Thursday, August 30, 2018

Selamat Hari Merdeka ke 61

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61.

Semoga Malaysia kekal aman sentosa.

Moga harga atau kos barang tidak meningkat mendadak.

Moga banyak peluang pekerjaan.

Moga rakyat hidup bersatu-padu.

Selamat Hari Merdeka ke 61.

Tuesday, August 28, 2018

Tak perlu

Tak perlu pura-pura baik depan aku,
Tak perlu pura-pura nak tolong aku,
Kau hanya nak melepaskan tekak kau,
Aku tak peduli lagi hal hidupmu.

Tak perlu berlakon depan aku,
Hidup kau,kau lah yang tentu,
Hidup aku dengan cara aku,
Masa susah nak tunjuk muka depan aku.

Tak perlu,
Aku dah makin tua,
Hidup aku entahlah berapa yang tersisa,
Tahniah kepada kau sebab dah berjaya.

Kawan tak perlu pura-pura lagi,
Sudahlah, aku pun dah malas nak ambil tahu.

Tapi ini mungkin boleh jadi teladan kepada yang membaca atau terbaca nukilan aku ini.

Cari kawan yang betul-betul kawan.
Bukan masa susah baru datang jumpa kau.
Orang macam ini,baik kau abaikan.

Tak perlu ada pun tak apa.

Monday, August 27, 2018

Tahniah kepada pemenang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Keputusan guess my weight oleh Abam kie dah keluar.

Boleh check dekat blog Abam kie.

Tahniah kepada pemenang.

Saya juga salah seorang sponsor bagi giveaway tu.

Cuma saya harap kepada pemenang top-up tajaan saya tu bersabar sikit ya.

Sebab saya dalam minggu ni nak selesaikan beberapa urusan,jika ada kesempatan,saya akan selesaikan urusan top-up ni dalam masa terdekat.

Tahniah sekali lagi kepada pemenang.

Sunday, August 26, 2018

Terima kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada yang membaca atau terbaca blog saya ini.

Terima kasih juga kepada kawan yang membaca blog saya ini sama ada ikhlas dalam memberi pandangan atau yang sekadar menyindir.

Saya beterima kasih kepada semua,selagi saya ada ruang,saya akan menulis kerana dengan menulis di blog ini memberi satu kepuasan dan kenangan terhadap saya.

Melihat semula tulisan dalam blog ini,saya sedar yang kehidupan saya berubah-ubah...

Zaman remaja,belia,dewasa semuanya akan menjadi satu kenangan yang tertulis dalam blog ini.

Saya memulakan menulis blog ini kerana ingin mencari sesuatu hobi,kemudian berharap dapat menjadi sumber pendapatan, sekarang ini saya menulis untuk menjadi satu kenangan,harapan dan impian dalam hidup saya.

Terima kasih kepada semua yang membaca blog saya ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja

Terima kasih.

Saturday, August 25, 2018

Jalan yang berbeza

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tadi berkesempatan lepak minum dengan kawan semasa program SL1M-Telekom dahulu.

Kebetulan dia datang Melaka sebab nak urus hal adiknya yang dapat tawaran belajar dekat UITM, jadi sempatlah lepak jumpa dia sekejap.

Sekarang ni dia dah kerja sebagai Head of service dekat sebuah syarikat Johor,dan insya-Allah bulan 2 tahun depan akan berkahwin.

Bila melihat kehidupan dia,rasa kerdil pula diri ni.

Mungkin jalan hidup masing-masing berbeza, ada yang dapat kerja bagus,ada yang memang lahir daripada keluarga kaya, ada yang kahwin awal...

Masing-masing punya jalan hidup sendiri.

Jalan hidup saya pula,saya sendiri tak pasti.

Sejujurnya saya ingin sebuah kehidupan yang lebih baik...

Bersyukur masih ada tempat berteduh tapi sampai bila saya nak macam ini.

Jalan hidup saya sendiri kabur.

Entahlah...

Tuesday, August 21, 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Sunday, August 19, 2018

Rindu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rindu..betul- rindu dengan laptop...

Dah dekat 2 minggu tiada laptop,rasa lain sungguh.

Menambahkan kesedihan bila kedai beritahu yang laptop dah tak boleh dibaiki sebab rosak agak teruk.

Betulkan pun takut tak sampai sebulan rosak balik.

