klik banner untuk join =)
Wednesday, December 28, 2016
"Giveaway Untuk Bloggers #2".
Posted by
At-Tarmizi
at
10:22 PM
10
comments
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
Blog
Tuesday, December 27, 2016
Percubaan Pertama
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...
Alhamdulillah, syukur saya telah berjaya membuat banner untuk facebook emak saya. Percubaan pertama bagi saya dalam mempelajari cara membuat banner. Walaupun banyak kekurangan, namun saya berasa agak puas hati dengan hasilnya. Saya buat design simple sahaja, maklumlah masih belajar. Moga saya dapat menambah ilmu dalam membuat banner menggunakan adobe photoshop.
Inilah hasil banner yang saya buat untuk emak saya letak di facebooknya.
banyak kekurangan yang perlu saya baiki. Doakan lah saya berjaya.
Moga ada manfaatnya "post" kali ini.
Insya-Allah...
amin.
Alhamdulillah, syukur saya telah berjaya membuat banner untuk facebook emak saya. Percubaan pertama bagi saya dalam mempelajari cara membuat banner. Walaupun banyak kekurangan, namun saya berasa agak puas hati dengan hasilnya. Saya buat design simple sahaja, maklumlah masih belajar. Moga saya dapat menambah ilmu dalam membuat banner menggunakan adobe photoshop.
Inilah hasil banner yang saya buat untuk emak saya letak di facebooknya.
banyak kekurangan yang perlu saya baiki. Doakan lah saya berjaya.
Moga ada manfaatnya "post" kali ini.
Insya-Allah...
amin.
Labels:
Tarmizi menulis,
Tips&Panduan
Monday, December 26, 2016
Pencari Jalan Lurus
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...
Pertama kali dalam blog ini, saya cuba untuk menulis "review" mengenai drama yang saya tonton hari ini. Drama ini ialah drama tahun 2013, tetapi saya baru menontonnya hari ini. Drama ini menarik minat saya, jadi saya membuat keputusan untuk menulis "review" mengenai drama ini dan berkongsi dengan pembaca atau sesiapa sahaja yang membaca/terbaca blog saya ini. Harapnya ada yang sudi membaca "review" saya ini.
Tajuk drama: Pencari Jalan Lurus(2013), siaran tv Al-Hijrah
Sinopsis: Mustakim, seorang anak kepada keluarga kaya di mana keluarganya mempunyai rangkaian kedai serbaneka 24 jam dan mempunyai beberapa cawangan. Tetapi Mustakim tidak mahu bekerja dengan keluarganya, sebaliknya bekerja sebagai pemandu bas/penjaga perpustakaan bergerak. Mustakim bertindak memlih pekerjaan ini kerana beliau seorang yang sukakan buku, sayangkan buku dan dahagakan ilmu pengetahuan. Oleh itu, Mustakim memilih untuk menjadi seorang pemandu bas perpustakaan bergerak kerana merasakan pekerjaan ini sesuai dengan jiwanya. Melalui pekerjaan ini juga Mustakim dapat berkongsi ilmu dengan semua orang. Mustakim telah bertemu dengan Nailah, seorang gadis kampung yang bekerja kilang. Nailah seorang gadis yang suka membaca dan ini menyebabkan hubungannya dengan Mustakim menjadi rapat. Selain berjumpa Nailah, Mustakim turut bertemu dengan watak-watak lain seperti Nenek Nailah, Ihsan, Dahlia, Fatah dan ramai lagi.
Tontonilah Pencari Jalan Lurus untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Mustakim sepanjang bekerja sebagai seorang pemandu/penjaga bas perpustakaan bergerak.
Watak dalam drama Pencari Jalan Lurus
Mustakim- dilakonkan oleh Beto Kusyairy
Nailah- dilakonkan oleh Tiz Zaqyah
Ihsan-dilakonkan oleh Afzan Anak Wayang
Dahlia-dilakonkan oleh Ramona Zam-Zam
Nenek Siah- dilakonkan oleh Ku Faridah
Adik Fatah-dilakonkan oleh Muhammad Na'im Danial
Ulasan saya, cerita ini mempunyai jalan cerita yang ringkas, tetapi memberi banyak unsur dan nilai positif yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian dan juga kepada masyarakat. Selain itu, cerita ini juga turut menyelitkan kata-kata hikmah dan motivasi yang dapat menjadi panduan dan dorongan dalam kehidupan.
