Sunday, December 29, 2019

Contest Isi Dialog~ daripada blogger mamapipie

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ini ialah hasil karya kreatif daripada blogger mamapipie yang dapat tempat ketiga untuk segmen isi dialog kreatif di blog at-tarmizi =)

sumber:http://www.mamapipie.com/2019/12/contest-isi-dialog-di-blog-at.html



Thursday, December 26, 2019

Tamat tempoh contest,pengumuman pemenang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tamat dah tempoh contest untuk segmen isi dialog di blog tarmizi, https://at-tarmizi.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at.html

Terima kasih kepada blogger yang sudi meluangkan masa,tenaga dan idea untuk join segmen ini.

Jadi inilah senarai blogger yang join =)


1)Muhammad Naim Abdullah 
https://pemudattbc.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at-tarmizicom.html

2)PeRdU cINta 
https://perducinta.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-diblog-at.html

3Safirul Amar
https://www.safirulamar.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at-tarmizicom.html

4)#JMBELOG 
https://belogsjm.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at-tarmizicom.html?m=1

5)cikguzim
https://cikguzim.blogspot.com/2019/12/jawapan-kontest-isi-dialog-blog-at.html?m=1

6)Abam Kie 
http://www.zukidin.com/2019/12/contest-isi-dialog-di-blog-at-tarmizicom.html

7)Illya LeYa
http://www.illyaleya.com/2019/12/contest-isi-dialog-di-blog-at-tarmizicom.html

8)mamapp
http://www.mamapipie.com/2019/12/contest-isi-dialog-di-blog-at.html

9)Emme Marina
https://www.emmemarina.com/2019/12/contest-isi-dialog-di-blog-at-tarmizicom.html


Baiklah untuk siapa menang itu susah nak tentukan sebab semua dialog kreatif,lucu dan ada mesej.

Harap siapa yang tak terpilih,tak terasa hati,dan insya-Allah..ada rezeki saya cuba buat lagi contest macam ni.

Baiklah pemenang untuk segmen ini jatuh kepada:

Tempat pertama,1:

~PeRdU cINta 
https://perducinta.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-diblog-at.html


Tempat ke2

~Muhammad Naim Abdullah 
https://pemudattbc.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at-tarmizicom.html

Tempat ke3

~mamapp
http://www.mamapipie.com/2019/12/contest-isi-dialog-di-blog-at.html


Tahniah kepada pemenang =)

yang tak terpilih tu,saya mohon maaf ya..nanti ada rezeki lebih saya buat lagi dengan banyak lagi hadiah.

kepada pemenang boleh mesej atau pm saya di facebook saya untuk tebus hadiah anda,tahniah ya =)

link facebook saya > https://www.facebook.com/at.tarmizi.16

selewat-lewatnya hari Ahad ya, sebab hari Isnin saya terus bagi hadiah top-up tu kepada ketiga-tiga pemenang.

Sekali lagi terima kasih kepada semua yang join.

Saya juga harap supaya saya dapat siarkan semua hasil karya semua peserta ya,untuk dijadikan post di blog saya ini.

Moga yang baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.

Sunday, December 22, 2019

Hadiah dah sampai

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, hadiah sebagai pemenang di blog budoxe dah sampai.

Hadiah sebab terpilih sebagai pemenang segmen giveaway december haro.

Ini linknya~ https://at-tarmizi.blogspot.com/2019/12/menang-giveaway-december-haro.html

Terima kasih kepada blogger budoxe kerana sudi menganjurkan segmen giveaway ini.

Menambahkan lagi kenangan manis sepanjang menjadi blogger.

Sepanjang jadi blogger, ada juga menang atau terpilih sebagai salah seorang penerima hadiah bagi segmen giveaway atau apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh blogger lain.

Alhamdulillah..rezeki.

Image result for haro basic green"
hadiah yang dimenangi =)

Terima kasih sekali lagi kepada blogger budoxe atas hadiah ini.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.

Friday, December 20, 2019

1ST GIVEAWAY BY YYSELLA

Tuesday, December 17, 2019

Menang Giveaway December Haro

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Alhamdulillah, setelah lama tak menang apa-apa segmen giveaway, ada juga rezeki saya akhirnya.

