Saturday, November 20, 2021

Selesai mengundi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah,tadi tengahari,saya dah selesai mengundi.

Ikutkan malas sebenarnya..tapi dah tanggungjawab,pergi sajalah..

Baca dekat Facebook,ramai yang tak keluar mengundi,khususnya golongan muda...boikot agaknya.. atau pun risau covid pun boleh jadi juga.

Tak kisahlah,hak masing-masing.

Haraplah siapa yang terpilih tu tunaikan tanggungjawab..

Jangan masa nak mengundi saja nampak muka, dah menang, lebihkan kroni sahaja..

Entahlah..malas nak cerita lebih pasal politik ni..

Mereka jadi Yb gaji beribu-ribu..

Rakyat hidup susah..

Ayam naik,harga telur naik..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.


15 comments:

Etuza said...

Ingat kan tunjuk apa, risau..kan kita sahabat blogger. hehehe dah tunaikan tanggungjawab rupanya mengundi..menang dah BN

At-Tarmizi said...

Etuza,terima kasih cikgu sebab sudi anggap saya sebagai sahabat blogger.. betul..menang dah BN

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah. Semoga yang terpilih melunaskan tanggungjawab sehabis baik.

mrhanafi said...

tahniah ketana berjaya menunaikan tanggungjawab..

semoga keadaan politik di Melaka stabil

LampuHijau said...

selamat sudah menunaikan tanggunjawab. Kerajaan dah bertukar-tukar tapi saya belum dapat lagi mengundi.

uncle gedek said...

Tahniah selesaikan tanggung jawab!

Abam Kie said...

tahniah kerana telah keluar mengundi. abe kie pun bengang dkt ahli2 politik yg pentingkan diri sendiri ni. Mujurlah katak2 yg bertanding tu kalah teruk. padan muka mrka!

mamapp said...

Mama lalu melaka aritu mmg neriah

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta mudah-mudahan begitulah.

At-Tarmizi said...

mrhanafi.com terima kasih,harapnya begitulah.

At-Tarmizi said...

LampuHijau tak apa,nanti ada rezeki tu nanti.

At-Tarmizi said...

uncle gedek terima kasih.

At-Tarmizi said...

Abam Kie terima kasih cikgu.Haraplah keadaan ok saja di Melaka.

At-Tarmizi said...

mamapp memang meriah,banyak bendera.

shuthe said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment