Wednesday, June 12, 2013

Tolong perkenankan segala doa saya ya Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tolong saya ya Allah...

Tolong saya supaya lulus subjek akuatik...

Tolong saya supaya siap membuat Projek Tahun Akhir...

Tolong saya supaya lulus subjek Projek Tahun Akhir..

Tolong saya supaya bergraduat daripada universiti dengan "pointer" 3.00..

Tolong saya supaya mudah membuat proses penukaran hakmilik motorsikal di JPJ esok...

Tolong saya supaya mudah menjalani latihan industri....

Tolong saya supaya tidak perlu mengambil semula subjek ekonomi...

Tolong saya supaya dapat bergraduat bulan Disember 2013 nanti.....

Tolong saya supaya terpilih mengikuti program Technoprenuership..

Tolong saya supaya dapat mengikuti program Technoprenuership dengan mudah dan berjaya....

Tolong saya supaya dapat memulakan perniagaan internet yang pertama iaitu menjual coklat almond london semasa bulan puasa nanti.....

Tolong saya supaya dapat membina pejabat kecil di rumah saya bila saya balik untuk membuat latihan industri nanti..

Tolong saya supaya berjaya membuat coklat almond london.....

Tolong saya supaya menemui "oven" kecil untuk membakar chocolate almon london


Allah...

Banyaknya yang saya minta. dan pasti akan bertambah lagi permintaan saya ya Allah. ...................mudahkanlah segala urusan saya di dunia dan akhirat ya Allah.......

~Buat kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT.....maaf kerana terpaksa membaca "post" saya~hamba Allah yang lemah.....saya~hamba Allah yang lemah minta tolong  doakan supaya doa-doa saya diperkenan Allah..kerana kalian pasti tidak akan membiarkan apabila orang lain meminta bantuan....kerana kalian HEBAT....insya-Allah....

amin.


Tuesday, June 11, 2013

Bergetar badan..Saya~hamba Allah yang lemah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Telah bergetar badan,

Semasa cari cara melepas tekanan,

Gara-gara Projek Tahun Akhir yang hanya mampu ditambah seperenggan,

Keluar rumah..membeli aiskrim dan berjalan-jalan,

Perbuatan melihat perempuan,

Kononnya melepas beban,

Melihat tubuh badan..akak penjaga kedai komputer..sehingga hilang dari pandangan..

Berehat sebentar...makan aiskrim yang dibeli..sambil mata masih melihat perempuan lain berjalan-jalan....

Bergetar badan,

Saat akak penjaga kedai komputer tadi,

Melintas di hadapan diri,

Mata terpaku kepada dada akak...terasa satu perasaan.....

Sukar digambarkan.......

Bergetar badan......

Sudah hilangkah iman atau memang tiada iman dalam diri saya?

Maafkan saya iman....

Nafsu sentiasa menang bila berlawan...

Bergetar badan...

Saya~hamba Allah yang lemah sendiri meruntuhkan iman....

~Buat kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT~kalian tidak akan membuat seperti ini...kerana kalian akan sentiasa menjaga pandangan dan mempunyai iman dalam diri..kerana itu kalian~HEBAT.....insya-Allah........

amin.

Monday, June 10, 2013

Saya~hamba Allah yang lemah...suka bercakap tetapi tulis di laman "facebook" lebih suka diam daripada bercakap...(HIPOKRIT)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Saya~hamba Allah yang lemah teringin untuk berdiam diri...kerana kagum dengan nasihat yang mengatakan orang-orang hebat lebih suka berdiam diri daripada bercakap...

Saya pernah cuba berdiam diri..tetapi bukan kerana mengikut nasihat...kerana gagal masuk universiti...

Saya~hamba Allah yang lemah ini kemudiannya berjaya masuk universiti...melalui rayuan......kemudiannya saya membuat laman "facebook"..dan menggambarkan diri saya dengan

"Lebih suka diam daripada bercakap"

Manakala kata-kata kegemaran ialah "silence is golden"

Betapa hipokritnya saya......

Saya~hamba Allah yang lemah suka bercakap..ini terbukti bila.......

Saya seronok bercakap dengan kawan-kawan semasa makan di warung........

Saya rasa seronok bila cakap saya didengar orang lain........

Saya rasa ingin menunjukkan saya tahu macam-macam perkara bila bercakap......


Saya teringat kata-kata kawan saya-Abu.......

Kau hipokritlah Tar.....dekat sekolah bukan main baik..tetapi bila dalam rumah..kau lawan cakap mak bapak kau.....

