Wednesday, January 23, 2019

Asif & Tar


Friday, January 18, 2019

Aktiviti rutin seorang penjaja kecil.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Aktiviti rutin seorang penjaja kecil.

Pagi selepas subuh akan ke tapak niaga untuk menjual. Saya menjual ulam-ulaman, sayur kampung, kerisik,belacan,dan kadangkala buah-buahan.

Selepas itu, selesai berniaga kira-kira dalam pukul 10 atau 11 pagi, saya akan singgah sebentar di warung untuk bersarapan, sekaligus makan tengahari. (brunch=breakfast+lunch).


Kemudian saya akan sampai di rumah dalam pukul 12 atau 12 lebih.

Saya akan berehat sebentar, tidur sekejap sebelum masuk waktu Zohor.

Selepas itu,selesai buat apa yang patut,saya akan mula mesin kelapa...untuk dijadikan kerisik.

Sehari dalam 20-30 biji kelapa yang saya larat nak mesin.

Selalunya dalam pukul 2 petang,saya akan mula mesin kelapa dan akan habis kira-kira dalam pukul 5 petang.

Kemudian, saya akan berehat sebentar. Selepas itu, saya akan mula mencari barang niaga untuk esok. Kebiasannya saya akan pergi ke rumah jiran-jiran di kampung. Saya akan mencari seperti nangka sayur, mangga, daun pisang,pisang, serai, dan apa yang dirasakan boleh dijual dan yang dibenarkan di tapak tempat saya berjaja.

Selalunya, sebelum atau nak dekat Maghrib saya akan pulang semula ke rumah.

Selepas itu, saya berehat sebentar dan makan malam.

Selepas Isya', saya akan mula menggoreng kelapa yang dimesin petang tadi untuk dijadikan kerisik.

Selesai menggoreng dalam pukul 11 atau 11 lebih, saya akan mula bersiap untuk tidur. Sebelum tidur,saya akan cuba selesaikan apa yang patut untuk mula berjaja esok hari.

Saya akan cuba berusaha untuk bangun seawal 4.30 pagi.Tujuannya supaya saya dapat mesin kelapa untuk dijadikan kelapa parut. Jika lewat sedikit bangun maka tak sempat pula.

Begitulah rutin hidup saya setakat ini.

Doakan saya murah rezeki ya.

Saya juga mendoakan semua yang membaca post ini dimurahkan rezeki.

Insya-Allah...

amin.

Monday, January 14, 2019

Terima kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini.

Terima kasih juga kerana sudi memberi komen terhadap post yang terdapat dalam blog ini.

Sebenarnya saya cuba nak membalasnya, tapi bila saya balas,akaun saya automatik akan jadi annynomous, betul ke saya eja tu?..

Pelik juga, dulu pernah jadi macam ni, lepas tu saya log out,log in beberapa kali akaun saya,baru ok.

Sekarang ini saya cuba juga buat,tak jadi pula.

Harapnya mereka yang membalas komen saya tu tak rasa macam sia-sia sebab tinggalkan komen tapi saya tak balas.

Saya baca setiap komen,pandangan dan nasihat yang diberikan oleh tuan,puan semua.

Saya sangat menghargainya kerana tuan,puan,cik sanggup meluangkan masa melawat blog saya ini dan meninggalkan komen/jejak di blog saya ini.

Harapnya tuan,puan,cik akan terus meninggalkan komen, pandangan dan nasihat kepada saya dalam setiap post di blog saya ini.

Saya akan berusaha mengatasi masalah ini dan membalas setiap komen yang diberikan.

Terima kasih sekali lagi, moga kita semua terus berusaha dalam dunia blogging ini.

insya-Allah...

Amin.

Saturday, January 12, 2019

Asif & Tar


Friday, January 11, 2019

Sebungkus nangka muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit perkongsian daripada saya tentang perkara-perkara yang dilalui dalam perniagaan saya lakukan.

Saya ada menjual nangka muda. Nangka muda yang biasanya untuk dijadikan lauk seperti masak lemak nangka.

Kebiasaannya, nangka ini saya ambil daripada seorang makcik. Rumahnya memang ada 2,3 batang pokok nangka.

