Wednesday, June 23, 2021

Rindu pada makanan di Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Secara tiba-tiba saya terasa rindu dan teringat pengalaman semasa belajar di Unimas,Sarawak dahulu.

Teringat kenangan,pengalaman yang diperolehi di sana.

Tapi asyik teringat makanan di sana.

Saya teringat warung 2000 di Kota Samarahan.

Warung ni tempak lepak wajib bagi pelajar di sana.

Tempat tengok bola,makan dan lepak-lepak.

Dekat situ ada jual pelbagai makanan.

Mee kolok,laksa Sarawak,nasi ayam madu,roti canai dan macam-macam lagi lah.
 Air yang istimewa,teh c peng. Sedap rasanya.

Tapi yang saya teringat,makanan nasi ayam mak entek.

Nasi ayam mak entek ni special sebab ada rempah khas rasanya.

Sedap memang sedap.

Tapi kena banyak bersabar kalau order.

Satu sebab penjual dia susah nak senyum.

Satu lagi sebab banyak orang order,jadi lambat nak dapat.

Tak tahulah sekarang macam mana.

Mungkin dah ada peningkatan dan perubahan.

Ada satu lagi makanan,atau buah yang saya pernah makan yang saya teringat balik.

Buah dabai. Buah ni saya dapat rasa bila kawan Sarawak saya bawa daripada kampung dia.

Sedap makan dengan sambal kicap.

Banyak lagi makanan Sarawak yang saya pernah makan rasanya tapi tak ingat nama.


Dah lama tak pergi Sarawak.

Jika ada rezeki dapat kembali ke sana,nak sangat pergi semula.

Mana tahu ada rezeki bekerja dekat sana atau saja-saja berjalan ke sana.

Doakan ya.

Moga yang baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.


16 comments:

Syu Deris said...

Rindu jugak, especially tomyam & teh c special dekat warung 2000.Sampai hari ni teringat2 rasa dia. BTW, jemput join bersegmen dengan Syu untuk pencarian bloglist 👉🏼https://syuderis.blogspot.com/2021/06/segmen-pencarian-bloglist-syu-deris.html

At-Tarmizi said...

Syuhada Idris memang teringat kan, oh menarik juga,terima kasih ya sudi jemput, Insya-Allah saya join :)

PeRdU cINta said...

Aamiin. Mana tahu lepas ni ada rezeki ke sana kan...

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta Insya-Allah,amin.terima kasih kak PC :)

Sofie Adie said...

itulah rindu jugak nak makan makan negeri sendiri..

Atie Zieya said...

huaaaa!!! bila la semua virus ni nak selesai kan

uncle gedek said...

Tempat jatuh lagi dikenang kan?

At-Tarmizi said...

Alien Oren makanan Sarawak memang sedap

At-Tarmizi said...

Tulah,haraplah making pulih

At-Tarmizi said...

Betul uncle,ni kan pula tempat belajar :)

AzianKhalil said...

belum pernah ke Sarawak... sebelum PKP ada juga plan nak melancong ke Sabah Sarawak... tapi delaykan la dulu

Ciktie said...

Tak pernah lagi pergi sana tapi laksa Sarawak dah try dah la. Original guna rempah Sarawak. Sedap!!

At-Tarmizi said...

Saya pula tak pernah lagi pergi Sabah,harap adalah rezeki saya nak sampai sana.

At-Tarmizi said...

Memang sedap laksa Sarawak

mamapp said...

Sarawak best mama Ada keluarga angkat kat sana

At-Tarmizi said...

mamapp oh bestlah,tapi dah PKP ni tak dapatlah nak melawat mereka

Post a Comment