Hipokrit bermaksud seseorang yang berpura-pura berperangai baik..sumber:Pusat Rujukan Persuratan Melayu- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hipokrit

Situasi yang sama.....dengan keinginan saya untuk berdiam diri.........dan hanya bercakap perkara-perkara yang bermanfaat.........

Banyak lagi perkara hipokrit yang saya~hamba Allah yang lemah ini buat....

Saya pergi surau untuk sembahyang berjemaah..semasa saya duduk di Kolej......bila saya menyewa rumah sewa...saya tidak lagi pergi sembahyang berjemaah...

Saya berpuasa sunat...semasa ingin mengurat seorang perempuan......dan bila cinta saya ditolak..saya jarang sekali berpuasa sunat.............

"Header" blog saya tulis Setiap Hidupan itu Indah dan Setiap Hidup Ada Kisah..tetapi saya pernah bercakap dengan nada marah bila dikaitkan dengan seorang perempuan kerana perempuan itu tidak cantik bagi saya...

~Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT.....pasti kalian tidak akan bercakap perkara sia-sia..tidak akan hipokrit......kerana kalian......HEBAT..insya-Allah.......

amin.

Saturday, June 8, 2013

Komputer riba tidak boleh dibuka untuk seketika

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Komputer riba tidak boleh dibuka untuk seketika...

Panik..cemas...resah...

Semua kerja Projek Tahun Akhir ada di dalam komputer riba...

Pergi ke kedai membaiki komputer...

Tetapi komputer riba boleh dibuka semasa di dalam kedai komputer...

"Cuba bersihkan komputer"kata pekerja di kedai komputer...

Pulang semula ke rumah sewa....

Cuba membuka komputer riba..tetapi tidak boleh dibuka...skrin gelap..tiada sebarang gambar yang keluar... hampa...kecewa..

Keesokkan harinya..hari Jumaat...

Diri ini~hamba Allah yang lemah...memulakan hari dengan salah...tidak solat subuh...kerana bangun pukul 10 pagi...

Bergegas mencapai beg...memasukkan komputer riba...sebelum pergi ke kedai komputer...cuba membuka komputer riba...berjaya...ada gambaran yang keluar...komputer riba diri ini~hamba Allah yang lemah sudah berfungsi semula....

Allah s.w.t telah memberi dan pastinya akan sentiasa memberi peringatan dan tunjuk ajar...

Komputer riba diri ini~hamba Allah yang lemah...berhabuk..dan tidak dijaga dengan baik...Allah s.w.t mengajar tentang pentingnya bersih...mungkin antara sebab komputer riba tidak boleh dibuka kerana berhabuk... Seorang abang yang menjaga "kiosk" menjual makanan pernah memberitahu bersih itu sebahagian daripada iman.

Allah s.w.t telah memberi peringatan tentang kerja tidak perlu bertangguh...

Komputer riba yang tidak boleh dibuka menyebabkan diri ini~hamba Allah yang lemah panik..cemas kerana Projek Tahun Akhir ada di dalam komputer riba dan tidak disimpan dalam "pendrive" dan selalu bertangguh untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir... maka komputer riba yang tidak boleh dibuka untuk seketika memberi kesedaran tentang pentingnya kerja yang boleh diselesaikan maka selesaikan..ketika "post" ini ditulis Projek Tahun Akhir masih belum siap walaupun komputer riba telah boleh dibuka..kerana masih perlu menyiapkannya secara berperingkat....

Komputer riba yang tidak boleh dibuka..semasa tidak boleh dibuka berbagai doa..supaya Allah s.w.t membolehkannya dibuka semula...ini membuktikan betapa lemahnya diri ini...kerana hanya berdoa..kepada Allah s.w.t semasa susah dan selalu lupa untuk berdoa semasa senang...maafkan saya ya Allah....

~Buat kalian..generasi selepas diri yang HEBAT...pasti komputer riba kalian bersih...kerana kalian bersih dan HEBAT.....insya-Allah...

amin.

Thursday, June 6, 2013

Hanya sedikit Allah s.w.t uji..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Saya pakai rantai..maafkan saya ya Allah
Saya sombong dengan motorsikal saya..maafkan saya kawan(Aiman)
Saya gagal subjek ekonomi..saya salahkan Allah...hinanya saya



............................................................................................................................................

Ketika selesai bermain badminton...saya~hamba Allah yang lemah...pergi membeli roti...dan kemudian pulang semula ke rumah...semasa menaiki tangga..sedar yang dompet Hasif tiada dalam kocek...