Rindu betul dengan laptop.

Memang zaman sekarang ni zaman smartphone.

Tapi saya lagi selesa buat kerja guna laptop, contohnya update blog,ataupun tinggalkan komen dekat blog lain.

Sebab bila saya cuba tinggalkan komen dekat blog lain guna handphone,tak boleh nak loading.

Rindu betul dengan laptop saya.

Tambah lagi itu hadiah yang diberi sebab saya dapat masuk universiti dulu.

Haraplah dapat betulkan laptop tu balik.

Saturday, August 18, 2018

Mosquito Sound

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah dengar tentang mosquito sound?

Bunyi nyamuk kalau dalam bahasa Melayu...tapi bukan nak cerita pasal bunyi nyamuk ni..

Mosquito sound yang saya maksudkan di sini ialah keupayaan mendengar mengikut peringkat umur...

Maksudnya bila umur kita meningkat, keupayaan mendengar kita makin kurang..

Kebiasaannya keupayaan mendengar kita mula kurang seawal umur 25 tahun...

Cara nak test senang sahaja...

Google perkataan mosquito sound, lepas tu nanti akan keluar senarai website yang ada sediakan ujian mendengar...

Saya dah try,hasilnya keupayaan mendengar saya termasuk dalam kategori dah tua.. ataupun maksudnya umur lebih 24 tahun.

Keupayaan mendengar bagi kanak-kanak berbeza dengan keupayaan mendengar orang dewasa... kanak-kanak boleh mendengar dengan lebih baik..

Saya tahu pasal mosquito sound ni bila baca dekat komik Hajime Kindaichi...ada tentang mosquito sound ni...

Mosquito sound ni juga digunakan bagi tujuan mengelakkan orang muda melepak sampai malam, yalah..mesti tak seronok lepak bila terpaksa mendengar bunyi yang menjengkelkan...

Sekadar nak berkongsi info dengan pembaca blog atau yang terbaca blog saya ini...

Segmen Guess My Weight

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang dekat blog Abam Kie tengah berlangsung segmen Guess My Weight.

Teka berat Abam kie dan dapat hadiah..

Jangan lupa terjah dan join segmen tu ya :)

Thursday, August 16, 2018

Seminar yang pernah pergi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tengah mencari idea nak tulis apa dekat blog, tiba-tiba teringat tentang seminar tentang perniagaan yang pernah saya pergi dahulu.

Seminar yang pernah saya pergi dulu  mula-mula ialah seminar jutawan industri oleh En.Azizan Osman...

Tak salah saya join seminar ini tahun 2010 kalau tak salah saya..lama dah, tak ingat sangat tarikhnya...

Tertarik dengan seminar ni bila baca dekat suratkhabar Harian Metro tentang kejayaan bekas-bekas peserta seminar ini, waktu ini En.Azizan belum lagi dipalit dengan kontroversi Ijazah palsu. .Setiap hari Ahad akan ada ruangan khas untuk alumni En.Azizan Osman ini,dululah... sekarang dah tak ada dekat Harian Metro..

Jadi saya pun cuba join seminar Jutawan Industri ini, bayarannya rm50...seminar ini berlangsung dekat Hotel yang bersambung dengan pasaraya Dataran Pahlawan...

Seminar dimulakan dengan senaman ringan, macam joget sikit-sikit...masa ini juga saya perasan ada dua tiga orang yang keluar sebab barangkali tak selesa ada joget bagai ni.

Lepas tu bermulah seminar Jutawan Industri ini..

Jujurnya, perkongsian secara umum sahaja...antara tips yang diberi, kena jaga hubungan baik dengan Allah,kena jaga hubungan baik dengan manusia,kena sanggup berkorban untuk berjaya..

Selain itu ada juga selit sedikit kisah hidup En.Azizan Osman, belajar sekolah cina dekat Melaka, bekerja kemudian memulakan perniagaan...antara perniagaan yang dibuat,jual sabun wangi kalau tak salah saya...selain itu, ada juga tentang macam mana kesusahan hidup dia yang terpaksa berhadapan ceti haram/along...