Drama Pencari Jalan Lurus-2013
sumber : youtube.com
semoga ada manfaatnya "post" kali ini...
insya-Allah...
amin.
Labels:
Tarmizi menulis,
Tips&Panduan
Saturday, December 24, 2016
Friday, December 23, 2016
Wednesday, December 21, 2016
Anniversary GiveAway
Posted by
At-Tarmizi
at
12:06 AM
10
comments
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
Blog
Monday, December 19, 2016
D.I.Y Small Office Home Office (SOHO)
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Small office home office atau singkatannya S.O.H.O.... bermaksud satu ruangan atau tempat dalam rumah yang diubahsuai atau dikhaskan untuk membuat kerja-kerja pejabat. Maksud mudahnya ruang pejabat di rumah.
Perkembangan teknologi sekarang ni menyebabkan berlakunya perubahan di mana terdapat beberapa negara yang melakukan konsep kerja dari rumah. Maka tercetuslah konsep ruang pejabat di rumah ini. Malah di negara UK, jika terdapat S.O.H.O di rumah mereka, maka mereka boleh minta untuk dikurangkan cukai mengikut beberapa terma dan syarat.
Baiklah, sebenarnya saya teringin untuk mengaplikasi konsep S.O.H.O ini. Walaupun, saya bukan seorang yang bekerja di pejabat sebaliknya seorang penjaja kecil-kecilan tetapi dengan mempunyai ruangan seperti ini memberi manfaat dan keseronokkan terhadap diri.
Maka saya telah membuat satu ruangan S.O.H.O di bilik saya....jom tengok gambar-gambar ruangan S.O.H.O saya:
ruangan S.O.H.O |
ruangan S.O.H.O |
ruangan S.O.H.O |
syukur kepada-Nya, terlaksana juga hasrat nak ada ruangan S.O.H.O ni, buat permulaan dahulu, guna sahaja bahan yang ada.....nanti ada rezeki ubahsuai sedikit demi sedikit,contoh macam alas tikar meja tu saya pakai tikar getah sahaja...nanti tukar alas cantik sedikit, kerusi pun nanti nak tukar macam kerusi pejabat. Sudah survey dekat Mudah.my dan sudah tempah satu kerusi pejabat, tetapi penjual tu tiada pula dekat Melaka dalam minggu ni, minggu depan baru kerusi pejabat tu sampai, insya-Allah kalau ada rezeki dapatlah kerusi pejabat tu nanti.
Harapnya dekat ada ruangan S.O.H.O ni maka bertambah semangat untuk saya menulis di blog ni, cuma masalahnya dekat dengan katil...takut nanti tengah semangat tulis artikel, tiba-tiba rasa mengantuk terus pergi katil tidur pula.......harapnya tidaklah begitu.
sumber mengenai S.O.H.O: https://en.wikipedia.org/wiki/Small_office/home_office
semoga ada manfaatnya "post" kali ini,
insya-Allah...
amin.
Labels:
Cerita Perniagaan,
Tarmizi menulis
Sunday, December 18, 2016
#MyTravelokaEscapade Sabah
Sabah....negeri di bawah bayu. Negeri Sabah memang terkenal dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati.
Saya memang menyimpan hajat untuk pergi ke negeri Sabah ini. Kebetulan pula, baru-baru ini traveloka telah menganjurkan pertandingan "you need a holiday lah".
Apa itu traveloka?
Traveloka merupakan satu agensi pelancongan dan juga terdapat aplikasi dalam talian untuk memudahkan urusan pelancongan kepada sesiapa yang berminat untuk melancong.
"you need a holiday lah" pula merupakan pertandingan dimana peserta hanya perlu memilih satu destinasi daripada 10 destinasi pelancongan yang ditawarkan. Kemudian, peserta perlu menceritakan impian anda atau perkara yang akan dilakukan bila sampai di destinasi yang dipilih peserta tadi. Mudah dan menarik kan.
Okey, berbalik kepada destinasi yang saya ingin pergi iaitu Sabah. Mengapa Sabah?
Jawapannya mudah, sebab saya tertarik dengan kecantikan dan tempat menarik yang sering saya lihat dalam kaca tv dan juga perkongsian gambar oleh rakan-rakan saya yang telah sampai ke Sabah. Sungguh menarik dan mempesonakan.