Panik...takut-takut dah hilang..saya~hamba Allah yang lemah..berpatah semula ke kedai roti...dan bertanya kepada pekedai jika ada dompet yang tercicir..tetapi tiada..kalau ada kami dah simpan..jawab seorang pekedai....alangkah jujurnya....

Sedih..cemas..takut..bersalah..semua ada dalam fikiran saya~hamba Allah yang lemah......

Paling teruk sekali...saya mula terfikir..kenapa Allah s.w.t memberi saya masalah ini?

Hina..sungguh hina...saya rasa seperti golongan yang hanya memuji Allah s.w.t dan menyalahkan Allah s.wt bila susah.......

Lemah sungguh aku ini...kata saya kepada diri saya.........

Rentetan perkara menyalahkan Allah s.w.t telah lama saya lakukan....

Hari ini.saya pergi ke pejabat PTPTN dengan Aiman..seorang sahabat yang baik.....

Hampa bila saya tahu yang saya tidak dapat baki pinjaman PTPTN untuk lagi satu semester jika saya habis awal...

Memberi Aiman sebotol air minuman..sedangkan Aiman berpuasa hari ini....alangkan pelupanya saya...mendesak pula saya menyuruh Aiman mengambilnya...

Membuat panggilan kepada emak..bila memikirkan saya kena membayar semula hutang Pak Ngah dan PTPTN.....yang bertambah sedih..saya hanya membuat panggilan kepada emak bila saya susah..contohnya semasa saya gagal subjek ekonomi..hampir setiap hari saya membuat panggilan kerana rasa kecewa saya terhadap kegagalan tersebut...

Bila saya senang..saya tidak membuat panggilan setiap hari kepada emak...seperti waktu saya gagal ekonomi dahulu....alangkah derhakanya saya....

Saya gagal mengikut rancangan saya supaya menjual motor kepada bengkel motorsikal tempat saya beli motorsikal tersebut...sebaliknya saya mengikut cadangan kawan-kawan supaya menjual motorsikal tersebut... ya..saya mengikut cadangan kawan-kawan lagi......sedangkan sewaktu saya gagal ekonomi...saya mengikut kawan-kawan mengambil subjek tersebut.....alangkah lalangnya saya......

Saya cuba membuat Projek Tahun Akhir...tetapi gagal..saya terpaksa menunggu Mat Nor-kawan saya yang membuat Projek Tahun Akhir bersama saya.......

Saya sepanjang berada di universiti telah mem"bodek" Mat Nor......supaya saya dapat menyiapkan kerja Projek Tahun Akhir saya..........saya terpaksa berpura-pura suka dengan semua yang Mat Nor katakan..sedangkan hati saya rasa tidak selesa....alangkah penipunya saya.........

Terlalu banyak kesalahan dan kesilapan yang saya buat...sepanjang saya berada di universiti ini...

Saya jatuh cinta..tetapi saya tidak dapat menerima bahawa cinta saya tidak diterima sehingga ke semester terakhir saya di universiti... menunggu seorang perempuan selama dua tahun setengah...merupakan satu kesalahan dan kesilapan saya... tetapi perempua itu tidak pernah salah kerana yang salah itu saya.....

Saya membeli motorsikal..dan bersikap sombong kepada kawan-kawan khususnya kepada Aiman dengan motorsikal tersebut..sehingga terluncur kata-kata yang bagi  saya agak sombong......padahal ianya hanya sebuah motorsikal "second-hand"

Saya mengambil subjek ekonomi sedangkan hati saya berkata tidak mahu mengambilnya...saya mengikut kawan-kawan..dan akhirnya hanya saya seorang sahaja yang gagal........malah seminggu sebelum keputusan itu keluar...saya tidak solat...sombongnya saya kepada Allah s.w.t.......malah semasa menjawab peperiksaan tersebut..saya berniat sekiranya saya gagal saya boleh "stay"lebih lama lagi di universiti dan terus mendapat duit bulanan daripada Pak Ngah...kemudian saya gagal....saya menyalahkan Allah s.w.t atas kegagalan tersebut......alangkah hinanya saya ya Allah s.w.t....

Saya membeli "psp" sedangkan emak telah menasihati saya supaya tidak membelinya...saya degil dan akhirnya saya hanya menjual "psp" tersebut dengan harga rm100 sedangkan saya membelinya dengan harga rm400......saya membeli "psp" tersebut dengan duit PTPTN.........