                           

Saya telah terpilih sebagai pemenang bagi segmen giveaway december haro oleh blogger budoxe,https://budoxesquire.blogspot.com/.

Ini link pengumuman pemenang =)

https://budoxesquire.blogspot.com/2019/12/keputusan-pemenang-giveaway-december.html

Terima kasih sekali kerana menganjurkan segmen ini.

Bertambah lagi kenangan manis saya dalam menjadi seorang blogger.

Blog mungkin semakin kurang mendapat sambutan tetapi saya akan cuba terus bertahan menjadi seorang blogger, tambahan lagi bila menang atau dapat hadiah seperti ini, moga saya akan terus menjadi seorang blogger.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.

Friday, December 13, 2019

Asif & Tar


Wednesday, December 11, 2019

Segmen Bloglist dan Banner Header Safirul Amar.Com

Saturday, December 7, 2019

give away december | haro

Saturday, November 30, 2019

Asif & Tar


Tuesday, November 26, 2019

Contest isi dialog di blog at-tarmizi.blogspot.com

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Lama tak buat segmen dekat blog saya ini. Jadi hari ini tiba-tiba rasa nak buat pula.

Senang saja segmen ni, copy gambar ini,kemudian isi dialog saja. Buat satu entri di blog anda.Lepas tu share link entri tu dekat sini. Siap,senang kan? =)

Contest isi dialog di blog at-tarmizi.blogspot.com



contoh:


Syaratnya simple sahaja:

1) follow blog saya kalau belum follow.
2) buat satu entri "contest isi dialog di blog at-tarmizi.com" di blog anda.
3) share link entri di ruangan komen di post ini
4) dilarang guna dialog lucah,sensitif,menyalahi undang-undang,atau apa-apa yang dirasakan tak sesuai.
5)keputusan pemenang adalah muktamad.

Hadiah:

Tempat pertama : Top-up bernilai RM 30
Tempat kedua : Top-up bernilai RM 20
Tempat ketiga: Top-up bernilai RM10

Tempoh contest berlangsung: 26/11/2019-26/12/2019.

Pemenang akan diumumkan lepas tamat tempoh penyertaan. 

Jemputlah join ya =)

Terima kasih.

Thursday, November 21, 2019

Giveaway Akhir Tahun Hasrulhassan.com



kenal blog ini tak ingat tahun bila,tapi bila dah lama berblog baru tahu ini antara blogger  popular,otai yang banyak ilmu dalam dunia blogging. Banyak tips,panduan tentang dunia blogging daripada blogger Hasrul Hassan ni. Memang selalu baca cuma saya selalunya jadi silent reader sahaja. Semoga blogger otai ini terus berjaya dalam dunia blogging. Doakan semoga saya juga dapat menjadi macam blogger hebat-Hasrul Hassan ini~https://www.hasrulhassan.com/. =)

Wednesday, November 20, 2019

Tahniah Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya menewaskan pasukan Indonesia dengan kemenangan 2-0.

Jadi sempena nak meraikan kemenangan,saya buat satu poster yang tak seberapa ni,gigih edit,cut,paste sempena nak meraikan kemenangan ini.

http://at-tarmizi.blogspot.my/


Satu penutup tahun 2019 yang baik untuk pasukan bola sepak Malaysia. Moga akan diteruskan prestasi yang positif ini di tahun hadapan.

Teringat juga peristiwa yang tak berapa seronok semasa kerja di stadium Merdeka dahulu, ada kenangan yang tak manis dengan budak milo pasukan Indonesia semasa sukan sea dahulu. Kenangan yang disimpan dan dikenang. Jadi bila Malaysia menang rasa gembira dan puas hati.

Biarlah,lupakan sahaja kenangan negatif tu.

Sekarang ini masa untuk positif,masa untuk meraikan kejayaan.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.

Monday, November 18, 2019

Asif & Tar


Friday, November 15, 2019

Tahniah Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengalahkan Thailand dalam perlawanan bola sepak peringkat kumpulan untuk kelayakan ke Piala Dunia.

Tahniah atas kemenangan.

Image result for malaysia vs thailand
sumber gambar:google images
Pemain terbaik semestinya Brendan Gan. Macam tak kenal penat,turun naik,bertahan,menyerang semua dia buat.

Tahniah.