Di antara tempat menarik yang terdapat di Sabah yang saya kunjungi:
1) Gunung Kinabalu
1) Gunung Kinabalu....sebab tak lengkap rasanya datang ke Sabah tapi tidak sampai ke Gunung Kinabalu....sekiranya tak dapat mendaki Gunung Kinabalu, dapat tengok dari jauh pun jadilah...teringin benar rasanya melihat Gunung Kinabalu ini dengan mata sendiri.
2) Desa Cattle Dairy Farm
2) Desa Dairy Farm, macam dekat New Zealand kata orang. Memang menarik jika berpeluang melihat suasana seperti ini dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu. Keindahan panaroma itu barangkali sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya difahamkan pelawat juga boleh merasai sendiri cara memerah susu dan juga melihat penghasilan produk daripada tenusu. Malah difahamkan pengunjung juga boleh memberi susu kepada anak lembu.
3) Tambunan Rafflesia Reserve
Saya nak tengok bunga terbesar di dunia....bunga Rafflesia. Memang akan menjadi satu memori yang sukar dilupakan sekiranya berpeluang melihat sendiri bunga terbesar di dunia depan mata. Biasanya hanya dapat dilihat menerusi kaca tv sahaja. Melihat indahnya ciptaan alam seperti bunga Rafflesia merupakan satu anugerah yang sangat luat biasa dan tak semua orang berpeluang melihatnya.
4) Sepilok Orang Utan Rehabiliation Centre
Kenapa saya nak pergi tempat ni? sebab utamanya saya pernah terbaca sebuah novel mengenai satu aktiviti untuk menyelamatkan orang utan daripada dieskploitasi dan diseludup....macam tulah lebih kurang sinopsis novel tu....saya pun tak ingat sangat, tajuk novel tu pun dah lupa...tapi dalam novel tu diceritakan akhirnya orang Utan ini berjaya diselamatkan dan dihantar ke Orang Utan Sepilok Rehabilition Centre. Lepas habis baca novel tu, saya menyimpan hasrat sekiranya berpeluang melawat Sabah, maka tempat ini harus saya lawati.
5) Pasar Filipina
Okey, saya bukan seorang kaki shopping, tapi semasa zaman belajar dahulu, kawan saya memberitahu sekiranya ke Sabah, jangan lepaskan peluang untuk ke pasar Filipina. Menurut kawan saya, tempat tersebut meriah dengan pelbagai barangan yang dijual. Malah menurut kawan saya, ikan yang dijual di sini segar-segar belaka.
Banyak lagi tempat yang menarik di Sabah yang saya nak lawati..antaranya..Muzium Sabah, Coral Flyer, Kampung Budaya Monsopiad, Keretapi North Borneo, serta pulau-pulau yang cantik di Sabah. Teringin juga nak melihat kampung yang dibina di laut, macam dalam cerita Lu Mafia, Gua Gangster yang dilakonkan oleh kumpulan Zero tu.......memang nampak cantik pemandangan dalam filem tu.
Jadi.....mana tahu ada rezeki saya untuk merealisasikan cita-cita saya untuk Sabah melalui pertandingan you need a holiday lah ni....jom join pertandingan ni....klik sahaja dekat sini~
jom join. #MyTravelokaEscapade
mana tahu dapat pergi Sabah, dapat tengok Sumandak pemandangan cantik dan tempat menarik untuk dikunjungi.
insya-Allah...
amin.
sumber gambar:googleimages.
sumber gambar:googleimages.
Labels:
Tarmizi menulis
Thursday, December 15, 2016
New Year Giveaway by MF
Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Hadiah:
Grand Top Referral : RM100
Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)
Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners
*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*
Posted by
At-Tarmizi
at
11:27 PM
19
comments
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
Blog
Sehingga mencapai langit
Sehingga mencapai langit
Sehingga mencapai langit
Kita ingin dengar nyanyian merdu,
Adakah sesiapa yang sudi nyanyikan lagu untuk kita?
Hidupan di dunia ini,
hanyalah manusia yang tersenyum apabila melihat bunga,
Hanyalah manusia yang menitiskan air mata,
Engkau yang lemah menyerupai manusia,
Kita suka lagu-lagu yang tenang,
Sudikah anda nyanyikan lagu untuk kami,
Walaupun nyanyian mu kurang memuaskan,
Berikan nama yang indah kepada setiap bintang
yang muncul di langit yang gelap,
yang muncul di langit yang gelap,
Hanyalah manusia yang menitiskan air mata,
Engkau yang lemah menyerupai manusia,
Sebab kita adalah manusia,
Manusia yang akan menjadi kuat suatu hari nanti.
