak mahal....
Saya tidaklah makan di kedai makan mewah atau restoran esklusif.....kerana sedar akan kemampuan perbelanjaan untuk golongan seperti saya........saya cuma makan di warung....
Tetapi bagi saya harga yang dikenakan agak tidak munasabah.....makanan apa yang saya makan itu biarlah saya rahsiakan sahaja.........kerana mungkin di sesetengah harga makanan seperti itu murah,di tempat lain mahal...berbeza-berbeza mengikut tempat dan keadaan.......
Selepas peristiwa ini,saya cuba menanam azam untuk kurang makan di luar.......seboleh-bolehnya saya akan mengelakkan makan di luar dan masak sahaja sendiri makanan di rumah sekiranya emak saya tidak sempat menyediakan makanan.......
Sebenarnya saya tidaklah menyalahkan peniaga yang menjual makanan itu seratus peratus...kerana mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dia terpaksa bertindak sedemikian..........keadaan ekonomi semasa,kejatuhan wang ringgit...kenaikkan harga barang dan kos hidup,sewa kedai,gaji pekerja dan pelbagai faktor lagi yang harus difikirkan oleh peniaga makanan tersebut yang mungkin menjadi sebab kenapa harga begitu dikenakan kepada pelanggan......
Tetapi peristiwa ini benar memberi kesan kepada saya.......jadi saya harus mengambil langkah bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi iaitu dengan kurang makan di luar.....secara tidak langsung ianya dapat membantu saya berjimat-cermat.........dan juga mengelakkan hati saya berasa sakit kerana dikenakan harga yang tidak munasabah..........
Moga ada manfaatnya "post" kali ini...
Insya-Allah...
amin.
14 comments:
perkara mcm tu kdg kala mkn berlaku bila mkn diluar . anggap sahaja kita bersedekah pada mrk ... memasak sendiri itu lbh jimat dan sihat ...
baru terkena semalam...mcm tak berbaloi...air dan makanan naik mendadak..bukan apa kdg2 bila anak ajak makan d luar takkan nak tolak..tpi bila jadi mcm ni rasa erm..takpalah.
ORANG BISNIS NI KENA FIKIRKAN UNTUNG DUNIA N AKHIRAT ATAS KHIDMAT MEREKA...JGN NK MENEKAN HARGA SAJA YA.
Sumber Informasi memang betul....mungkin lepas ni lebih berhati-hati dalam makan dekat luar...minta menu dulu ke untuk tengok harga makanan sebelum buat pesanan..... =)
Mrs Velentine tengok anak-anak happy mesti rasa best kan =) ....mungkin sedikit sebanyak ada kaitan dengan kenaikkan harga minyak baru-baru ni agaknya.......
paridah betul setuju sangat...kadang yang membeli bukannya orang yang berada sangat...biasanya golongan serdehana...sama-samalah kita bantu-membantu =)
tu la kadang2 xberbaloi. tapi aku terpaksa sbb jauh dari rumah. member2 semua keje xtentu masa. nak masak srg rugi pulak nanti. last2 ke kedai juga. tapi ada kedai tertentu je la. yg masakan nya ok dan murah.
Zumal pun jarang makan luar sebab takut masa nak bayar nanti. Hehe
paling geram bila bayar mahal tapi makanan hampeh tak sedap..
jom singgah blog saya : http://spitoutkata.blogspot.my/
budoxe lee kalau berbaloi tak apa...memang ada lagi kedai yang harganya berpatutan..tapi bila kena yang tak berbaloi tu yang rasa kecewa sikit tu... =)
Dunia Zumal dapat juga berjimat-cermat ye tak? =)
zaitie hasnan tu yang tak tahan tu =) ..... ok dan terima kasih juga sebab datang blog saya =)
Saya pula,tbh,jarang makan dekat luar,saya jenis berkira juga la bab makan luar,huhu,melainkan masa tu mak/ayah saya ajak makan dekat luar (*keluar jalan2 etc) kalau boleh nak masak sendiri ,itupun kalau rajin. kalau malas,mak la kena masak.. lol
nana liena makan dan masak sendiri dekat rumah lagi sedap dan jimat kan =)
Post a Comment