Lepas ini,pasukan Malaysia akan bertemu pasukan Indonesia. Moga pasukan negara kita menang.

insya-Allah..

amin.

Wednesday, November 13, 2019

Akhirnya post pertama bulan November

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kembali berblog.

Kisahnya, charger untuk laptop dah rosak. Tak boleh nak berblog guna laptop, password untuk login blog pula tak ingat, dekat laptop memang dah set siap-siap password. Jadinya tak boleh nak login blog guna smartphone atau laptop lain.

Boleh baca saja blog kawan-kawan blogger lain,nak tinggal komen tak dapat. Nak update post baru pun tak dapat.

Alhamdulillah, tadi ada rezeki lebih sikit,boleh lah beli notebook adaptor yang baru. Harganya dalam rm 70.0, rasa macam mahal sebab survey dekat shopee baru dalam rm 40 ke rm 50 saja.  Tapi malas nak tunggu delivery ,jadinya beli dekat kedai sahajalah. Senang.

Banyak sebenarnya saya nak tulis,tapi yang teringin sangat nak tulis pengalaman saya pergi kelas belajar buat roti canai bersama Dato Chef Li-penulis buku Jutawan senyap, memang cita-cita saya daripada dulu nak ada kemahiran buat roti canai. Tetapi jujurnya dah balik kelas pun saya masih belum berjaya tebar lagi, kena banyak berlatih lagi. Doakan saya berjaya. Nanti akan saya kongsikan pengalaman saya pergi kelas ini. Insya-Allah.

Saya juga nak berbanyak terima kasih kepada rakan blogger lain yang masih rajin membaca blog saya ini dan meninggalkan komen di post-post yang lain. Terima kasih banyak sebab komen tuan,puan juga antara sebab saya masih bersemangat hendak menjadi blogger. Rasa gembira sebab ada juga yang sudi baca blog saya ini. Terima kasih,hanya tuhan sahaja mampu membalasnya.

Sekali lagi,syukur kepada Allah s.w.t , dapat juga saya kembali menulis di blog ini. Moga saya akan terus konsisten dalam dunia blogging ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.

Thursday, October 31, 2019

Kedah atau Johor?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Besok final Piala Malaysia. Perlawanan di antara pasukan Kedah bertemu Johor Darul Takzim(JDT).

Image result for kedah vs jdt
sumber gambar:google images
                                   

Memang dua-dua pasukan ni hebat.

Tetapi saya pilih pasukan Kedah akan menang. Sebabnya saya memang peminat pasukan Kedah semenjak zaman mereka menang double treble. Masa tu jurulatih mereka Azrai Khor Abdullah.

Memang ingat pemain-pemain mereka masa tu.

Penjaga gol,Helmi Eliza, Lepas itu pemain-pemain lain seperti khyril muhymeen, Sabri Abu, Baddrol Bakhtiar, Victor, Pak Long. Masa ni Khyril tengah popular,zaman kemuncak prestasi. 

Selalu tengok aksi pasukan Kedah di televisyen. Itu yang jadi minat.

Semoga besok satu pertemuan sengit akan berlaku. Harapnya tiada insiden yang boleh mencemarkan imej bola sepak negara.

Harap yang baik-baik sahaja esok.

insya-Allah..

amin.

Thursday, October 24, 2019

Selamat Hari Lahir Tarmizi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat hari lahir Tarmizi.

Sedihkan bila tak jadi apa-apa lagi,
Masih di takuk yang sama hari ke hari,
Lihat yang lain telah terbang tinggi,
Tinggal sendiri tunduk sayu ke bumi.

Selamat hari lahir Tarmizi.

Esok lusa pun masih sama,
Masih di sini, tidak kemana-mana,
Berusaha untuk keluar segera,
Tetapi tetap kembali semula ke asalnya.

Selamat hari lahir Tarmizi.

Jika ada kenalan yang terbaca puisi ini,
Lalu dijadikan ejekan dan gurauan pusi ini,
Tak apalah, aku sudah tua,tak larat lagi,
Hendak menyimpan kecewa dan marah dalam hati.

Selamat hari lahir Tarmizi.