Sumber:Cerita Panjang Doraemon Bintang Misteri Vol:10
Labels:
Tarmizi menulis
Wednesday, December 14, 2016
Tuesday, December 13, 2016
SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY
Posted by
At-Tarmizi
at
11:10 AM
12
comments
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
Blog
Monday, December 12, 2016
Monday, December 5, 2016
Sunday, December 4, 2016
Saturday, December 3, 2016
MINYAK HERBA ASMAK MUJARAB
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Baru-baru ini saya telah menyertai pertandingan minyak herba asmak mujarab. Jadi salah satu syarat untuk pertandingan tersebut ialah saya harus membuat satu artikel/post mengenai minyak herba asmak mujarab ini.
Saya telah mendapat sebotol minyak herba asmak mujarab, bedak asmak dan juga tabung sebagai cenderahati. Minyak herba asmak mujarab ini diberi untuk saya mencuba sendiri keberkesanan minyak ini.
Setakat ini, saya tidak mempunyai masalah asma, jadi saya tidak pasti sejauh mana tahap keberkesanan produk ini terhadap penyakit asma.
Tetapi, saya juga telah menggunakan produk ini untuk merawat luka, tangan melecur kena panas dan juga masalah sakit perut. Syukur, Alhamdulillah, produk ini berkesan untuk merawat penyakit-penyakit ini.
Jadi sedikit info mengenai minyak ini yang saya dapat melalui whatsapp daripada syarikat yang mengeluarkan minyak herba asmak ini ialah:
Berikut fakta yang MESTI anda tahu tentang produk keluaran MHAMSB
Apakah KEISTIMEWAAN menggunakan Minyak Herba Asma yang dikenali kini dengan nama Minyak Herba Asmak (MHAM) ?
Kami ambil masa yang lama untuk menjalankan R&D minyak ini agar ianya selamat dan berkesan lebih cepat.
Kandungan Minyak Herba Asmak yang telah menjalani R&D lebih selamat,lebih suci,tidak "overdose" bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi.
Minyak Herba Asmak juga lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah.
Minyak Herba Asmak lebih cepat menyerap di kulit,sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh LEBIH CEPAT.
Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.
Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma,semput,lelah,batuk,kahak,selsema,gigitan serangga,luka,terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut,bengkak,lenguh,buasir,sembelit,senggugut,membantu melancarkan darah,sakit kepala,migrain,resdung,sakit gigi,strok dan ulser.
Mereka yang mendapatkan Minyak Herba Asmak akan diberikan rundingan cara pakai mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID.Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.
- Kami memberi jaminan kesucian dan keselamatan produk kepada pengguna.
- Pastikan anda mendapatkan minyak dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) dan jika anda ragu-ragu,anda boleh meminta ID pengedar dari mereka.
-Dapatkan minyak ini dari Pengedar sah yang mempunyai ID dari syarikat MHAMSB.Kami ada 1300 orang pengedar di seluruh Malaysia dan menerima ratusan testimoni setiap minggu.
Cubalah Minyak Herba Asmak yang original dari syarikat MHAMSB sekarang!
Kami akan menggunakan hologram meditag yang sah dari KKM sahaja nanti.
Buat masa ini,Minyak Herba Asmak tiada hologram.Hati-hati kerana di luar sana ramai yang mengaku menjual Minyak Herba Asmak,tetapi menipu.Ada perbezaan pada label sama ada yang lama mahupun baru.
Sedikit tambahan, harga sebotol minyak ini ialah rm39.00, jika di bawah harga ini, berkemungkinan minyak tersebut ialah tiruan.
Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus :
Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/
Website Minyak Herba Asmak :
http://penawarasma.com.my
Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/
Fb Page :
Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/
Minyak Herba Asmak HQ
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag
semoga ada manfaatnya "post" kali ini.
insya-Allah...
amin.
Labels:
Tarmizi menulis
Sunday, November 27, 2016
Thursday, November 24, 2016
Daun tenggek burung
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....
Baiklah, sedikit perkongsian mengenai daun tenggek burung.
Daun tenggek burung merupakan daun yang lazimnya dijadikan ulam dalam makanan.Rasanya agak kelat dan biasanya dimakan dengan nasi. Daun tenggek burung juga boleh digunakan dalam masakan nasi kerabu.
