Tuesday, May 31, 2011

Tersepit

Assalamualaikum w.b.t



Ketika ini hatiku sedang berperang,
Berperang di antara cinta atau cita,
Dilema yang tak pernah kusangka akan kunjung tiba,
Ku tersepit dalam mencari cara...

Terkenang nasihat ibu,
Ke sini untuk menuntut ilmu,
Tak ku duga kau kutemu,
Apa yang harus ku buru...

Bolehkah aku memiliki kedua-duanya??? ya-Allah bantulah aku...

Sunday, May 29, 2011

Aku perlukan masa untuk berfikir

Assalamualaikum w.b.t

Terkadang hati ini cemburu melihat akan rakan-rakan aku yang boleh menyelesaikan masalah yang datang dengan sekelip mata dan masa,sedangkan aku perlukan ruang waktu yang lebih untuk berfikir dan mencari solusi bagi setiap permasalahan itu...

Mengapa yer???

Kalau ikut subjek psikologi yang aku belajar mengenai manusia,kepintaran seorang itu ada pelbagi,tapi yang paling jelas sekiranya seorang itu dapat menyesuaikan dirinyer dengan tempat baru dengan cepat dan agak mudah,maka terbukti orang itu sungguh "intelligent"...

Kadang-kadang member aku pelik dengan aku sebab nak setelkan sesuatu masalah yang agak simple bagi diorang yang boleh diselesaikan dengan mudah,tapi aku tidak begitu sebab aku perlukan masa yang agak lambat sikit berbanding diorang... wahaha sedih gak aku sebab agak "slow",walaupun member aku xpernah mention kat aku yang aku jenis camtu,tapi kat sudut hati aku nie rasa macam gitulah,bukan nak pikir negatif tapi inilah antara kelemahan aku yang aku cuba nak ijtihad(perbetulkan),btul ker arab aku nie??? ha3 :)

Mengapa aku sering buntu,
Sedangkan yang lain sedang maju,
Kepada-Mu aku pohon,bantulah aku,
Semoga doa ku ini diperkenankan oleh Mu... amin...

:)

Thursday, May 26, 2011

Tanggungjawab

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru nie,aku asyik teringat kata-kata cikgu aku masa zaman sekolah menengah aku dulu,kata-kata yang dia cakap masa aku tolak tawaran dia untuk jadi bendahari atau ketua kelas,antara dua tulah tapi aku tak ingat sangat jawatan apa yang dia offer,cuma aku masih ingat dengan jelas kata-kata yang dia cakap masa aku tolak tawaran tu,"mizi,kalau awak asyik menolak tanggungjawab,awak tak akan jadi seorang manusia," waktu tu aku xpaham sangat motif dia cakap camtu ngan aku,tapi lama-lama bila aku semakin besar dan semakin banyak tanggungjawab yang aku nampak dan nak kena hadap,baru aku mula nak paham mesej yang cikgu aku tu nak sampaikan...

Tanggungjwab,berat betul bunyinyer... dah lah nak kena tanggung lpas tu nak kena jawab kalau jadi apa2 hal... pergh... berat betul definisi tanggungjawab nie,tapi baru-baru nie member aku ada "sound" aku,memang tanggungjwab tu berat tapi macam mana pun kita nie manusia,ada tanggungjawab dan peranan masing2, cth cam kau nie lelaki, satu hari nanti,insya-Allah kalau kau ada jodoh akan berkahwin,ada tanggungjwab kat isteri kau,lpas tu ada anak,tanggunjawab kau kat anak kau pulak, sekarang nie kau student so tanggungjawab kau belajar, dan sbg seorang anak ada tanggungjwab kepada mak kau.... so kau memamg x boleh lari daripada tanggungjawab nie... adusss... tersentak aku dengar bile member aku camtu ngan aku, aku biasa gak dengar nasihat2 camnie,tapi entahlah time tu macam xberapa nak masuk jer.....

Lahirnya seorang bayi ke dunia,
Bukan hanya meramai umat sahaja,
Lahirnya hadir bersama,
Sejuta makna,sejuta kerja,
Bak seindah dan secantik nama,
Manusia yang menjadi pelakon di pentas dunia...

Tapi acapkali aku terlupa,watak dan peranan aku dalam sketsa kehidupan nie...

ya-Allah... permudahkanlah urusan aku di dunia dan di sana nanti ya-Allah...


Monday, May 23, 2011

Mencari identiti

Assalamualaikum w.b.t


Saat ini,aku sedang berperang dengan diri sendiri kerana semakin aku sedar betapa jahilnya aku,benar kata-kata sebuah buku yang aku baca(aku lupa apa tajuknya)semakin banyak yang kita belajar maka semakin bodohlah kita... sebab baru aku sedar akan banyaknya ilmu-ilmu di dunia ini...

Kenapa sekarang???kenapa baru sekarang baru aku nampak akan lemahnya aku??? sedih betul bila aku nak tidur malam-malam mesti akan terfikir apa yang aku buat dulu???orang lain atau kawan sebaya aku semua ada kepakaran atau kelebihan masing-masing,tapi aku?????

Saat ini,aku terfikir sebab apa aku jadi macam ni??? sebab aku anak bongsu so mak aku manjakan aku sangat ke???tapi ada jugak member aku yang anak bongsu tapi sangat independent... aku macam mana??? nampak macam bergantung kat orang lain adalah....

nak salahkan mak aku???lagi x logik sebab abang-abang aku tak macam aku pun...nak-nak lagi along dengan anchik aku... berdikari sungguh... mak aku ajar kitorang semua sama jer...bapak aku???hmm....

