Monday, November 30, 2020

Nak beli PS 5

 


Friday, November 27, 2020

Giveaway Never Grow Up.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Rasanya lama saya tak join giveaway dekat mana-mana blog.

Tapi baru-baru ini,saya telah ditag oleh en.safirulamar dekat facebook pasal giveaway yang diadakan di blog beliau.

Jadi,jom kita ramai-ramai join untuk memeriahkan giveaway blog ini.

Oh,antara syaratnya kena cerita mana satu video best yang ada dekat channel never grow up ni. Saya suka tengok yang prank tu,“Making People Annoying” Never Grow Up Episode 24.

Sebabnya? saya suka tengok orang kena prank tapi saya tak suka kena prank.haha.

Lagi satu boleh tengok macam mana reaksi seseorang bila kena prank,seronok juga.



Sekali lagi,jom meriahkan segmen ni.

www.safirulamar.com/2020/11/giveaway-never-grow-up.html


klik banner untuk join =)

Sunday, November 22, 2020

Mohon pendapat

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Saya nak minta pendapat tentang cara nak mengatasi babi hutan dan monyet yang merosakkan tanaman.

Dah buat carian di internet, banyak petua yang diberi,contohnya pakai belacan bakar,guna kapur barus,letak rambut..dan macam-macam lagi. Tetapi bila saya baca komen ramai yang cakap tak selesai pun masalah babi hutan dan monyet ni.

Mohon pandangan semua tentang cara mengatasi masalah ni.

Saya mulanya nak tanam cili sebab babi hutan dan monyet tak kacau cili tapi fikir balik lebih baik saya tanam kelapa sebab saya jual kerisik dan kelapa parut.

Sebab tu, saya cadang nak tanam kelapa,tapi tulah,hari ni tanam besok babi hutan dah bawa lari kelapa tu.

Saya tak berapa ada modal yang besar. Jadi saya tak boleh nak pasang pagar elektrik.



Harap sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini sudi-sudikanlah beri maklumat,tips dan informasi cara mengatasi masalah ni.

Haraplah ada yang sudi membantu.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.



Friday, November 13, 2020

Asif & Tar

 




Wednesday, November 11, 2020

PKPB

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ini,kerajaan telah mengeluarkan arahan perintah kawalan pergerakan bersyarat(PKPB) di seluruh negeri semenanjung kecuali negeri Pahang,Perlis dan Kelantan.

sumber:google images

Terkesan juga dengan pengumuman mendadak ni.

Mujur juga pasar borong tempat saya berjaja masih boleh beroperasi seperti biasa, semua sektor ekonomi juga berjalan seperti biasa tapi harus mengikut tempoh masa yang diberikan.

Sekarang ni banyak kedai makan atau warung yang mengambil keputusan untuk tutup sementara kedai. Jadi sudah tentu memberi kesan kepada penjaja sayur dan ulam kampung seperti saya ni. Sebab biasanya hari lain orang awam jarang nak ke pasar,biasa mereka datang pasar hari Sabtu dan Ahad sahaja.Jadi memang kami harapkan kepada peniaga makanan atau tauke warung untuk beli jualan kami pada hari biasa.

Tak apalah, syukur juga masih boleh berjaja.kalau tak lagi pening kepala nak cari duit belanja.

Kerja sebagai penjaja kecil-kecilan ni memang tak besar pendapatannya, harapkan jualan harian sahaja, tambah susah lagi sebab saya bukan ada pencen atau pun KWSP, memang harapkan pendapatan hasil daripada jualan di pasar borong sahaja.

Masa mula-mula umum PKPB ni dulu, termenung juga saya, hampir tak ada mood langsung. Ditambah pula baru-baru ini saya dapat tahu yang saya ada masalah jantung lemah. Lagi buat saya "down". Sekarang ni pun perlahan-lahan kuatkan semangat. Blog pun lama saya tak update.  Tapi terima kasih kepada yang sudi membaca dan meninggalkan komen di blog saya ni.

Doakan yang baik-baik ya untuk saya.

Saya juga doakan yang baik-baik untuk kalian semua.

Insya-Allah..

amin.

Thursday, November 5, 2020

Pembentangan Bajet 2021

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.



Besok hari Jumaat, akan berlangsungnya pembentangan bajet belanjawan negara untuk tahun 2021.

Saya rasa sudah tentu yang akan menjadi perhatian orang ramai ialah cadangan mengenai pengeluaran akaun KWSP bagi akaun 1, ramai yang minta supaya dibenarkan pengeluaran sehingga  RM 10 ribu. Saya yang tak ada berapa ringgit sangat dalam akaun KWSP ni dengar sahajalah..maklumlah kerja sendiri,mana ada majikan nak buat caruman.

Saya rasa yang akan diberi bajet yang banyak sudah tentu kepada kesihatan dan keselamatan.

Sebab nak melawan virus pandemik covid 19 ni. Banyak peruntukkan kena disediakan. Harap-haraplah desas-desus yang mengatakan vaksin penawar bagi covid 19 yang akan diberi tahun hadapan menjadi kenyataan.

Selain itu, rasanya yang menjadi topik hangat sudah tentu bantuan atau insentif kerajaan kepada golongan yang berpendapatan rendah atau sederhana, serta golongan yang terjejas teruk akibat virus covid 19. Mereka amat menantikan tentang bentuk insentif atau bantuan bagi meringankan beban mereka.

Cuma rasanya pembentangan bajet tahun 2021 kali ini akan berbeza sebab bilangan ahli dalam dewan telah dihadkan bilangannya. Ini prosedur atau peraturan baru kerana masalah covid 19 ni.

Saya sebagai golongan berpendapatan rendah, tidak mempunyai kerja tetap, bujang, amat berharap agar kerajaan dapat meneruskan bantuan prihatin nasional kerana ianya dapat meringankan sedikit sebanyak perbelanjaan hidup saya. Bayangkan saya yang bujang juga terkesan dengan ekonomi sekarang ni,macam mana pula dengan golongan yang dah berkeluarga? sudah tentu mereka lebih terkesan dengan keadaan ekonomi dan negara sekarang.

Selain itu,saya berharap kerajaan akan memberi perhatian yang lebih kepada sektor teknologi. Penggunaan internet sekarang sudah menjadi keperluan bukan lagi kemahuan. Sedih juga bila membaca masih ada yang terpaksa memanjat pokok supaya mendapat akses internet yang lebih stabil. Penggunaan teknologi juga amat diperlukan dalam dasar kerja dari rumah, work from home(WFH). Macam mana nak buat kerja kalau capaian internet perlahan atau langsung tak ada?

Sekadar ini sahaja pandangan saya tentang pembentangan bajet esok, saya berharap dan berdoa semoga semua negara khususnya Malaysia bebas daripada covid 19 dan yang kita semua hidup aman dan selamat.

semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.



Sunday, November 1, 2020

Asif & Tar