Hasil carian saya daripada beberapa laman web mengenai khasiat daun tenggek burung, maka info yang saya dapat mengenai kelebihan makan daun tenggek burung ialah seperti berikut:
1) merawat tekanan darah tinggi
2) melancarkan peredaran darah
3) menyegarkan badan
4) mengecutkan rahim wanita selepas bersalin
5) menghilangkan lenguh di badan
sumber: http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pucuk-tenggek-burung.html
http://warisanpetani.blogspot.my/2016/01/pokok-tenggek-burung.html
Pokok tenggek burung ini difahamkan juga dikenali sebagai pokok cabang tiga atau tapak itik.
Saya ada menjual daun tenggek burung ini di pasar borong Taman Merdeka, Melaka. Harganya cuma RM 1.00 seikat. Jika pembaca atau sesiapa sahaja terbaca "post" ini jika berkesempatan untuk datang ke pasar borong Melaka, dijemput singgah ke tapak niaga saya dan membeli ulam tenggek burung ini. Selain ulam tenggek burung, saya juga ada menjual ulam lain seperti pucuk gajus, ulam raja, pucuk paku dan lain-lain lagi.
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini,
insya-Allah...
amin.
sumber gambar:kebunkampung.blogspot.com
Daun tenggek burung merupakan daun yang lazimnya dijadikan ulam dalam makanan.Rasanya agak kelat dan biasanya dimakan dengan nasi. Daun tenggek burung juga boleh digunakan dalam masakan nasi kerabu.
Hasil carian saya daripada beberapa laman web mengenai khasiat daun tenggek burung, maka info yang saya dapat mengenai kelebihan makan daun tenggek burung ialah seperti berikut:
1) merawat tekanan darah tinggi
2) melancarkan peredaran darah
3) menyegarkan badan
4) mengecutkan rahim wanita selepas bersalin
5) menghilangkan lenguh di badan
sumber: http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pucuk-tenggek-burung.html
http://warisanpetani.blogspot.my/2016/01/pokok-tenggek-burung.html
Pokok tenggek burung ini difahamkan juga dikenali sebagai pokok cabang tiga atau tapak itik.
Saya ada menjual daun tenggek burung ini di pasar borong Taman Merdeka, Melaka. Harganya cuma RM 1.00 seikat. Jika pembaca atau sesiapa sahaja terbaca "post" ini jika berkesempatan untuk datang ke pasar borong Melaka, dijemput singgah ke tapak niaga saya dan membeli ulam tenggek burung ini. Selain ulam tenggek burung, saya juga ada menjual ulam lain seperti pucuk gajus, ulam raja, pucuk paku dan lain-lain lagi.
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini,
insya-Allah...
amin.
Labels:
Cerita Perniagaan,
Tarmizi menulis
Tuesday, November 22, 2016
Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah
Posted by
At-Tarmizi
at
10:57 PM
21
comments
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
Blog
Sunday, November 20, 2016
10Fastfingers.com
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Sedikit perkongsian daripada saya untuk meningkatkan tahap kecekapan menaip dengan menggunakan PC atau laptop.
Terdapat sebuah laman web yang membolehkan kita melatih jari-jemari untuk menaip dengan pantas.Laman web tersebut ialah 10fastfingers.com. Url bagi laman web 10fastfingers ialah https://10fastfingers.com/
Saya kebetulan mengetahui mengenai kewujudan laman web ini kerana terdapat satu iklan jawatan kosong di facebook untuk jawatan "Data Entry". Namun begitu, calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut digalakkan atau dinasihatkan supaya membuat latihan di laman web 10fastfinger.com terlebih dahulu.
Menerusi laman web 10fastfinger.com ini, terdapat beberapa kategori yang boleh dipilih oleh pengguna bagi meningkatkan tahap kecekapan menaip.
Oh ya, pengguna juga perlu menyelesaikan tugas menaip mengikut masa yang ditetapkan sebelum boleh pergi ke tahap yang seterusnya. Seperti main games, habis satu level maka dapat unlock satu level lagi.
Jawatan "Data Entry" pula jika menurut deskripsi tugas yang diberi, pekerjaan ini memang memerlukan tahap kecekapan menaip yang tinggi. Hal ini kerana pekerja harus cepat memasukkan sesuatu maklumat dalam sistem. Justeru, semasa temuduga, maka ujian menaip akan diberi untuk menilai tahap kecekapan menaip calon tersebut.