Ingin sekali memeluk dan mencium tangan ibu,
Memohon ampun kerana gagal menjadi sesuatu,
Sesuatu yang boleh dibanggakan dan menyenangkan ibu,
Malangnya hanya menjadi sebab untuk ibu berasa malu.

Selamat hari lahir Tarmizi.
Jika diberi pilhan,pasti aku tak mahu hidup,
Kerana hidup aku tak menjadi,
Bukankah lebih baik jika sejak dari mula lagi,
Tarmizi ini tak pernah wujud di muka bumi.

Selamat hari lahir Tarmizi.

Tuesday, October 22, 2019

Asif & Tar


Sunday, October 20, 2019

Bila kena buang kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya pernah ada pengalaman kena buang kerja, pengalaman yang menyedihkan dan menyakitkan.

Teringat balik memang rasa sedih.

Nak buat macam mana,dah memang salah saya. Saya baru kerja dan masih tak berapa faham lagi,jadi terbuat sedikit kesilapan terus kena buang.

Bila kena buang tu,rasa kecewa betul dengan diri sendiri.

Seolah-olah saya ni macam tak boleh buat apa-apa dalam hidup ini.

Tapi nak tak nak hidup kena diteruskan.Saya tetap kena cari nasi bila lapar.

Mujur, alhamdulillah ada petak tempat mak saya niaga.Boleh juga saya terus mencari wang untuk belanja hidup saya.

Kena buang kerja ni memang perkara yang menakutkan, menyedihkan lebih-lebih lagi bila ada anak isteri yang nak ditanggung.Mujur saya bujang dan tak ada anak. Cuma emak sahaja saya bagi duit belanja sikit-sikit.

Apapun perkara ini menjadi salah satu pengalaman dalam kehidupan saya. Moga harapnya lepas ini,kalau saya ada peluang bekerja dengan orang lain saya tak akan mengalami peristiwa yang sama.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

Amin.

Friday, October 18, 2019

Salah ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini emosi agak sedikit tak stabil. Sebabnya dengar kata-kata yang negatif dan keterlaluan bagi saya.

Sewaktu membaca tentang tips-tips kewangan,datang seorang hamba Allah ni,dia perasan apa yang saya baca.

Terus terkeluar ayat daripada mulut dia, baca pasal kewangan ni bukan boleh jadi kaya pun. Kalau dah miskin tu tetap akan jadi miskin. Dah memang nasib dan takdir jadi miskin sampai mati lah jadi miskin.Buat apa nak baca pasal kewangan ni. Buang masa sahaja.

Terkedu saya dibuatnya,nak balis balik dah tua. Saya diam sahaja,teruskan membaca sampai habis.

Salah ke kalau saya nak baca pasal kewangan. Kena jadi kaya ke baru boleh belajar pasal hal-hal ni.

Saya memang lah tak ada banyak duit,cuma saya suka baca pasal hal-hal kewangan ni. Salah ke?

Memanglah kalau baca,duit saya tak bertambah,cuma saya seronok dapat membaca. Salah besar ke apa yang saya buat ni.

Hilang mood saya, terus emosi saya jadi tak stabil. Memang dekat dunia ni,yang layak baca pasal hal-hal kewangan ni orang kaya sahaja ke?

Thursday, October 17, 2019

Bercucuk tanam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya suka bercucuk tanam.

Semenjak kecil lagi saya bercucuk tanam.Menanam pokok.

Sebab utamanya,saya tak ada kawan.Masa kecil saya cuma pergi sekolah,balik sekolah,pergi tuisyen dan tengok tv.

Mungkin kerana itu,saya akan bercucuk tanam. Saya menanam daun limau,pokok pisang,ubi,kacang panjang dan sebagainya.

Tanam sahaja,ada tumbuh,adalah. Tetapi pengalaman yang saya tak boleh lupa masa saya kecil bila pokok kacang saya tumbuh kemudiannya dibakar mercun oleh anak-anak jiran. Bila ditegur,mak bapa mereka ajak bergaduh pula.

Lama saya tinggalkan hobi bercucuk tanam ni.

Baru-baru ini sahaja saya rasa nak bercucuk tanam balik. Itupun sebab join group berkebun di Facebook.

Buat permulaan saya tanam kacang botol,orang kata pokok ini tak cerewet, senang dijaga.

