Saturday, February 18, 2023

27 Rejab

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

sumber gambar : google images 

Friday, February 10, 2023

Solat Mercu Kejayaan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Sekadar sedikit perkongsian, khutbah Jumaat di negeri Melaka hari ini bertajuk "Solat Mencegah Kemungkaran".

Banyak is dan panduan yang berguna dalam tajuk khutbah Jumaat hari ini.

Tetapi yang paling saya ingat bila khatib sebut jumlah rakyat Malaysia yang mengalami masalah tekanan atau "depresi" kurang lebih hampir setengah juta.

Hal ini berlaku lebih dahsyat bila berlakunya pkp dahulu..

Betapa dahsyat kesan pkp kepada kehidupan dan pemikiran rakyat.

Khatib sambung lagi, maka antara langkah yang boleh diambil dalam mengatasi masalah ini adalah dengan mendirikan solat.

Sebab solat ini selain menjadi kewajipan untuk umat Islam, dengan solat juga dapat menjadikan kita berasa tenang.

Mudah-mudahan dengan solat,kita dapat merasai ketenangan,melepaskan rasa penat dengan dunia, dan memberi kekuatan rohani,jiwa,emosi dan akal dalam meneruskan kehidupan.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Doakan juga yang baik-baik sahaja untuk saya dan keluarga.

Mohon maaf atas segala kesilapan dalam penulisan saya ini.

Moga kita semua tenang-tenang sahaja...

Insya-Allah...

Amin.