Thursday, October 17, 2019

Bercucuk tanam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya suka bercucuk tanam.

Semenjak kecil lagi saya bercucuk tanam.Menanam pokok.

Sebab utamanya,saya tak ada kawan.Masa kecil saya cuma pergi sekolah,balik sekolah,pergi tuisyen dan tengok tv.

Mungkin kerana itu,saya akan bercucuk tanam. Saya menanam daun limau,pokok pisang,ubi,kacang panjang dan sebagainya.

Tanam sahaja,ada tumbuh,adalah. Tetapi pengalaman yang saya tak boleh lupa masa saya kecil bila pokok kacang saya tumbuh kemudiannya dibakar mercun oleh anak-anak jiran. Bila ditegur,mak bapa mereka ajak bergaduh pula.

Lama saya tinggalkan hobi bercucuk tanam ni.

Baru-baru ini sahaja saya rasa nak bercucuk tanam balik. Itupun sebab join group berkebun di Facebook.

Buat permulaan saya tanam kacang botol,orang kata pokok ini tak cerewet, senang dijaga.

Sekarang ni,bila ada masa saya akan bercakap dengan pokok kacang botol. Rasa lebih seronok berbanding jumpa manusia yang suka merendah-rendahkan orang lain.
Benih biasanya saya beli dekat kedai eco sahaja.

Harap tumbuh subur lah pokok-pokok lain yang saya tanam.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

Amin.

13 comments:

Dunia Zumal said...

Semoga pokok-pokoknya membuahkan hasil yang lumayan...

Warisan Petani said...

Mudah2an akan menjadi hobi baru pulak.

Sheila Arshad said...

semoga berhasil. kacang botol ammi tak reti jadikan ulam, biasanya ammi goreng letak cili api & belacan. sedapnyaaa

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal,insya-Allah,terima kasih,amin. :)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani mudah-mudahan begitu WP :)

At-Tarmizi said...

Sheila Arshad terima kasih, memang sedap tu, harapnya ada lah hasil nanti :)

Abam Kie said...

berbudi kpd tanah pasti ada hasilnya..

Dunia Zumal said...

Aamiin

At-Tarmizi said...

insya-Allah cikgu, mudah-mudahan begitu :)

Tiara Sapphire said...

memang best dapat bercucuk tanam tapi setakat ni suka tanam pokok bunga je lah..hehe

At-Tarmizi said...

Haha,tak apa minat masing-masing,saya kurang sikit minat nak tanam bunga-bunga ni. :)

mamapp said...

Good luck tarmizi.. kawan mama tanam cili he pun dah jadi usahaw. Berjaya tau

At-Tarmizi said...

mamapp wah hebat,boleh saya belajar dengan kawan mama lepas ni =)

Post a Comment