Wednesday, March 3, 2021
Tuesday, March 2, 2021
Mohon tunjuk ajar
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Saya nak minta tolong sikit. maaf ya kalau soalan yang saya tanya ni soalan bodoh.
Saya nak tanya jika kelajuan internet saya ni slow atau boleh tahan?
Ikut fahaman saya,kira slow lah kan? sebab download dia kurang daripada 100 Mbps...
Oh minta penjelasan juga..saya punya tu kira 100 Mbps atau 1Mbps?
Berbaloi ke bayar internet bulan-bulan kalau kelajuan dia macam ni?
Mohon tunjuk ajar dan jawapan daripada kalian yang mahir.
Sunday, February 28, 2021
Wednesday, February 24, 2021
Vaksin Covid 19 dah sampai Malaysia
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Akhirnya vaksin covid 19 dah sampai Malaysia.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/788421/vaksin-covid-19-pertama-untuk-malaysia-tiba-pagi-iniSyukur,Alhamdulillah..
moga cepatlah covid 19 ni dapat dihapuskan.
Semoga negara Malaysia kembali normal seperti dahulu.
Harap yang baik-baik sahajalah untuk kita semua.
insya-Allah...
amin.
Sunday, February 21, 2021
Nak tambah channel tv

Saturday, February 20, 2021
Giveaway Vektor 2.0 by Cuya

Saturday, February 13, 2021
Thursday, February 11, 2021
Monday, February 8, 2021
Saturday, February 6, 2021
Friday, January 29, 2021
Hilangkanlah
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Post kali ini,saya hanya ingin meluahkan rasa,harapan dan doa semoga covid cepatlah hilang.
Ya Allah,hilangkanlah penyakit covid ini di dunia,dan khasnya di negara Malaysia.
Hilangkanlah penyakit ini supaya kami dapat hidup seperti dahulu.
Anak-anak dapat pergi ke sekolah, ibu bapa dapat pergi bekerja, kami tidak perlu lagi memakai pelitup muka,hidung,dan kami dapat bernafas secara normal semula.
Hilangkanlah penyakit covid ini, semoga frontliner tak kira sama ada askar,jururawat,penghantar makanan,polis,penghantar barangan dan sebagainya tidak dilanda keletihan dan kelesuan. Semoga mereka dapat semula meluangkan masa bersama keluarga mereka.
Hilangkanlah covid ini,angkatlah penyakit ini,hapuskanlah penyakit ini. Semoga kami semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Mudahkanlah semoga vaksin bagi penyakit covid ini segera ditemui, supaya ekonomi kembali berjalan seperti biasa, penjaja kecil atau orang berniaga seperti tukang gunting rambut,pemandu grab,bas sekolah,pengusaha kantin dan sebagainya dapat kembali mencari rezeki. Mereka yang bekerja juga dapat meneruskan kerja seperti biasa.
Ya Allah,hilangkanlah segala rasa resah,gelisah dan khuatir kami terhadap penyakit covid ini. Hilangkan dan hapuskanlah penyakit ini. Semoga kami dapat menjalani dan melakukan ibadah seperti biasa.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah..
amin.
Monday, January 25, 2021
Friday, January 22, 2021
Phone rosak
Thursday, January 21, 2021
Wednesday, January 13, 2021
Sunday, January 10, 2021
Asif & Tar

