Saturday, July 4, 2020

FIRST GIVEAWAY BY NUFAA

klik banner untuk join =)

Thursday, July 2, 2020

Menang segmen "Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom"

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang segmen "Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom"



ini link keputusan tersebut~

http://www.aziankhalil.com/2020/07/keputusan-blog-list-pkpp-at.html

Bertambah lagi kenangan manis saya sepanjang menjadi blogger.

Hadiah yang saya dapat ialah  Mary Kay Oil Free Make Up Remover.

Ok,tak sabar saya nak tunggu hadiah sampai.

Saya ucapkan terima kasih kepada blogger cik puan aziankhalil kerana sudi menganjurkan segmen.

Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Moga bertambah lagi kenangan dan peristiwa manis kepada kita semua dalam menjadi seorang blogger.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.


Monday, June 29, 2020

Asif & Tar




p:s-idea ni saya dapat hasil daripada komen semua dekat post ni~https://at-tarmizi.blogspot.com/2020/06/asif-tar_14.html
p:s:s terima kasih semua =)


Saturday, June 20, 2020

"OMBAKBERGIGI Mencari Bloglist Baru"

Tuesday, June 16, 2020

Harta pusaka

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Bila sebut hal harta benda,harta pusaka ni memang boleh jadi gaduh besar.

Tak kira adik-beradik,anak-beranak apatah lagi saudara-mara.

Memang menakutkan bila tengok perangai manusia nak-nak lagi bila soal harta benda ni.

Saya bersyukur kerana rumah emak saya ni memang nama emak saya dalam geran tanah.

Jadi tak boleh dituntut oleh saudara-mara lain,jika dibawa ke mahkamah pun,insya-Allah kami menang kerana memang ada bukti yang kukuh.

Cuma setakat ni tak ada siapalah yang datang nak mengaku bahawa tanah ni milik diorang.

Setakat ni yang ada isu bila satu geran ada banyak nama,susah nak diuruskan kalau tak ada sepakat dan kerjasama semua pihak.

Tetapi,jujurnya saya bimbang juga andai tertulis emak saya pergi dulu sebelum kami adik-beradik,tiba-tiba nanti ada pula yang muncul dan mengaku bahawa tanah emak saya sebagai tanah dia.Harapnya tak jadi begitulah.

Okey,sebenarnya saya cerita pasal tanah ni kerana dapat menyaksikan satu kejadian depan mata saya sendiri, adik-beradik dan anak beranak bergaduh dan bertikam lidah bila melibatkan soal tanah ni.

Menakutkan.

Nak buat macam mana kan, harga tanah mahal,nak beli tanah dan nak buat rumah memang kena ada modal yang banyak.

Jadi ramailah yang berebut tanah atau harta pusaka keluarga, semuanya untuk kepentingan dan kesenangan peribadi masing-masing.

Elak berpecah sesama keluarga. Bahagi harta pusaka dengan kiraan ...
sumber gambar:google images

Jujurnya, jika pasal harta contoh macam tanah,saya pun nak kalau ada hak.

Mana nak cari duit nak beli tanah sendiri, tak mampu saya.

Tetapi syukurlah saya ada tanah emak saya,boleh juga saya menumpang di rumah emak saya.

Bahagian tanah atau hak emak bapa saya, haraplah pihak yang bertanggungjawab untuk uruskan dengan betul.

Terkadang pengurusan hal tanah pusaka jadi rumit kerana tiada kerjasama.Jika ada pihak yang besar kepala tak nak beri kerjasama,maka perkara yang boleh selesai jadi susah nak diselesaikan.

Harapnya tak jadilah seperti salah satu bait dalam lirik lagu Warisan iaitu "nenek moyang kaya-raya,tanah dipijak milik orang"

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.

Sunday, June 14, 2020

Asif & Tar


Saturday, June 13, 2020

Impian

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Doakanlah impian saya nak beli ini tercapai.

Nak beli Playstation 5(PS5).

Saya juga doakan sesiapa yang ada impian yang sama macam saya akan tertunai.




Sony's surprise PS5 Digital Edition sets up a next-gen price war ...
sumber gambar:google images




insya-Allah...

amin.

Tuesday, June 9, 2020

'Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom'.

klik gambar untuk join =)

Saturday, June 6, 2020

Asif & Tar


Thursday, June 4, 2020

"Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy"

Tuesday, June 2, 2020

Tanaman senang tanam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Saya suka berkebun, menaman pokok, bercucuk tanam di halaman rumah.