Lepas itu ada seisi soal jawab dengan peserta, ada sedikit perkongsian daripada mereka yang pernah berguru dengan En.Azizan Osman...dan kemudian di akhir seisi, En.Azizan beritahu seminar ini cuma secara umum sahaja,nak lagi advance dia ada buat kelas lanjutan tapi harganya memang mahal bagi orang macam saya...5,6 ribu juga kalau tak salah saya...tak mampu saya nak join..

Mujur juga saya tak join,sebab lepas itu kecoh kes En.Azizan Osman dengan Ijazah palsunya...

Tak ada niat apa-apa pun daripada saya bila tulis pasal ini, saya tak berniat nak malukan sesiapa...sebab seminar Jutawan Industri yang saya join ada juga faedahnya sebab banyak juga tips berguna yang diberi... walaupun sebenarnya rata-rata tips yang diberi contoh kena berguru sebelum memulakan sesuatu perniagaan adalah tips yang biasa kita dengar, tapi kita dah terlupa...jadi kira macam refreshments balik kepada kita...

Lepas itu ada seminar lain yang saya join antaranya seminar dengan Ammar Zahar, dan juga Sekolah Jalanan..

Seminar yang ini nanti saya cerita dekat post yang lain kalau ada masa nanti...

Sekali lagi saya tegaskan,post saya ini hanya berdasarkan pengalaman saya yang join seminar, saya tak ingin mengaibkan mana-mana pihak atau individu...

Ini hanya pengalaman peribadi sebenar saya yang ingin saya kongsikan kepada pembaca atau yang terbaca blog saya ini..

Wednesday, August 15, 2018

Kena tampar masa sekolah dahulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang tengah kecoh dekat media sosial hal guru buli pelajar tadika..

Kes besar yang kecoh tu berlaku dekat negeri Melaka, negeri sendiri...malu juga bila baca..

Budak tadika pula tu, bila tengok video yang viral tu rasa sedih, budak kecil lagi,takut trauma pula nanti nak pergi sekolah...

Semoga kebenaran dapat dibuktikan...

Bila baca kes macam ini, teringat pula zaman sekolah rendah dahulu...

Ingat lagi ada seorang Cikgu lembut, memang lembut tapi bila bercakap,mulut memang pedas, pedih sahaja telinga dengar...

Teringat dahulu saya pernah kena tampar dengan Cikgu ini...

Puncanya sebab saya dan kawan-kawan tak bagi salam dekat dia..

Masa tu kami tengah duduk beramai-ramai...masa tu dah habis peperiksaan kalau tak salah,jadi kami bebas buat aktiviti lain...

Jadi kami beramai-ramai duduk,bila nampak Cikgu ni kami semua beredar,yalah sebab tahu Cikgu tu garang, kami jadi takut, tak nak jumpa dengan dia, terus dipanggilnya kami semua, lepas tu ditampar kami seorang demi seorang... sebab tak bagi salam dekat dia..

Itulah pengalaman pertama kali saya ditampar..sebelum itu setakat kena cubit atau rotan dengan Cikgu lain...

Lama juga saya tak dengar khabar Cikgu tu, dulu dengar dia jatuh sakit sampai tak boleh jalan... tak tahulah kalau dah meninggal...

Agaknya kalau zaman saya dulu dah macam zaman sekarang,zaman viral..dah lama Cikgu ni masuk lokap...

Sebab pernah juga dia ludah pelajar lain sebab gagal jawab soalan...

Sampai sekarang ni bila teringat pengalaman ni, rasa marah dekat Cikgu tu susah nak dihilangkan...

Yalah,rasa macam tak patut kena tampar sebab hal yang tak masuk akal macam ni.

Monday, August 13, 2018

Hadiah giveaway souvenir by Siti yang menaip dah sampai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah,hadiah giveaway souvenir by Siti yang menaip dah sampai rumah.


Balik sahaja meniaga, tengok-tengok dekat peti surat ada sampul.


Bila tengok,tersenyum bila tengok dihantar oleh siti yang menaip.


Bertambah seronok bila buka tengok hadiah yang diberi.


Dapat coin bag dengan keychain..


Comel betul hadiahnya...


Alhamdulillah, bertambah lagi pengalaman manis saya dalam berblogging ni.


Terima kasih ya Siti yang menaip.


Terima kasih sebab sudi bagi hadiah.


Terima kasih sebab sudi anjur giveaway.


Alhamdulillah...seronok rasanya...