Saturday, January 9, 2021
Agaknya apa yang akan jadi nanti?
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Terima kasih kepada yang membaca atau terbaca post di blog saya ini. Terima kasih juga kepada yang sudi memberi komentar di ruangan komen. Bila tengok ada yang meninggalkan komen maka saya akan rasa gembira sebab ada yang sudi meluangkan masa melayari blog saya dan membaca post-post yang ada di blog saya ini.
Terima kasih juga jika ada yang menjadi silent reader,mungkin hanya membaca sahaja tanpa meninggalkan sebarang komen, tak apa, moga ada perkara yang berguna,maklumat yang boleh diperolehi dalam blog saya ini.
Baik, sekarang ni saya rasa semua rakyat Malaysia tengah tertunggu-tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri kita pada hari Isnin nanti.
PKP akan dilaksanakan semula ke? sekolah buka atau tak? apa yang akan jadi nanti??
Saya terfikir, jika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan semula,bagaimana kesannya nanti?
Sudah tentu tujuan utama PKP ni dilaksanakan bagi membendung penularan wabak covid 19, sekarang ni sudah melepasi angka 3 ribu. Sedih dan merisaukan.
Tetapi sekiranya PKP dilaksanakan, bagaimana bentuk atau kaedah PKP kali ini?
Sektor apa yang boleh dibuka, sektor apa yang akan ditutup.
Berapa ramai yang akan terjejas sumber pendapatan,hilang pekerjaan dan sebagainya?
Berapa banyak kedai atau pengusaha kedai-kedai makan yang baru hendak bernafas kemudiannya terpaksa menutup semula operasi?
Malah bukan semua orang dapat duit i-sinar KWSP, ada yang memohon tetapi tidak layak,ada juga yang langsung tidak ada KWSP.
Sekiranya mereka hilang kaedah atau punca pendapatan,bagaimana hendak menjalani kehidupan seharian? Berapa lamakah boleh bertahan dengan wang simpanan,atau bagaimana jika langsung tak ada simpanan??
Tidak lupa juga tekanan perasaan,gangguan emosi yang akan berlaku.
Agaknya apa akan jadi nanti?
Jika dikatakan untung bagi golongan makan gaji,benarkan mereka benar-benar tidak terkesan?
Saya rasa mereka juga terbeban dengan kerja yang luar biasa banyaknya serta kekangan masa yang dihadapi. Malah lebih menyedihkan jika dapat majikan yang tak peduli masa bekerja dan masa bersama keluarga yang perlu diseimbangkan dalam hidup mereka.
Tetapi tak buat langkah-langkah pencegahan seperti PKP pun tak boleh juga.
Frontliner atau barisan hadapan semakin keletihan.Mereka perlu sokongan dan rehat yang sewajarnya.
Agaknya apa akan jadi nanti?
Dengan keadaan banjir yang buruk di beberapa negeri,masalah covid yang merisaukan.
Moga keadaan negara kita kembali pulih.
Moga cepatlah penyakit covid ini hilang.
Moga kita semua dapat kembali bernafas seperti biasa tanpa perlu memakai pelitup muka.
Ini sekadar pandangan,pendapat dan doa daripada seorang rakyat biasa daripada saya.
Mohon maaf jika ada tersalah dalam menulis.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah..
amin.
Wednesday, January 6, 2021
Sunday, January 3, 2021
GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)"
GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)
Cara nak menang giveaway ni mudah je.. WAJIB follow step2 dibawah
1. LIKE dan Follow
Follow blog Naimy Art
2.Copy entry post ini dengan tajuk "GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)" dan backlink post anda ke post ini.
3. Tinggalkan link penyertaan korang di bahagian komen post ini. Tu je.
4, Pastikan anda adalah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia. Senang kan.
Pastikan anda membuat semua step di atas untuk tersenarai sebagai peserta.
Pemilihan pemenang adalah secara rawak
Giveaway akan tamat pada 1 Febuari 2021
Pemenang akan diumunkan dalam tempoh masa 2minggu selepas tamat tarikh GIVEAWAY
Apa tunggu lagi? Join lah SEKARANG!!
Friday, January 1, 2021
Giveaway sempena tahun 2021
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Selamat tahun baru 2021,moga tahun ni penyakit covid dapat ditewaskan, moga keadaan negara kembali pulih.
Saya bercadang sempena dengan tahun 2021, saya nak buat satu segmen giveaway sempena tahun baru.
Setakat ini,sebagai permulaan untuk tahun baru,saya nak buat satu giveaway untuk memeriahkan dunia blogging ni,selain dapat kenal blogger-blogger lain.
Cuma itulah,saya nak bagi hadiah best-best sangat pun saya tak berapa nak ada modal, setakat ni plan nak bagi hadiah top-up saja.
Jadi,kalau ada yang berminat nak sponsor hadiah boleh komen dekat blog saya ni,tak kisah hadiah apa,buku ke,top-up ke,apa-apa sajalah..asalkan tak menyalahi undang-undang dan sesuai untuk dijadikan hadiah. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih.
Haraplah giveaway nanti ada sambutan yang positif daripada rakan blogger lain.
Semoga tahun 2021 ni lebih positif ceritanya..
insya-Allah..
amin.