Tuesday, May 29, 2018

Asif & Tar


Monday, May 28, 2018

Tak ada rezeki

Assalamualaikum w.b.t  dan salam sejahtera...

Baru-baru ini saya telah berjaya memenangi segmen ombak bergigi...



Tetapi saya dah terlambat untuk menuntut hadiah tersebut.

Alasan yang boleh saya beri?

Saya sekarang ni berblog dengan menggunakan handset...kerana saya sekarang lebih banyak berbaring kerana sakit belakang dan perut yang dihadapi, jadi saya lebih selesa menggunakan telefon bimbit berbanding laptop.

Tetapi sukar untuk saya menggunakan handset untuk berblog walking...sukar juga hendak menerangkan masalah yang saya hadapi ini...

Tidak mengapalah..nampaknya tiada rezeki saya kali ini.

Namun terima kasih juga kepada blog ombak bergigi kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang.

Tiada rezeki saya nampaknya...

http://ombakbergigis.blogspot.my/2018/05/pemenang-its-time-for-giveaway-by.html

Oh ya, doakan juga supaya saya cepat sembuh daripada sakit belakang dan perut. Sudah bertahun menghidap penyakit ini..tak tahan lagi hendak menanggungnya...


Wednesday, May 23, 2018

Hutang

Hutang,
Wajib dibayar walaupun seringgit.

Pelik rasanya,
Semasa hendak meminjam lembut sekali bicaranya...

Bila diminta bayar semula,
Pelbagai jawapan yang diterima,

Hutang,
Bayar sedikit-sedikit dulu pun tidak mengapa.

Tandanya kita tak lupa.

Hutang bukan percuma.

Monday, May 21, 2018

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan 2018.

Semoga kita berjaya berpuasa hingga akhirnya.

p.s-doakan kesihatan saya, belakang badan yang sering sakit semakin beransur pulih.

Friday, May 4, 2018

Rumah kebun

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Mohon pendapat,pandangan dan tunjuk ajar...

Saya teringin hendak membina sebuah rumah kebun untuk memulakan projek tanaman secara kecil-kecilan...

Tetapi saya tidak pandai bertukang, hanya berimaginasi rekaannya sahaja...

Boleh beri tunjuk ajar?

Bagaimana nak kira kos, cara supaya tiang jadi lebih kukuh dan sebagainya...

Saya kongsikan hasil contengan secara kasar saya...



Tempat atau kawasannya tidak begitu luas....tetapi sayang pula nak dibiarkan begitu sahaja

Nanti saya bagi gambar keluasan tempat tu..tapi tak luas mana..rasanya keluasannya boleh diibaratkan cukup untuk sebuah kereta parking sahaja...

Harapnya cita-cita ini jadi sebuah kenyataan...

Mohon tunjuk ajar semua..

Moga jadilah projek ini.

insya-Allah...

amin.

Thursday, May 3, 2018

Bertimpa-timpa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Bertimpa-timpa masalah yang jadi.
Perut sakit,motor rosak...
Duit hampir habis....

Semua ni buat saya hilang mood nak berblog...

Maaf ya kalau saya tak sempat balas komen.

Kesihatan tidak begitu mengizinkan...

Motor pula buat hal...

Rumah emak pula harus dibaiki sebab sudah teruk dimamah anai-anai...

Banyak juga duit yang harus dikeluarkan.

Tidak mengapalah...

Mungkin ada rezeki lain nanti.

insya-Allah...

amin.

Tuesday, May 1, 2018

SELAMAT HARI PEKERJA 2018