Sunday, August 12, 2018

Terus tinggalkan komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Laptop masih belum dibaiki, jadi sekarang ini saya berblog guna smartphone sahaja.

Susah sikit kalau nak reply komen sebab bila saya tinggalkan komen,automatic saya ter"log" out dengan sendirinya..

Tak tahulah kenapa, tapi saya harap mereka yang membaca dekat blog saya ini terus tinggalkan komen, bila laptop saya dah ok balik saya akan reply balik semua komen-komen tu.

Seminggu juga nak tunggu laptop siap dibaiki, harap tak kena tambah duit lagi sudahlah...

Gara-gara tak rajin cuci dalaman laptop yang kalau hantar kedai baru kena caj 30,40 ringgit tak pasal-pasal saya kena bayar RM 280 sebab motherboard rosak.

Apa nak buat,dah salah sendiri, lepas ni kena beringatlah...

Wednesday, August 8, 2018

Lari

Lari,
Lari jauh-jauh,
Tinggalkan tempat ini,
Lari tinggalkan semua keserabutan.

Lari,
Lari jauh-jauh,
Tinggalkan tempat ini,
Lari tinggalkan semua kepahitan.

Pergi ke tempat yang ada sebuah rumah untuk berteduh, dikelilingi hutan,tiada manusia yang berlagak bijak.

Hanya ada hutan,hidupan hutan yang tidak merbahaya,dan sebuah rumah untuk berteduh.

Ketenangan, inginkan ketenangan, sudah dicuba candu ketenangan,masih terasa kekusutan.

Biarlah hutan jadi peneman, tidak perlu dengar lagi sorak manusia yang berjalan mendabik dada..

Lari jauh-jauh,
Lari...

Monday, August 6, 2018

Kenapa jadi macam ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekadar luahan hati, ingin melepaskan yang terbuku dan tersimpan.

Sudah lima bulan saya balik semula ke Melaka selepas habis program SL1M di Kuala Lumpur,tiada rezeki saya nampaknya untuk diserap.

Sudah 3 program SL1M yang saya join, Telekom,Malaysia Airport dan PNB semuanya tidak mengambil saya sebagai staff.

Balik sahaja ke Melaka, motorsikal honda wave 100 saya rosak teruk.

Gara-gara kena tipu sebab tukar minyak hitam tiruan,habis enjin motorsikal saya semua kena repair...dekat RM 300 juga repairnya...

Kemudian, saya beli sebuah alat gym melalui Facebook, harganya dalam RM 1 ribu lebih, alat gym itu memang sampai ke rumah dan memang kena pasang sendiri, berjaya juga dipasang setelah saya mendapat bantuan abang dan kawan abang saya..cuma masalahnya tali penahan alat gym ini mudah tercabut jadi hilang mood nak bersenam bila asyik nak kena betulkan tali...

Niat beli alat gym supaya saya dapat kurangkan berat badan yang sudah obesiti ini, itu yang keluarkan duit simpanan...lain pula jadinya..

Sekarang ini laptop saya pula rosak,check dekat kedai motherboard dah rosak..nak betul dalam RM 200 lebih...malah ada kedai yang nasihat supaya beli sahaja yang baru sebab laptop saya ini dah lama...takut nanti masalah ini jadi balik.
Marah dan kecewa juga sebab masa dekat Kuala Lumpur, ada manusia lain yang pinjam dan pakai tak rosak pula...saya baru pakai tiga,empat bulan dah nak kena repair...

Duit simpanan makin habis, tolong emak saya berniaga berapa sangat duitnya....ini mujur duduk rumah emak,tak perlu bayar sewa rumah,duit makan minum..cuma sendiri rasa tak seronok sebab dah tua pun masih tak nampak hala tuju dalam hidup dan asyik menyusahkan emak.

Agaknya saya tak boleh duduk dekat negeri sendiri dulu,kena keluar merantau lagi nampak gayanya ini...

Serabut betul kepala ini...mujur bujang tak ada anak isteri, kalau tak,lagi kusut jadinya...

Motor rosak, laptop rosak,beli alat gym tapi susah nak pakai, duit makin susut...

Haih.....

Kaki ampu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pernah jumpa dengan orang yang semua perkara dia tahu?

Saya pernah jumpa...dan saya juga pernah menjadi salah seorang daripada mereka.

Mengapa?

