Thursday, October 21, 2021

Banjir di Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hujan semalam tak berhenti dari tengahari hingga ke petang.

Banyak kawasan yang banjir.

Mujur juga tempat saya duduk tak kena banjir.

Sebab dekat dengan laut.

Tapi dekat kawasan bandar khabarnya banjir teruk.

Malah lebih memilukan sebab ada anggota bomba yang lemas.

Difahamkan anggota tersebut lemas sewaktu dalam operasi banjir di sungai putat.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Banyak juga kawasan yang terpaksa ditutup.

Tengok dekat Facebook ada yang sampai paras air hingga ke bumbung rumah.

Menakutkan.

Haraplah pihak yang berwajib dan pemimpin akan mengatasi masalah ni.

Jangan sibuk nak jawatan sahaja tapi rakyat atau orang bawah ni tak dipedulikan.

Sekarang ni kalau hujan lebat tak berhenti sahaja maka akan ada  risiko banjir.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

10 comments:

Warisan Petani said...

Harap2 banjir dah reda

PeRdU cINta said...

Harap sangat kawasan yang mengalami banjir segera susut airnya.

Abam Kie said...

Sepatutnya masa ni bakal2 yb tu masuk kawasan yg terlibat banjir n bagi bantuan. Tunjukkan muka tu...

uncle gedek said...

Al Fatihah untuk wira bomba tu....

Etuza said...

Banyakkan bersabar saat dilanda ujian ..doa dan tak putus harap keajaiban kuasa Allah

At-Tarmizi said...

Warisan Petani terima kasih.

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta harap lepas ni adalah penambaikkan yang dibuat oleh pihak yang berwajib.

At-Tarmizi said...

Abam Kie betul tu cikgu.

At-Tarmizi said...

uncle gedek Alfatihah.

At-Tarmizi said...

Etuza Insya-Allah cikgu.

Post a Comment