Sekarang ni,bila ada masa saya akan bercakap dengan pokok kacang botol. Rasa lebih seronok berbanding jumpa manusia yang suka merendah-rendahkan orang lain.
Benih biasanya saya beli dekat kedai eco sahaja.

Harap tumbuh subur lah pokok-pokok lain yang saya tanam.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

Amin.

Tuesday, October 15, 2019

100th Post Celebration Ft. Japan Planner Giveaway!kl

Japan planner giveaway
Klik banner untuk join =)

p:s`harap menanglah,comel betul hadiahnya.

Tuesday, October 8, 2019

Nampak kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit perkongsian pengalaman yang pernah saya lalui.

Saya pernah duduk menyewa,duduk merantau. Tinggal beramai-ramai dalam rumah sewa.

Secara jujurnya,ada perkara yang kita nampak kecil tapi sangat memberi kesan kepada orang lain.

Contohnya, rancangan televisyen.Pernah terjadi ada kawan saya yang merajuk kerana tidak dapat menonton rancangan kegemarannya kerana kawan-kawan lain nak tengok cerita lain. Nampak kecil tapi merajuk lama juga kawan saya tu dengan kami semua.

Contoh lain, basuh pinggan selepas makan. Nampak seperti kecil tapi boleh menjadi hal besar. Kadang ada yang jenis lepas makan letak sahaja,mungkin dah terbiasa di rumah seperti tu. Bergaduh besar juga kami serumah dengan kawan jenis macam ni.

Jujurnya saya pun ada tabiat atau perangai yang ditegur kawan serumah.Paling saya ingat bila ditegur kawan sebab selalu susahkan dia. Pasal hal motor, saya memang tak mahir pasal motor,jadi selalu tanya kepada kawan saya ni. Lama-lama dia bosan dan marah kerana malas nak melayan soalan saya.

Banyak lagi saya rasa perkara yang nampak kecil tapi sebenarnya memberi kesan yang besar kepada orang lain.Jika ada yang membaca atau terbaca blog saya ini, boleh berkongsi pengalaman atau pendapat mengenai post saya ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

Amin.

Sunday, October 6, 2019

Asif & Tar


Friday, October 4, 2019

Terima kasih

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Gembira betul bila tengok blog saya disenaraikan dalam laman blog abang ben ashaari.

http://www.benashaari.com/2019/10/5-blog-pilihan-hari-ini-oleh-ben-ashaari.html

Rasa teruja sebab abang ben ni kira orang hebat atau blogger hebat. Blogger popular Malaysia.

Jadi bila blog saya ini tersenarai antara 5 blog pilihan, rasa gembira,seronok,teruja dan macam-macam lagilah.

Terima kasih kepada abang ben ashaari kerana sudi kongsi mengenai blog saya di blog abang ben.

Terima kasih juga kepada rakan blogger lain yang sudi meninggalkan komen di blog saya,memberi kata-kata semangat dan nasihat terhadap post saya.

Rasa macam bagi ucapan bila menang anugerah pula.

Sekali lagi,ribuan terima kasih kepada blogger hebat Malaysia,abang ben kerana sudi kongsikan kewujudan blog saya di blog abang ben.

Semoga saya terus berada dalam dalam dunia blog ini dan menjadi blogger.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.

Wednesday, October 2, 2019

Bulan Oktober

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Image result for oktober
sumber gambar:google images

Sudah masuk bulan Oktober.

Banyak perkara nak kena selesaikan.

Nak kena hidpukan lesen motor dan kereta.

Lepas tu saya harap dapat menghadiri satu program di Kuala Lumpur. Lama simpan impian nak pergi program ni,harap tercapailah.

Kena pergi dapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan masalah urat perut saya.

Kena habiskan ubat dan lihat kesannya.

Doakan semoga saya sembuh. Bertahun asyik pergi berubat sana sini.

Nak tukar minyak hitam kereta dan motor.

Banyak belanja bulan ni.

Moga dimurahkanlah rezeki kita semua.

Moga yang baik-baik sahaja.

Insya-Allah...

amin.


Monday, September 30, 2019

Pergi klinik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Besok saya akan pergi ke klinik pakar untuk pemeriksaan rawatan terhadap perut saya.

Sebab kebelakangan ini perut kerap sakit.

Selepas makan akan terasa begitu sakit.