Sebab dapat melapangkan fikiran,mengeluarkan peluh dan rasa seronok bila tanaman kita menjadi.

Saya tak pandai dalam bab berkebun ni, cuma suka-suka nak bercucuk tanam.

Sepanjang saya menanam, ada beberapa tanaman yang saya lihat tak perlukan penjagaan yang rapi.

Saya jenis suka tanam, lepas tu siram air,bubuh baja sikit-sikit, lepas tu tinggal begitu saja.

Oleh itu, ada beberapa tanaman yang saya lihat sesuai untuk golongan macam saya ni.

Baik antara tanaman yang saya lihat mudah ditanam ialah:

8.1.2019 ~ Ubi Kayu ( Manihot... - Pejabat Pertanian Daerah Kulai ...

1) Ubi kayu
dekat belakang rumah mak saya,memang ada ditanam ubi ni. Cucuk saja batang ubi,nanti selang beberapa hari akan keluar daunnya. Cuma perlu siram sahaja..tapi masalah utama yang saya lihat ialah masalah kulat atau "bena putih" yang ada dekat daun-daun pokok ubi. Saya guna cara manual sahaja nak atasi masalah ni, mana pokok ubi yang ada bena putih ni,saya cabut semua daunnya,nanti akan keluar daun baru, tapi tulah nak kena rajin cabut....sebab saya tak pakai racun. Nak dapat daun tanpa sebarang semburan racun.

HidupSeorangPetani: Serai oh serai

2) Serai
-serai ni saya rasa memang antara tanaman wajib ada bagi rumah yang ada ruang untuk bercucuk tanam. Cara nak tanam pun mudah. Kerat batang,ambi bahagian bawah, rendam dalam air selama beberapa hari sehingga keluar akar, lepas tu pindahkan ke tanah. Saya cuma siram air sahaja,tak ada bubuh baja atau bagi semburan racun dekat serai yang saya tanam. Masa yang diambil bagi serai untuk membesar biasanya dalam 6 bulan ke atas.

Pokok Kesum-Daun kesum-Daun Laksa | Shopee Malaysia

3) Kesum
- kesum ni ada kalanya mudah ditanam,mudah naik dan ada kalanya tak menjadi juga. Biasanya nak tanam kesum ni, saya buat cara yang sama macam serai, rendam dalam air,sampai keluar akar, nanti saya akan cucuk ke tanah. Kesum ni biasanya kena ada air yang banyak. Saya tanam dekat dengan saluran air rumah saya. Boleh digunakan untuk pakai sendiri, contohnya nak masak asam pedas atau laksa.

Daun kunyit, Home & Furniture, Gardening on Carousell

4) Kunyit
-kunyit saya tanam untuk ambil daunnya, saya ambil kunyit hidup yang agak-agak tak berapa tua,kemudian saya akan semaikan dalam polibeg yang diisi dengan tanah hitam. Kunyit ni kena banyak siram air. Lama juga daun kunyit ni nak keluar. Saya letak polibeg dekat atas rak yang dapat sinaran matahari. Kena rajin siram air dan kena banyak sabar nak tunggu daun kunyit keluar.Satu polibeg satu kunyit hidup.


Anim Agro Technology: TANAM KACANG BOTOR - TIPS

5)Kacang botor/botol
-saya tanam kacang botor sebab saya baca dekat internet antara tumbuhan yang senang ditanam antaranya kacang botor. Saya tanam kacang botor dari benih yang saya beli dekat kedai dua ringgit. Cara yang saya buat, rendam sehari benih kacang botor tu dalam bekas atau mangkuk yang berisi air paip, lepas tu esoknya saya tanam dalam tanah. Satu biji benih kacang botor saya buat satu lubang. Lepas tu lebih kurang dalam seminggu tak silap saya, anak pokok kacang botor akan keluar, kena buat batas sebab kacang botor jenis melilit. Kacang botor ni kena banyak siram air dan kena dapat cahaya matahari. Jujurnya ada kacang botor saya yang keluar cepat dan ada juga yang berbulan lamanya nak keluar bunga. Tapi bila keluar bunga dan jadi buah tu rasa seronok betul tengok.

*semua gambar yang saya letak adalah daripada google images.


Ok setakat ni sahaja perkongsian saya tentang tanaman yang senang tumbuh bagi saya, sedikit tambahan saya guna tanah hitam atau tanah bekas sampah yang dibakar, dan juga sedikit baja tahi ayam untuk tanaman saya. Baja tahi ayam tu saya tabur agak jauh sedikit dari pangkal pokok sebab baja ni orang kata panas,boleh mati pokok,jadi nak tabur elok letak agak jauh sedikit dari pangkal pokok.