Baik, sebiji nangka muda yang saya ambil biasanya saya kira dalam anggaran rm2-2.50 sebiji... selalunya saya akan ambil 4 biji, jadi jumlah modal semua rm10.

Lepas tu abang saya akan tolong potong untuk dipek/dibungkus dan dijual semula dengan anggaran kasar sebungkus beratnya setengah kilo dan dijual dengan harga antara rm1.50 hinggalah rm2.00 sebungkus...kalau beli banyak/borong akan dapat harga rm1.50 satu...kalau beli sebungkus RM 2.00.. Saya belum mahir potong nangka lagi.

Tetapi dalam 4 biji nangka tadi bukan semua boleh diambil..kadang 2 biji terpaksa dibuang sebab dah rosak. Maka akan menjejaskan untung yang saya dapat.

Modal kecil, rm10..lepas tu kalau ada rosak maka jumlah bungkus nangka yang dapat juga berkurangan. Kadangkala saiz nangka juga memainkan peranan. Saiz kecil biasanya bungkusan nangka yang dapat juga tak banyak.

Kiraan mudah, 4 biji nangka yang diambil,tolak 2 rosak...maka hanya 2 biji yang boleh digunakan.

Jadi kalau dah 2 biji,berapa bungkus yang boleh dapat? Dapat pulang modal dan dapat untung sikit pun saya dah bersyukur sangat.

Pernah juga, modal pun tak pulang. Hanya dapat penat petik nangka dan masa yang digunakan.

Tetapi inilah pengalaman dan kisah yang harus dilalui oleh penjaja kecil-kecilan seperti saya.

Suka tak suka kena terima jugalah.

Moga saya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan dalam perniagaan ini.

Saya doakan kalian yang membaca ini juga murah rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup. insya-Allah.

Saja saya nak berkongsi sedikit kisah saya dalam berjaja kecil-kecilan ini.

Moga adalah sedikit tips yang adalah dalam "posting" ini.

insya-Allah.amin.

Thursday, January 10, 2019

Selamat Hari Lahir Emak


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Hari ini 10/1/ merupakan tarikh lahir emak saya, Puan Jamaliah bte Deraman....

Banyak sebenarnya yang saya nak cakapkan...

Tetapi yang paling utama, saya nak cakap maaf kerana anak mak ni gagal menjadi seseorang, tiada apa yang boleh dibanggakan...

Sedih rasanya...

Jujurnya saya selalu berharap agar pergi dahulu sebelum emak saya, kerana saya tidak tahu bagaima hendak meneruskan hidup sekiranya emak telah tiada...

Image may contain: 2 people, including At Tarmizi, people sitting

Selamat Hari Lahir Emak...

Moga terus diberi kesihatan yang baik, selamat dunia akhirat.


Wednesday, January 9, 2019

Asif & Tar


Monday, January 7, 2019

Duit oh duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Duit ni bila digunakan macam tak terasa ya..

Tahu-tahu sahaja dah habis...

Contoh yang macam berlaku dekat diri saya ni bila saya pergi Kuala Lumpur haritu sebab ada urusan sedikit:

Nasi putih+ayam rendang+sayur+ais kosong= RM  6.50

Air Milo kotak kecil+air mineral+roti top baker= RM 3.00

Nasi goreng kampung+teh o ais=RM 6.50

Air mineral beli dekat stesyen Petronas=RM 2.50

Tiket bas ke tbs pergi balik=RM 20.80

Tiket erl sehala= RM 8.00,jadi pergi balik RM 16.00

Top up: RM 5.00

Earphone= RM 10.00

Berapa semua jumlah yang dah digunakan?

Oh ya,ni mujur saya ada tempat tinggal percuma,jadi jimat sikit..kalau tak satu malam dah berapa agaknya kalau sewa bilik hotel bajet.

Ok,jom kira:

6.50+3.00+6.50+2.50+20.80+16.00+5.00+10.00 = RM 70.30? Betul tak saya kira ni?kalau salah minta maaf ya..

Pergh...sehari sahaja nak dekat seratus habis..