Pergi ke klinik komuniti, kemudiannya disuruh supaya jaga pemakanan dan tidak mengambil makanan pedas.

Tetapi masih sakit lagi.

Jadi besok saya akan pergi ke klinik pakar.

Moga lepas ni sembuhlah.

Sebenarnya semenjak kecil saya kerap pergi klinik. Selalu sangat demam kerana antibodi tak kuat.

Semasa bekerja dahulu pun saya kerap sakit,kebiasaannya sakit perut dan cirit-birit. Jadi kerap kali tidak hadir kerja sampai bos saya marah.

Sekarang ini saya menjadi penjaja kecil-kecilan. Jika perut saya sakit maka saya tak dapat pergi berjaja. Tak ada orang marah cuma tak pergi berjaja tak adalah pendapatan saya haritu.

Saya sebenarnya dah malas asyik nak kena pergi klinik.

Harapnya ini last lah saya pergi mendapatkan rawatan sakit perut saya ini .

Mohon doa semua semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

Amin.


Wednesday, September 25, 2019

Asif & Tar


Monday, September 23, 2019

Hujan


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, petang tadi hujan turun di banyak kawasan di Melaka.

Image result for hujan
sumber gambar:google images

Baca dekat facebook kawan-kawan banyak yang update tentang turunnya hujan di kawasan mereka.

Moga krisis kekurangan air di Melaka dapat diatasi.

Susah bila tiada air ni. Banyak perkara nak buat tergendala. Kasihan pokok dekat rumah saya,kering sahaja. Nak siram pun kena jimat-jimat.

Tetapi paling terkesan bila terfikir golongan warga yang dah berusia, susah mereka nak pergi ambil air dekat lori air.

Mudah-mudahan dengan turunnya hujan ni, hilanglah masalah jerebu dan bekalan air di Melaka bertambah pulih.

Syukur kepada Allah s.w.t kerana menurunkan hujan.

Berkat doa dan sembahyang hajat semua, akhirnya hujan turun juga di negeri Melaka.

Moga terus turunlah hujan, tumbuhan menjadi subur dan tidaklah lagi berlaku masalah gangguan bekalan air.

Moga yang baik-baik sahaja.

Insya-Allah...

amin.

Thursday, September 19, 2019

Asif & Tar


Tuesday, September 17, 2019

Kepala dan perut sakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jerebu di Melaka masih belum pulih.

Tambah lagi pagi tadi kepala saya terasa sakit.

Perut pula tak berhenti meragam.

Pergi klinik kemudiannya diberi ubat tahan sakit.

Dinasihatkan doktor supaya banyak minum air suam dan kurangkan aktiviti luar.

Manakala masalah perut sakit pula,doktor pesan supaya kurangkan makan pedas dan berminyak.

Kepala pula jika masih terasa sakit,kena pergi dapatkan nasihat di hospital atau doktor pakar untuk pemeriksaan yang selanjutnya.

Moga sembuhlah saya cepat.

insya-Allah...

Amin

Sunday, September 15, 2019

Doa untuk Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon doa semua semoga hujan turun di negeri Melaka.

Sekarang ini Melaka sedang mengalami krisis kekurangan air dan juga jerebu.

Sekiranya hujan turun, maka masalah jerebu dan kekurangan air dapat diatasi.

Doakanlah semoga yang baik-baik sahaja untuk negera Malaysia dan demi negeri Melaka juga.

Menurut laporan berita,jerebu di Melaka semakin berada di tahap yang membimbangkan.

Air di empangan juga sudah semakin susut.

Besar dugaan dan cabaran penduduk negeri Melaka sekarang ini.

Mohon doa semua semoga hujan turun di negara Malaysia dan khususnya di negeri Melaka.

insya-Allah...

Amin.

Wednesday, September 11, 2019

Asif & Tar


Wednesday, September 4, 2019

Rm50

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rm50 sekarang ni sekejap saja dah nak habis ya.

Tak terasa betul.

Letak dalam beg duit,berapa hari boleh bertahan?

Beli barang sikit-sikit. Beli top-up,dah nak habis rm50.

Dahsyat betul.

Sebagai contoh,saya bawa rm50,nak beli barang sikit.

