Friday, November 30, 2018

Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi

Klik banner untuk join =)


saya tag:

Thursday, November 29, 2018

Penat dan putus asa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Fuh,mencabar sungguh rasa nak hujung-hujung tahun ni..

Rasa macam banyak dugaannya.

Entahlah...

Jika saya simpan dan pendam mungkin akan menyebabkan rasa sakit dalam kepala.
Jadi saya tulis sahaja dalam blog saya ni.

Dugaannya:

1) clutch plate motor rosak,kos nak baikinya rm 100+++

2) sport rim motor rosak,kena tukar satu set,kosnya dalam 200+++ kalau ambil yang tahan/lasak sikit.

3)no plat motor patah..

4)arm motor dah rosak,kos nak baikinya rm85+++

5)road tax kereta dah mati,nak hidupkan tak ada duit...

6) laptop tunggu masa sahaja rosak, motherboard dah tak boleh diselamatkan lagi,rosak kali ni kena beli laptop baru.

7) power rabun dah naik/cermin mata pun dah rosak..nak tukar belum ada duit.

8) tempat niaga kemungkinan akan ditutup..entahlah..mana nak meniaga/cari duit lepas ni?

Entahlah...
Penat dan putus asa rasanya.

Wednesday, November 28, 2018

Asif & Tar


Tuesday, November 27, 2018

Menang Segmen Saya Nak Buku Free By Cuya


Alhamdulillah....saya telah terpilih sebagai pemenang bagi segmen Saya Nak Buku Free By Cuya.

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/11/pemenang-segmen-saya-nak-buku-free-by.html

                                

Saya berjaya memenangi sebuah zine bertajuk A Gift For D'Cleft.


Sekali lagi terima kasih kepada blogger Cuya kerana menganjurkan segmen ini, dan terima kasih juga kerana memilih saya sebagai pemenang.

Bertambah lagi kenangan manis saya dalam berblogging ini.

Alhamdulillah, terima kasih ya =)

Monday, November 26, 2018

Buah Nam-Nam @ Katak Puru

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masa berjaja dekat pasar,ada seorang pelanggan ni tanya,ada jual pucuk nam-nam tak?termenung sekejap..tak pernah dengar..

Google pasal buah nam-nam ini atau nama lainnya buah katak puru, sedap dibuat lauk/ulam rupanya ya..kena cuba ni.

Saya kongsi artikel yang saya ambil daripada suratkhabar Sinar Harian ini tentang buah nam-nam atau juga dipanggil buah katak puru.

Ingat nak cuba tanamlah,senang ke nak hidup?
Image result for buah nam nam malaysia
buah nam-nam,sumber gambar:google images

Nam nam dipanggil buah katak puru
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: October 26, 2011
Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu.

Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur.

Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru.

Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus.

Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan.

Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh.

Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang.

Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja.

Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut.

Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur

sumber : sinar harian http://www.sinarharian.com.my/mobile/rencana/nam-nam-dipanggil-buah-katak-puru-1.2401

Saturday, November 24, 2018

Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K.

Klik banner untuk join =)

Friday, November 23, 2018

Asif & Tar



idea daripada blogger annursyuhadah untuk contest isi dialog asif & tar
jom lawati blog blogger >annursyuhadah.com<

Thursday, November 22, 2018

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz
klik banner untuk join =)

Monday, November 19, 2018

Asif & Tar


Sunday, November 18, 2018

CONTEST GA: ISI BUIH-KATA KOMIK #3

klik banner untuk join =)








Thursday, November 15, 2018

Cerita atau filem kegemaran

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Post kali ini ringkas sahaja..

Boleh kongsi filem atau cerita kegemaran korang? Kenapa cerita tu buat korang rasa best nak tengok?

Contohnya, saya suka filem Tamil, antara filem atau cerita yang saya suka tengok walaupun dah banyak kali ulang, antaranya ialah:

Sivaji the bos
- sebab cerita ni memang kelakar,penuh dengan pengajaran dan aksi..