Saya berjaja dekat pasar,sehari hari biasa, maksudnya Isnin sampai Jumaat,lebih kurang rm20,30 sehari jualannya..

Belanja dekat Kuala Lumpur pun dah nak habis dekat RM100...

Dahsyatnya...

Tak terasa duit  nak habis ni bila asyik digunakan...

Saturday, January 5, 2019

Bloglist Exchange Segment by Abam Kie

klik banner untuk join =)

Friday, January 4, 2019

Cerpen: Tingkat atas sebuah bangunan

Berhenti..

Jangan!!! , jerit satu suara..

Langkahnya terhenti..

Antara sedar dan tak sedar,antara yakin dan ragu-ragu...

Pandangannya tertumpu ke tingkat bawah..

Pandangannya melihat manusia yang berada di bawah seolah-olah seperti semut... kecil sahaja saiznya..

Semuanya kelihatan melakukan hal sendiri, tergesa-tergesa dan nampak sibuk sahaja masing-masing..

Tidak siapa menyangka di tingkat atas sebuah bangunan terdapat seseorang yang sedang menghitung-hitung untuk menyelesaikan masalah dengan cara segera..

Tidak tertanggung lagi rasanya..

Berhenti,jerit suara itu lagi..

Kau siapa sebenarnya?bentaknya berang...

Aku adalah kau, dan kau adalah aku..

Hah?

Kali ini bukan hanya amarah,malah jengkel dan mual datang menerjah perasaannya...

Sudahlah, kalau kau adalah aku, pasti kau tahu kenapa aku buat macam ni..

Dekat sini tak ada apa lagi yang ada untuk orang macam aku, hanya kegagalan dan penghinaan.

Aku muak dan bosan dengan semua ini.

Jadi, kau fikir kehidupan selepas kematian kau nanti akan buat kau jadi lebih bahagia? Soal suara ghaib itu lagi..

Kau usah beri ceramah agama padaku, kau juga macam yang lain, hanya tahu menghukum tanpa memahami. Tidak bertanya yang tersirat sudah memberi tafsir kepada yang tersurat.

Benar, dia sendiri sedar yang tindakannya ini hanya sia-sia, tetapi rasa kusut dan serabut, rasa kekosongan jiwa dan kehampaan dalam diri buatnya bertindak begini...

Mungkin mereka tak mengerti, tak memahami, tetapi itu bukan alasan untuk kau ambil tindakan begini, jawab suara itu lagi.

Barangkali juga mereka memahami, tetapi mereka juga ada masalah tersendiri, sambung suara itu lagi.

Jadi biarkan aku ambil tindakan begini, mungkin nanti baru ada yang bertanya, baru ada yang membuka mata.

Aku rasa tidak, jawab suara itu.

Besar kemungkinan kau hanya akan lebih dikeji,dihina, dan dianggap lemah oleh mereka.

Dia diam.

Air matanya mengalir laju...

Dalam esak tangisannya, antara dengar tak dengar, dia berbisik...

Tolong lah aku.

Dalam senja yang semakin kelam,dalam hari yang semakin gelap, di tingkat atas sebuah bangunan ada satu hamba-Nya yang perlu dibantu.

 

Thursday, January 3, 2019

Asif & Tar


Wednesday, January 2, 2019

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com


Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5bOEk4eV0

Tuesday, January 1, 2019

Sudahlah

Sudahlah...

Sudah meningkat usia,
Sudah semakin hampir penamatnya,
Sudahlah,
Biar saja mereka dengan cara mereka..

Kini masa untuk diri,
Bukankah diri ini pernah dikeji,
Sudahlah,
Bila susah bukan mereka yang ada di sisi.

Sudah lama berangan-angan,
Bilakah masanya untuk tindakan,
Sudahlah,
Buat sahaja perlahan-lahan.

Harapnya dapat dimulakan,
Sebuah perjalanan kehidupan,
Sudahlah,
Dalam hidup yang pasti terjadi cuma kematian.

Sudah sudahlah...
Biarkan diri ini menjadi
Orang gua yang bahagia dengan caranya
Sendiri....