Thursday, October 7, 2021

Nak keluar ke tak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semua pun tahu yang negeri Melaka sekarang ni tengah ada krisis politik.

Saya seboleh-bolehnya tak nak blog saya ada unsur politik.

Sebab saya tak minat politik-politik ni.

Tapi nak buat macam mana,terperanjat juga bila tiba-tiba Yb kawasan saya keluar parti.

Bagi saya ok sahaja Yb kawasan saya.

Beliau buat kerja. Malah abang ngah saya meninggal pun dia ada datang ziarah.

Tak pasti lah sebab apa Yb kawasan saya buat keputusan macam ni..

Nak mengundi Yb saya ni semula,dia dah tukar parti. Saya tak pro sangat ke parti yang satu lagi.

Cuma sekarang ni saya berbelah bahagi kalau diadakan pilihan raya negeri semula.

Nak keluar mengundi saya malas..

Yelah,sebab masa covid ni,sembahyang Jumaat pun ada masanya saya tak pergi sebab S.O.P

Ni tiba-tiba kalau dibuat pilihanraya,tak kena takut meningkat semula kes covid.

Ikutkan hati saya,kalau ada banyak duit nak saja saya calonkan diri sendiri..senang..saya undi diri sendiri sahaja..

Tapi tulah, income pun tak tetap. Jika ada duit baik saya buat belanja keluarga,lagi bagus.

Sekarang ni tengah berbelah bahagi..nak keluar mengundi ke tak nanti kalau pilihanraya diadakan.

Harap lah yang baik-baik sahaja selepas ni.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.



4 comments:

Syaz Rahim said...

sebenarnya masih ramai yang takut nak keluar

Ammi said...

Tulah dlm grup adik beradik husband pun sibuk dok bincang isu politik melaka. Nak tak kita yg bukan org melake ni dengau je le dorang berbahas

dear anies said...

pandangan sy, keluar mcm biasa. cuma jg SOP betul2 laa... anggap sj ni tanggungjawab kita sbg rakyat. kalau kenal soal di akhirat kelak psl pilih pemimpin, at least kita ada jawapan ;-)

Abam Kie said...

geram tul dgn ahli politik yg mementingkan tembolok masing2 berbanding dgn kesejahteraan rakyat pd zaman covid ni.

Post a Comment