Lepas tu antara cerita Tamil yang saya rasa best ialah

Pulimurugan

Image result for pulimurugan

-kebetulan tengok cerita ni dekat tv2 dulu, memang macam-macam ada dalam cerita ni,kelakar,penuh dengan aksi..memang dahsyat cerita ni..biasalah cerita Tamil,seorang boleh lawan sepuluh orang,hahaha..tapi Pulimurugan ni lagi dahsyat sebab hero dia boleh lawan harimau..haha


Ok, antara cerita lain yang saya rasa best tengok walaupun dah banyak kali tengok:

 Kabhi Kushi Kabhi Gam
- tak minat Hindustan sangat,tapi cerita ni memang seronok tengok,biasanya time hari raya memang akan keluar cerita ni...mengalir jugalah air mata ni..

Cerita lain yang saya ingat:

1) shaolin soccer
2)kungfu hustle
3)lagi-lagi senario


Ok, ada lagi rasanya..tapi saya tak ingat...

Boleh kongsikan korang suka tengok cerita apa walaupun dah banyak kali tengok?

Boleh jadikan satu post dekat blog korang, boleh saya baca =)

Tuesday, November 13, 2018

#7YEARSANNIVERSARYGIVEAWAY DUNIA ZUMAL

Klik banner untuk join =)

Thursday, November 8, 2018

Daripada dulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entah kenapa, daripada dulu lagi jika saya order makanan dekat kedai atau warung mesti ada hal yang berlaku.

Sebagai contoh,jika keluar makan dengan kawan, saya pesan makanan yang sama dengan kawan,tapi kadangkala kawan saya dapat ordernya..saya pula tak dapat.

Kadangkala saya order dulu daripada orang lain tapi saya yang selalu dapat lambat..

Selalu juga dulu kena perli dengan kawan,biar saya order dulu takut nanti mereka dah habis makan,baru pesanan saya sampai...

Entahlah...

Kalau sesekali berlaku tak apalah,ini seolah-olah dah jadi kebiasaan untuk sesuatu hal berlaku..

Kenapa ya?

Monday, November 5, 2018

Asif & Tar



idea daripada blogger cuya untuk contest isi dialog asif & tar
jom lawati blog blogger >cuya<

Friday, November 2, 2018

Zaman apakah ini?

Zaman apakah ini?

Rancangan TV yang disiar adalah tentang jual beli barang dari pagi hingga ke petang..

Zaman apakah ini?

Kerana wang ringgit sanggup bergaduh sesama keluarga...

Zaman apakah ini?

Di media sosial ramai yang menghakimi...

Zaman apakah ini?

Mereka yang dipilih untuk memimpin akhirnya hanya memikirkan kepentingan keluarga dan diri..

Zaman apakah ini?

Mereka yang mengatakan hutang negara banyak akhirnya merupakan individu yang punyai gaji tertinggi...

Zaman apakah ini?

Mereka yang kaya raya dianggap sungguh mulia walaupun penuh kesombongan dalam berkata-kata...

Zaman apakah ini?
Entahlah...

Thursday, November 1, 2018

Lucas Graham-You're Not the Only One

Lukas Graham – You’re Not the Only One (Redemption Song) Lyrics


You’re Not the Only One (Redemption Song) Lyrics by Lukas Graham
Released : 2018

Please give me your redemption song, I need one real bad
No one seems to write them now that John and Bob are dead
All I know is
We need one right now

If life’s another game of chess, we lost a couple pieces
The ones who’ve had a dream for us, the legends who will lead us
All I know is
We need them right now

The darkness makes it hard to see the light
But the time is always right to do what’s right
If you only knew, I’m just as scared as you
You’re not the only one

Is it ignorant to say that war is just no longer needed
And childish to think that love gives life a higher meaning
All I know is
We need love right now

The people we have given trust end up corrupt and rotten
They start with great ideals but on the way that’s all forgotten
All I know is
We need hope right now

The darkness makes it hard to see the light
But the time is always right to do what’s right
If you only knew, I’m just as scared as you
You’re not the only one

You’re not the only one who’s had enough
Give me your hand so we can stand up
You’re not the only one done waiting
For changes to come

(You’re not the only one who’s had enough)
The darkness makes it hard to see the light
(Give me your hand so we can stand up)
But the time is always right to do what’s right
(You’re not the only one done waiting)
If you only knew, I’m just as scared as you
(For changes to come)
You’re not the only one

Please give me your redemption song, I need one real bad
No one seems to write them now that John and Bob are dead
All I know is
We need one right now