Saya meminjam kamera Nekna...tetapi saya meminjamnya terlalu lama.....sehingga saya rasa bersalah tetapi saya tidak mampu memulangkannya kerana takut ketua kumpulan bagi projek akuatik ingin meminta gambar yang telah saya ambil dengan kamera Nekna........ maafkan saya Nekna kerana meminjamnya terlalu lama~saya harap satu hari nanti Nekna akan dapat membaca "post" ini.....

Saya pulang mengejut...saya beli tiket kapal terbang dengan harga yang mahal..saya naik teksi dengan tambang yang mahal......saya beli tiket kapal terbang..saya membuat kesilapan dan terpaksa membelinya semula dengan harga yang lebih mahal........saya menipu Pak Ngah...kononnya saya balik bercuti dan terpaksa pulang semula kerana pensyarah telah membuat peperiksaan..saya tipu dan sampai saat saya menulis "post" ini..saya masih tiada keberanian untuk berterus-terang......saya harap bila saya meninggal dunia.....Pak Ngah....telah membaca "post"ini dan memaafkan saya...maafkan saya Pak Ngah.....

Saya pakai rantai leher..saya rambut afro...semua itu kononnya nak menunjukkan saya hebat...sedangkan saya lemah.....


Hanya sedikit yang Allah s.w.t uji..dan ya saya hamba Allah yang lemah..................

Tujuan saya menulis "post" ini ialah supaya kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT...tidak akan membuat kesalahan dan kesilapan yang sama seperti saya....kerana kalian...HEBAT...insya-Allah...

amin.

Wednesday, June 5, 2013

Rasa lemah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ini..gagal lagi untuk bangun solat Subuh...

Rasa resah bila teringat hutang kepada Pak Ngah yang harus dibayar...

Rasa kecewa bila melihat "pointer" yang semakin jatuh......

Rasa betul-betul lemah......

Rasa ingin menyalahkan Allah s.w.t

Rasa ingin buat jenayah.......

Rasa ingin membuat perkara-perkara yang ditegah Allah s.w.t

Rasa lemah.......

sangat lemah..........

Rasa sedih sebab"jurnal" untuk tujuan Projek Tahun Akhir masih tidak dijumpai....

Rasa sedih sebab bila fikir ini tahun terakhir di universiti.......

Rasa sedih lagi bila fikir akan pulang dengan hutang PTPTN dan hutang Pak Ngah........

Rasa lemah bila terfikir mungkin akan pulan dengan "pointer" bawah 3.00

Rasa sedih bila lukisan yang dilukis tidak dapat dikongsi "link'

Rasa sangat lemah...............................................................................................................

Tetapi......................................................................................................................................

Allah s.w.t tidak akan menzalimi hambanya...kerana Allah s.wt baik..................................

Saya masih hidup dan bernafas.....saya ada matlamat dan cita-cita............

Allah s.w.t akan memperkenankan doa dan cita-cita saya........

~Buat kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT..... bila ada rasa lemah...saya~hamba Allah yang lemah mohon supaya dapat membaca "post" ini....supaya rasa lemah itu ditukar kepada gagah....insya-Allah......

amin.






Monday, June 3, 2013

Doa saya~hamba Allah yang lemah........

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terlalu banyak doa saya-hamba Allah yang lemah ini panjatkan........

Doa semoga lulus SPM...

Doa semoga lulus STPM...

Doa semoga dapat masuk universiti....

............................................................................................................................................

Doa semoga dapat "pointer"3.00..bila saya nak ber"graduat"

Doa semoga saya lulus subjek akuatik.....

Doa semoga saya siap membuat Projek Tahun Akhir....

Doa semoga saya dapat membayar hutang PTPTN..........

Doa semoga saya dapat membayar hutang Pak Ngah...........

Doa semoga saya dapat menjalankan perniagaan "online"..

Doa semoga saya dapat pergi menghadiri seminar perniagaan "online"

Doa semoga saya dapat menjalankan perniagaan menjual kuih raya di internet sebagai perniagaan pertama saya secara "online"

Doa semoga saya dapat menjadi usahawan jutawan internet pada umur 25 tahun.......

Doa semoga saya dapat memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual "coconut shake"selepas saya ber"graduat"

Doa semoga saya dapat pergi menghadiri seminar memulakan perniagaan kecil-kecilan.......

Doa semoga dapat menghantar emak menunaikan haji ketika umur saya 25 tahun.....................

