Monday, April 29, 2024

3 Syarat Wajib Solat

 


Thursday, April 25, 2024

Jiran sebelah petak niaga dah meninggal

 Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua..

Hari ini, Khamis 25/4/2024, makcik yang berniaga di sebelah petak saya di pasar borong telah meninggal dunia.

Bermula dengan rasa sakit di telinga, sebelum bulan puasa haritu, akhirnya melarat sehingga dimasukkan ke hospital...akhirnya hari ini telah meninggal dunia...

Makcik ni meniaga tempe, selalu bagi tempe dekat saya...malah semasa arwah abang ngah saya dimasukkan ke hospital pun makcik ni ada telefon bertanya khabar...

Malah pasar tempat saya niaga juga rasa sunyi sebab makcik ni tak ada jual tempe, selalunya bila dia ada, akan ramai orang datang beli tempe...saya pun dapat tempias sebab bila beli tempe kadang-kadang mereka beli ulam dengan saya...sekarang ni dah tak ada sangat dah..

Nak buat macam mana kan, dah sampai masa, dah sampai ajal...

Cuma dua hari sebelum iaitu hari Selasa, saya ada dengar tazkirah Maghrib, ustaz tu beritahu yang ajal ni bila-bila masa sahaja boleh berlaku...tak kira bila,umur berapa,dekat mana, kerja apa, sebab apa...semua tu bila sampai masa meninggal,maka meninggal lah kita, tak lewat sesaat, tak cepat sesaat...

Tapi ustaz tu ada bagi teguran juga, semasa talkin dibaca, seharusnya kita fokus kepada talkin,,,tapi ada yang buat tak kisah...masih sibuk cerita hal dunia...sepatutnya talkin tu kita dengar dan ambil iktibar kepada kita yang masih hidup..

Saya ni tulis sahaja pandai, kadang saya pun tak fokus sangat masa talkin tu dibaca...buat hal lain juga macam berbual atau bersembang-sembang dengan orang lain...

Tak apalah, moga-moga sama-samalah kita berusaha tingkat diri ke arah yang lebih baik..

Makcik tempe jiran sebelah tapak saya niaga dah selesai hal dunia, dah tak payah fikit kenaikan harga barang, kenaikan tarif elektrik,tarif air dan macam-macam masalah dunia lagi lah...

Entah bila giliran saya, saya pun tak tahu..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

amin.

Monday, April 22, 2024

5 Rukun Khutbah Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

5 Rukun Khutbah
  • Memuji Allah SWT.
  • Selawat Ke Atas Nabi SAW.
  • Wasiat Taqwa.
  • Membaca Satu Ayat Al-Quran.
  • Doa Kepada Orang Beriman Dalam Khutbah Kedua.

Tuesday, April 16, 2024

Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...


Pertamanya, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.

Sebenarnya masa nak tunggu pengumuman raya,saya harap raya jatuh pada hari Khamis, sebab saya nak terawih lagi, tapi tak apalah, raya jatuh hari Rabu, maka raikan sahajalah...malam tu alhamdulillah saya dapat ikut takbir raya di masjid.

Tak ada apa pun  raya bagi saya, pergi rumah mak saudara,pak saudara, itupun sebab along saya balik raya tahun ni...ikut dia sajalah..kalau dia tak ada memang saya tak pergi...sebab biasa saya akan pergi dengan arwah bang ngah...ni dia dah tak ada....tak akan saya nak pergi beraya seorang pula kan..

Sebenarnya, saya terkilan sedikit,masa bulan ramadan haritu sekali pun saya tak sempat ziarah kubur arwah bapa dan abang ngah..selalunya memang saya akan pergi kubur masa bulan puasa...saya tak pergi masa hari raya sebab selalunya kubur penuh dengan waris keluarga yang datang melawat kubur ahli keluarga mereka...

Rasanya daripada dulu, sambutan raya saya biasa sahaja...baju raya pakai yang lama, malas nak beli..cuma tahun ni ada kawan emak saya bagi baju Melayu,kira saya ada juga baju Melayu baru.. 

Hari raya pertama, pergi sembahyang raya, lepas tu balik rumah, ikut along ziarah rumah saudara-mara..itu sahajalah...

Di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

amin.

Wednesday, April 3, 2024

Kenapa dinamakan Lailatul Qadar