Moga ada info atau maklumat berguna yang dapat saya kongsikan kepada pembaca atau mereka yang terbaca blog saya ini.


Saya juga mohon maaf kalau ada tersilap dalam berkongsi maklumat.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.

Sunday, May 31, 2020

'Segmen Hari Raya by Ummi'

Thursday, May 28, 2020

Asif & Tar


Saturday, May 23, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dah habis rupanya bulan Ramadan.

Tak terasa sangat tahun ni kerana jangkitan covid 19.

Lain betul suasananya, tiada bazar Ramadan, tiada sembahyang terawih,moreh, dan banyak aktiviti menjadi lain daripada kebiasaan. (New Norma).

Sempena dengan hari terakhir Ramadan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang membaca atau terbaca blog saya ini sekiranya saya ada tersilap atau tersalah tulis.

Saya juga berharap agar covid 19 dapat dihapuskan. Kita semua akan kembali ke kehidupan normal semula.

Secara jujur, raya tetap sama sahaja bagi saya, cuma tahun ini tiada sembahyang raya. Sebagai seorang yang suka duduk berkurung dalam bilik, aktiviti ziarah-menziarahi yang tidak dapat dilakukan tidak banyak memberi kesan kepada saya.

Saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf, tidak tahu sekiranya saya dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadan tahun hadapan.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Terima kasih kepada yang membaca blog saya,meninggalkan komentar,memberi maklum balas, dan mendoakan saya.

Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas segala budi baik kalian.

Insya-Allah..

amin.













"Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan batin"

daripada blogger at-tarmizi.

Tuesday, May 19, 2020

Asif & Tar


Friday, May 15, 2020

Alhamdulillah rezeki bulan Ramadan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Syukur ada rezeki saya untuk terpilih sebagai salah seorang PEMENANG GA by Waniey Nordin.

Ini linknya~

https://www.lieyzanordin.com/2020/02/pemenang-ga-by-waniey-nordin.html?m=1

Terima kasih kepada pemilik blog kerana sudi menganjurkan segmen.


Alhamdulillah, bertambah lagi kenangan manis saya dalam menjadi seorang blogger ini.

Sekali lagi terima kasih kepada pemilik blog.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.


Sunday, May 10, 2020

Asif & Tar


Sunday, May 3, 2020

Berjaja di waktu PKP

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Moga cepatlah virus covid ni dihapuskan.

Moga keadaan negara kembali pulih seperti biasa.

Moga kita semua menang lawan virus ini.

Pasar Borong Mphtj - Halaman Utama | Facebook
sumber gambar:google images

Baiklah, saya nak kongsikan sedikit cerita tentang pekerjaan saya iaitu berjaja kecil-kecilan di pasar borong.
Memang sukar, tetapi nak buat macam mana. Jika tak keluar berjaja,tak adalah pendapatan saya.

Pasar borong tempat saya berjaja dibenarkan beroperasi seawal 4 pagi sehingga pukul 9.30 pagi.

Pukul 4 itu biasanya lori yang menghantar ikan atau sayur akan menjalankan operasi mereka. Manakala aktiviti berjual beli pula seawal 5 atau 6 pagi sehingga pukul 9.30 pagi.

Cuma bila PKP ni,maka pembeli akan diperiksa dengan ketat. Pintu masuk hanya ada satu laluan begitu juga dengan pintu keluar.

Maka ramailah yang terpaksa beratur, ada yang malas nak beratur akhirnya pulang sahaja ke rumah masing-masing.

Mereka yang membawa anak kecil dan tidak memakai topeng muka juga tidak dibenarkan masuk.

Jujurnya,memang agak terkesan dengan PKP ni, tetapi demi keselamatan maka bersabar sahaja.

Ini semua dilakukan demi kebaikan semua pihak.

Oh ya, akibat covid ni, tempahan kerisik juga agak terkesan kerana ramai peniaga bazar Ramadan tidak dapat berniaga. Maka tiadalah tempahan daripada mereka.

Kebiasaannya, bulan Ramadan tempahan kerisik agak memberangsangkan cuma tahun ni sahaja tidak seperti tahun-tahun lepas.

Semoga cepatlah masalah ni dapat diatasi.

Moga dengan kehadiran bulan Ramadan ini,virus ini dapat dihapuskan.

Moga kita semua dapat menjalani kehidupan normal kembali.

Mohon doa semua.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.