Thursday, November 15, 2012

Awal Muharam-matlamat diri..lemah dan kelemahan diri ini

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang...



Ku mulakan sebuah penulisan...

Selamat Awal Muharam...1434H

Diri ini ingin berkongsi kelemahan yan Allah tunjukkan~

Khayal menonton video di You Tube-hingga terlupa waktu maghrib-aneh..diri ini yang menampal waktu solat tapi diri inilah yang lupa masuk waktunya...betapa lemah dan hinanya diri ini~Kalian Generasi Selepas diri~Tolong tidak ikut perangai ini~jadilah tin yang berguna~bukan tin kosong seperti diri ini~sama-samalah kita menjadi tin yang berguna.Mudah-mudahan diizinkan Allah.

Tidak tahu bacaan awal dan akhir tahun~betapa sia-sianya usia diri ini yang sudah 22 tahun.Kalian Generasi Selepas Diri tolong tidak ikut kesilapan ini. Kalian lebih hebat.Segalanya mudah...gunakanlah dengan bijak....pesan diri kepada diri sendiri..jika Kalian Generasi Selepas Diri ingin gunakan..silakan....terima kasih yang tidak terhingga dari insan lemah ini-Diri Ini.

Izinkanlah diri ini berkongsi matlamat yang ingin dicapai..dan jika ada yang membaca..diri ini mohon doa kalian~Generasi Selepas Diri...untuk aminkan segala matlamat ini..kerana diri ini percaya doa orang lain kepada orang lain makbul di sisi Allah...doa yang tidak mempunyai kepentingan...pada diri sendiri...doa yang jauh dari sifat tamak..barangkali doa ini ikhlas di sisi Allah.Jika dizinkan Allah.amin.


Matlamat diri ini......(dari 2012-2015)

1)Dapat lesen kereta hujung tahun 2012 ini.
2)Dapat grad dengan pointer 3.87 pada tahun 2014
3)Dapat membina satu forum-yang dianggap sebagai platform kepada diri ini terlibat dengan perniagaan internet
4)Dapat menjadi usahawan jutawan internet pada usia 25 tahun.


Hmm..dunia sungguh matlamat diri ini...kerana diri ini sedar matlamat akhirat kita semua sama-diri ini-Kalian Generasi Selepas Diri-ingin ke syurga......maka doa diri yang lemah ini...semoga kalian Generasi Selepas Diri masuk ke syurga Allah. setakat ini..ini sahaja yang diri ini mampu buat..doa semoga kalian Generasi Selepas Diri...masuk syurga-nanti kalau masuk syurga...tolong bawa diri ini sekali~amin.


~maaf atas segala kekurangan dalam penulisan tahun baru ini~

 http://trigyy.com/2012/11/doa-awal-dan-akhir-tahun-hijrah/   KREDIT:TRIGGY.COM