Abang saudara aku selalu kutuk aku lembik,manja sebab asyik mengalah jer bila jumpa apa-apa hal... betul juga cakap dia tu sebab aku pernah kerja kilang tapi dua hari jer aku kerja sebab kena marah...tapi kerja kat kilang tu lah yang paling senang tapi aku tak boleh buat gak... sedih betul bila tengok member aku ada yang kerja sampai berbulan-bulan sementara tunggu result masuk u keluar,tapi aku???last-last aku jadi jaga jer kat satu rumah anak yatim... sebab kerja tu yang paling senang untuk orang yang lembik cam aku nie... :(

Itu antara contoh peristiwa yang menunjukkan aku lemah banyak gi sebenarnya tapi tak nak aku tulis buat sakit hati aku jer....

Saat nie aku masih mencari identiti aku sendiri,member aku pernah cakap cuba kau tengok perangai orang yang kau kagum lepas tu cuba applykan perangai dier kat diri kau,... aku dalam proses sekarang nie... aku akan cuba jadikan peristiwa lampau bukan lagi sesuatu yang aku selalu kenang-kenangkan tapi satu pengajaran dalam hidup aku...

Apa identiti aku???ya Allah... kepada mu aku memohon berikanlah aku petunjuk,amin ya rabbal alamin...........

Sunday, May 22, 2011

Bila terlalu gembira

Assalamualaikum w.b.t

Gembira,bahagia,senang hati memang akan menceriakan hidup seseorang itu tapi ianya tidak sempurna kerana seperti malam dan siang,dosa dan pahala,syurga dan neraka, gembira juga ada pasangannnya iaitu duka,hampa,kecewa,sedih,merana dan lain-lain lagi... tanpa kita sedari setiap kemanisan yang datang ada pahitnya,setiap bahagia ada air mata kecewa,kerana tulah abang aku selalu cakap jangan terlalu gembira kerana suka-suka membawa duka....,bersederhanalah tapi mampukah aku?????


Bila terlalu gembira,
Akan datangnya duka,
Bila terlalu gembira,
Datangnya kecewa,

Terasa hampa seketika,
Sedetik ketawa,
Datangnya pula air mata,
Mengalir titisannya menyedarkan rasa,

Bila terlalu gembira
Akan tibanya hampa......


Cuba ketawa dengan harapan dapat menghilangkan kecewa ternyata itu hanya satu usaha sia-sia..... :(

Tuesday, May 17, 2011

Sekeping gambar sejuta cerita


Assalamualaikum w.b.t

Pepatah inggeris ada menyebut "a picture paints a thousand words" yang maksudnya sebuah gambar ada pelbagai cerita,kisah,tanggapan atau persepsi seseorang itu... jadi saya nak ceritakan tentang gambar... cuba kita tengok gambar yang kita ambil beberapa tahun atau berpuluh tahun lepas,mesti ada perubahan kan??? begitulah yang saya rasakan bila saje2 membelek gambar2 lama,tapi bila saya tengok gambar2 tu mesti ada kisah di sebaliknya... :)

Gambar mungkin hanya satu tanda kenangan,
Gambar juga mungkin satu detik kemanisan,
Gambar itu boleh jadi satu titik perpisahan,
Gambar itu cuba kita gambarkan...

Gambar tidak perlu berkata-kata,
Gambar hanya perlu dilihat dengan mata,
Gambar punyai satu kuasa.....

Dalam gambar aku tersenyum sedangkan ketika itu jiwaku sedang hancur bersama linangan dendam air mata..............................................


hahaha,dapatkah korang gambarkan apa yang cuba aku postkan kat sini (?_?)

Thursday, May 12, 2011

PUISI CINTA KHALIL GIBRAN

CINTA yang AGUNG
Adalah ketika kamu menitikkan air mata
dan MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH
menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata ‘Aku
turut berbahagia untukmu’

Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas LAGI ..
Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..
tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati
bersamanya…

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu
menang..MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika
mereka jatuh

Thursday, May 5, 2011

The pursuit of happiness

Assalamualaikum w.b.t

Baru jer abes menonton citer The Pursuit of Happiness,hahaha,citer lama dah nie,entah zaman bila punyer citer saya pun tak tahu,tapi lepas abes menonton citer nie,buat saya terfikir:

"can we pursuit of happiness?? if we must to face a harsh and cruel world in front of us??? what is actually happiness I am looking for??? (?_?)

the question that make my tears drops.......

Tuesday, May 3, 2011

Dreams that never come true

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie nak try post dalam bahasa inggeris, maklumlah kan penting belajar english education..,hahaha :)

These is a story of a young man that his life is always fulfill by a dream,but it is a sad story because the dream never come true until....???

Start from his childhood until he become a young adulthood,there is so many dream he want to achieve but is seem the story of his life once again become a non-happy ending movie of his life.

Although,he tries with 110 percent of effort,and 110 of tears of failness,yet the dream is so far to be achieve for him...

The hardest part for the young man is that he felt in love to one women like a usual love story but the women he admires is already taken by another men.. how come it be???it seems there will be another dream that never become true for this tragic hero in these story.

The story of these innocent young men will be continue......... until???