Pertamanya dahulu saya nak "impress" kan orang,saya tak nak dipandang sebagai seorang yang tak tahu apa-apa.

Jadi bila bersembang, saya akan acah-acah tahu,mungkin juga sebab saya takut jika cakap tak tahu,saya akan dipandang rendah dan diejek orang.

Tapi bila saya jumpa orang lain yang lebih hebat sembangnya...baru saya terasa macam sia-sia sahaja cubaan saya nak jadi orang macam ini.

Sebab saya sendiri rasa rimas bila bersembang dengan orang macam ini.

Semua perkara dia tahu,semua hal dia mahir...

Tapi memang ada orang yang sembangnya macam ini sebab dia memang tahu atau pandai perkara yang dibincangkan.

Tapi ada juga yang sembang pandai tapi setakat sembang sahajalah...saya pun dulu salah seorang daripada kategori ini, harapnya saya dah berubahlah...

Setakat ini,paling saya rasa menyampah bila pengalaman saya dahulu jumpa orang yang sembangnya kencang,bodek atau kuat mengampu tapi tak sedar yang dia pun kuli sahaja... Lebih teruk bahasa dia lagi dahsyat daripada bos,lebih sudu daripada kuah.

Tapi saya rasa mana-mana tempat mesti ada jumpa orang macam ini.

Yalah,zaman sekarang kerja susah nak dapat,selagi boleh mengampu untuk terus kerja,terus hidup terpaksalah buat ini.

Saya pun silap-silap lagi kuat mengampu agaknya nanti.

Sunday, August 5, 2018

Belajar buat biskut

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cubaan membuat biskut.

Bosan-bosan duduk sahaja,maka saya pun Google cara nak buat biskut.

Tengok resipi yang dikongsi nampak mudah,maka saya pun cubalah membuatnya...

Hasilnya,biskut yang saya buat tu tak berapa jadi sangat...

Hangus sikit bahagian bawahnya...sebab leka tengok TV,lupa pula pasal biskut dalam oven.

Mujur bahagian bawahnya sahaja yang hangus...

Jadi rasanya pahit sikit sebab hangus..

Tapi boleh tahan jugalah rasanya..

Bahan-bahannya pun mudah sahaja..

Nanti saya kongsikan resipi yang saya ambil itu.

Percubaan pertama saya dalam membuat biskut...seronok jugalah walaupun tak berapa jadi sangat...

Mungkin lepas ni jika kerap buat maka hasilnya mungkin jadi lebih baik.

Friday, August 3, 2018

Laptop

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Laptop buat hal pula,bila on tak keluar gambar...

Hilang mood nak berblog sebab saya lagi suka update blog pakai laptop.

Lain rasanya update blog pakai laptop dengan pakai smartphone...

Biasanya laptop ini lepas dah tak boleh on,biar 2,3 hari ok balik..

Ini dah nak dekat seminggu,tak tahulah rosak dekat mana...

Dekat skrin ke,dekat hardisk ke..

Tengok dekat YouTube macam hardisk problem..nak buka laptop sendiri laptop ini takut jadi lagi teruk...

Dahlah 2,3 hari ini memang rasa serabut,laptop pula buat hal...

Masa orang lain pinjam tak ada pula nak buat hal...bila sendiri pakai,jadi macam ni pula...

Dulu masa belajar pun jadi macam ni,tinggal beberapa hari lagi nak submit final year project (fyp) laptop jadi masalah macam ni.

Hantar kedai dekat area rumah sewa masa belajar dulu, tapi pekerja kedai nak tak nak sahaja check...check lebih sikit kurang lepas tu suruh bersihkan sahaja...tiap kali hantar itulah yang disuruh buat...betulnya tak..

Mujur sempat hantar juga fyp tu walaupun teruk kena kritik dengan panel supervisor fyp...

Sekarang jadi balik masalah ini,
Kena hantar kedai untuk repair jawabnya ini...

Haraplah tak kena tipu dengan kedai nanti.

Saya sayang laptop ini sebab sebelum masuk universiti,dengan duit gaji kerja sementara jadi jaga dekat rumah anak yatim saya buat beli laptop ini...

Dah lapan tahun dah laptop ini.

Kalau ada sesiapa yang terbaca atau pembaca blog ini tahu masalah laptop saya ini,mohon komen lah ya.

Mohon sangat jasa baik kalian.