Doa semoga saya dapat berkahwin ketika umur 30 tahun...................................

Doa semoga saya dapat pergi menunaikan haji ketika umur 35 tahun..............

Doa semoga saya dapat membina sebuah pejabat kecil di rumah emak saya.....................

Doa semoga saya dapat membina sebuah Yayasan.....dan dinamakan sempena nama emak saya.....

Doa semoga saya terpilih sebagai sukarelawan untuk mengajar kanak-kanak di pedalaman.....supaya saya ada "anak-anak"murid yang mendoakan saya....dan mudah-mudahan ilmu yang berguna dapat diberi kepada "anak-anak"murid saya dan satu amal kepada saya bila saya meninggal dunia.....

Doa semoga saya dapat memiliki lesen memandu kereta.....................

Doa semoga saya dapat membeli sebuah kereta secara tunai.......................

Doa saya semoga dapat membeli sebuah rumah............................................................

Doa semoga saya mempunyai ketahanan untuk membantu emak saya berniaga di pasar menjual sayur..............

Doa semoga saya dapat membantu emak dalam membesarkan perniagaan menjual kerisik.............

Doa semoga perniagaan menjual "Teddy Bear" secara online menjadi maju.................................

Doa saya..................................................................................................................................

~Senarai doa saya pasti akan bertambah.....~

-Kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT.......jika rasa sudah terlalu banyak meminta kepada Allah s.w.t...........ingatlah saya-hamba Allah yang lemah........lagi banyak meminta dan pasti akan terus meminta.............teruslah berdoa....kerana kalian HEBAT.......

insya-Allah................

amin.

Sunday, June 2, 2013

Khas buat Pak Ngah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Maafkan saya Pak Ngah...saya-hamba Allah yang lemah tidak pandai mengurus wang...sepanjang saya di Universiti ini...tinggal lagi 20 hari sebelum saya-hamba Allah yang lemah ini balik..

Balik dengan hutang PTPTN sebanyak rm20 ribu...balik dengan hutang kepada Pak Ngah kira-kira sebanyak 7hingga 8 ribu...

Saya tidak pernah belajar daripada kesilapan...

Emak menggigil masa teman saya hantar surat permohonan ke universiti..menggigil sebab hujan...

Emak beralah semasa saya berkeras nak membeli komputer riba..sampai emak tidak dapat sesen pun duit gaji saya..semua saya gunakan untuk membeli komputer riba...yang akhirnya berhabuk dan tapaknya tercabut sebab saya tidak pandai jaga...

Saya beli motorsikal terpakai dengan duit PTPTN...berlagak sombong dengan kawan-kawan..hanya kerana saya memiliki sebuah motor terpakai.....

Duit Pak Ngah masuk bulan-bulan..saya boros...sedangkan saya membaca buku-buku berkenaan kewangan....

Saya tetap boros...

Saya ikat perut...saya minta Mee Segera Abang Alel...saya makan nasi lauk sos..

Saya tetap boros...

Saya jual kalkulator..tapi saya rugi..saya beli rm20 dan jual rm10....

Saya tetap boros.....

"Pointer" saya jatuh...

Saya tetap boros.........

Saya terpaksa membodek(mungkin ini ayat yang sesuai) kawan supaya Projek Tahun Akhir saya siap.........

Saya minta duit dengan Along...

Saya malu nak minta dengan abang sendiri kerana bila saya buat saya rasa seperti telah menyusahkan saya....tetapi saya minta juga..

Saya tetap boros...............

Ketika "post" ini ditulis.......saya sedang menahan lapar..kerana saya tidak mempunyai wang yang cukup.....sedang menunggu waktu semua kawan tidur..supaya saya dapat masak nasi..dan kemudian makan berlaukkan sos.....

~Saya-hamba Allah yang lemah~

~Saya lalang sejati...~


Saya ikut kawan ambil subjek ekonomi dan akhirnya saya seorang sahaja yang gagal...saya sanggup ikut kawan-kawan makan sedangkan duit hanya cukup-cukup....sanggup pergi tengok wayang..sedangkan duit cukup-cukup......sanggup pergi makan pizza...sehingga saya terpaksa tidak makan pagi dan malam......sanggup bodek kawan asal siap Projek Tahun Akhir.....

Maafkan saya Pak Ngah.....................................................................................................

~Buat kalian-Generasi selepas diri yang HEBAT..kalian tidak akan mengalami perkara ini...kerana kalian akan boleh bercakap tidak..kalian bukan lalang...insya-Allah...........

amin.