Saya dah mencuba laman web 10fastfinger.com untuk mengetahui dan meningkatkan tahap kecekapan menaip saya. Tetapi saya hanya berada di paras biasa-biasa sahaja iatu di mana tahap kecekapan menaip saya berada di kategori "average" sahaja.
Tetapi, tidak mengapalah, saya tetap ingin mencuba untuk memohon jawatan tersebut walau jawatan tersebut hanya sekadar "part-time position sahaja". Sejam dibayar rm 8.00, duit juga tu. Doakan saya berjaya mendapat jawatan tersebut.
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.
insya-Allah...
amin.
Sedikit perkongsian daripada saya untuk meningkatkan tahap kecekapan menaip dengan menggunakan PC atau laptop.
Terdapat sebuah laman web yang membolehkan kita melatih jari-jemari untuk menaip dengan pantas.Laman web tersebut ialah 10fastfingers.com. Url bagi laman web 10fastfingers ialah https://10fastfingers.com/
Saya kebetulan mengetahui mengenai kewujudan laman web ini kerana terdapat satu iklan jawatan kosong di facebook untuk jawatan "Data Entry". Namun begitu, calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut digalakkan atau dinasihatkan supaya membuat latihan di laman web 10fastfinger.com terlebih dahulu.
Menerusi laman web 10fastfinger.com ini, terdapat beberapa kategori yang boleh dipilih oleh pengguna bagi meningkatkan tahap kecekapan menaip.
Oh ya, pengguna juga perlu menyelesaikan tugas menaip mengikut masa yang ditetapkan sebelum boleh pergi ke tahap yang seterusnya. Seperti main games, habis satu level maka dapat unlock satu level lagi.
Jawatan "Data Entry" pula jika menurut deskripsi tugas yang diberi, pekerjaan ini memang memerlukan tahap kecekapan menaip yang tinggi. Hal ini kerana pekerja harus cepat memasukkan sesuatu maklumat dalam sistem. Justeru, semasa temuduga, maka ujian menaip akan diberi untuk menilai tahap kecekapan menaip calon tersebut.
Saya dah mencuba laman web 10fastfinger.com untuk mengetahui dan meningkatkan tahap kecekapan menaip saya. Tetapi saya hanya berada di paras biasa-biasa sahaja iatu di mana tahap kecekapan menaip saya berada di kategori "average" sahaja.
Tetapi, tidak mengapalah, saya tetap ingin mencuba untuk memohon jawatan tersebut walau jawatan tersebut hanya sekadar "part-time position sahaja". Sejam dibayar rm 8.00, duit juga tu. Doakan saya berjaya mendapat jawatan tersebut.
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.
insya-Allah...
amin.
Labels:
Tarmizi menulis
"Heliza"
Posted by
At-Tarmizi
at
12:14 AM
14
comments
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
Lukisan
Friday, November 18, 2016
Thursday, November 17, 2016
Segmen Blog Review Safirul Amar
Posted by
At-Tarmizi
at
10:12 PM
15
comments
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
Blog
Wednesday, November 16, 2016
Lost in Light
Poem: Lost in Light
picture from google images
There is a boy,
Actually he already a man,
But for him, that just in his number of age,
Inside his mind, he firmly believe,
He still a boy,
That want to play everyday.
He live in a crowded society,
Unfortunately,
It just consist of human,
Not humanity.
Be a man,
Face the realities now,
Change the way you are now,
Insists some of his friend,
The boy begin to feel,
Lost in light.
Along his walking,
He take a look,
In other people surroundings,
Some of them have reach checkpoint,
Wins a special prizes,
Have a smile,
In their face.
In his journey,
He ask himself,
The uncertain story,
That will happen.
However,
It seems just a repeat story,
He feels exhausted,
Keep going on the journey.
It seems happen,
Yesterday,
Just stand still,
And days gone day by day.
However,
This story about today,
Just keep walking,
Keep searching.
Every time he open his eye,
Still alive,
Still looking,
Meaning of life.
He hold his hand tight,
Keep it close to heart,
Hoping he will not get lost,
Lost in light.
written by: At-Tarmizi.
date been created: do not remember
*forgive me for any grammar errors, I still in learning process*
Labels:
Tarmizi menulis