Maka,perbelanjaan atau barang yang saya beli dengan duit rm50 dapatlah:

1)top up umobile rm10
2)jam dinding beli dekat D.I.Y rm7
3)air tin Nescafe rm2
4)minyak motor rm5
5)bateri jam rm1
6)cermin muka rm2
7)pisau cukur rm2
8)gula pasir rm2.90
9)biskut kering rm4.50
10)ubat gigi rm4.
11) maggi rm5

Berapa jumlah keseluruhan? Dekat rm40++ rasanya.

Sekejap sahaja ya.

Bersabar sahajalah.

Moga kita semua akan dimurahkan rezeki.

insya-Allah...

Amin.

Monday, September 2, 2019

Boikot atau utamakan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ini tengah panas isu boikot barangan yang bukan produk bumiputera.

Cuma saya rasa perkara ini bukan tentang boikot atau berhenti membeli barangan bukan bumiputera.

Tetapi lebih kepada mengutamakan membeli barangan atau produk keluaran bumiputera.

Biasalah, perkara ini digunakan sesetengah pihak untuk kepentingan masing-masing. Kepentingan dari segi politik,populariti atau perkara yang mungkin boleh menguntungkan mereka.Mereka seolah-olah cuba menimbulkan persepsi atau konsep yang kurang tepat.Seolah-olah membeli barang atau produk bukan keluaran bumiputera satu dosa yang besar.

Secara jujurnya, saya tetap ada membeli barangan di kedai runcit bukan Melayu sebab harganya yang lebih murah sedikit. Selain itu layanan yang diberi terhadap saya semasa membeli. Saya juga pergi ke bengkel motorsikal bukan Melayu sebab  cara layanan mereka terhadap saya.

Tempat saya dulu ada bengkel motorsikal milik orang kita tapi rasa sedih pula saya sebab tiub motor saya pakai tak sampai seminggu dah pancit balik. Lepas tu saya dah tak hantar betul motor dekat bengkel tu lagi.

Saya berpendapat ini bukan soal bangsa atau agama, tetapi cara layanan,harga dan servis yang diberi kepada pelanggan.

Ada saja kedai/bengkel Melayu yang baik dan ada juga kedai runcit bukan Melayu yang ok.

Berbalik soal boikot, isunya bukan kata tak payah beli barang dekat kedai bukan Bumiputera tapi lebih kepada utamakan beli barang atau produk keluaran bumiputera. Itu sahaja rasanya matlamat yang ingin dicapai.

insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya turut sama dalam kempen beli barangan atau gunakan servis/produk bumiputera dahulu.

Harapnya post saya ini tak disalah erti.Ini sekadar pandangan dan pendapat saya terhadap isu boikot ini. Secara ringkasnya,bagi saya bukanlah boikot tapi utamakan membeli barangan atau produk keluaran bumiputera terlebih dahulu.

Itu sahaja.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

Amin.

Sunday, September 1, 2019

Giveaway Merdeka 2019

Saturday, August 31, 2019

Salam hari Kemerdekaan dan Awal Muharam



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Related image
sumber gambar:google images

Salam hari kemerdekaan yang ke 62, dan juga salam awal Muharam.

Sudah masuk bulan September,lagi  dua,tiga bulan dah masuk tahun 2020.

Tahun ini,banyak ceritanya,banyak pengalamnnya...

Pengalaman terbesar ialah angah saya dimasukkan ke hospital, dan juga hilangnya seorang kawan yang baik dalam hidup saya. Moga syurga untukmu sahabat,dan ampunkanlah segala kesilapanku.

Pengalaman yang banyak mengajar erti penat, kesabaran dan kehilangan.

Hidup di dunia ini terlalu singkat.

Secara jujurnya,saya sudah tak peduli lagi.

Umur yang meningkat,kesihatan yang merosot, banyak lagilah.

Sudahlah.

Moga saya akan terus menulis di blog ini.

Jika sampai masa nanti, nyawa saya sudah diambil Tuhan, doakan saya selamat,ampunkan segala dosa dan salah silap saya, haraplah blog ini dapat menjadi sebab untuk mereka yang mengenali atau tidak mengenali saya mendoakan yang baik-baik sahaja untuk saya.

Salam kemerdekaan dan salam maal hijrah.

moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.