Wednesday, November 10, 2021

Makin mencabar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Makin mencabar betul zaman sekarang ni ya.

Harga barang semua naik.

Ayam sekilo nak dekat rm10 tempat saya. Tempat lain lagi lah agaknya.. Seekor ayam dah berapa ringgit.

Jadi bila ayam mentah mahal, ayam goreng seketul dah jadi rm5, biasa saya beli 3,4 ringgit seketul.

Mee kuning dah jadi rm1.20 sebungkus,dulu baru rm1.00, malah plastik beg pun dah naik..dulu rm2.00 sekarang dah jadi rm2.10..

Ikan pun naik harga.. sekarang ni beli sikit-sikit saja. Takut tengok harga ikan sekarang.

Barang binaan lagi lah..

Simen sekampit dah jadi berapa ringgit..dulu rm14 sekarang dah jadi rm18.

Harga besi lagi naik mendadak.

Makin mencabar betul zaman sekarang ni ya.

Tak tahulah nak jadi apa nanti.

Orang yang ada duit, naik dua tiga puluh sen tak adalah terkesan sangat.

Orang marhaen macam saya ni memang terasa betul dengan keadaan sekarang.

Haraplah ada pihak yang boleh mengatasi masalah ni.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

16 comments:

PeRdU cINta said...

Betul sangat-sangat. Walau naik seposen dua kalau dikumpul banyak juga jumlahnya.

Abam Kie said...

bila dah naik tu x reti2 plak nak turun! arrghh!

uncle gedek said...

I feel you...

uncle pun terkesan

Warisan Petani said...

Siakap kat langkawi lagi teruk naiknya

Rodiah Amir said...

Sama. Terkesan juga. Memang berjimat cermat dari dulu lagi

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta betul..kalau dihimpun memang terasa naikknya

At-Tarmizi said...

Abam Kie tulah pasal.. sedih kan cikgu

At-Tarmizi said...

Thank you uncle gedek..sama lah kita ni

At-Tarmizi said...

Warisan Petani haha.. memang tak mampu lah nak makan..seram dengan harganya

At-Tarmizi said...

Rodiah Amir betul..semua orang terkesan..kena berjimat saja sekarang ni

mrhanafi said...

saya juga marhaen dan terkesan.

mari kita berusaha dan berikhtiar untuk ubah hidup

At-Tarmizi said...

mrhanafi betul.. sama-samalah kita berusaha

Farhana Jafri said...

betul sangat. dulu kalau nak berjimat makan nasi dengan telur goreng sekarang ni telur sepapan pun dah naik harga. Kualiti pun bukannya elok sangat

Etuza said...

dari kita untuk bijak berbelanja

At-Tarmizi said...

Farhana Jafri betul,harga telur pun meningkat.

At-Tarmizi said...

Etuza betul tu cikgu,kena bijak berbelanja.

Post a Comment