Sunday, October 20, 2019

Bila kena buang kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya pernah ada pengalaman kena buang kerja, pengalaman yang menyedihkan dan menyakitkan.

Teringat balik memang rasa sedih.

Nak buat macam mana,dah memang salah saya. Saya baru kerja dan masih tak berapa faham lagi,jadi terbuat sedikit kesilapan terus kena buang.

Bila kena buang tu,rasa kecewa betul dengan diri sendiri.

Seolah-olah saya ni macam tak boleh buat apa-apa dalam hidup ini.

Tapi nak tak nak hidup kena diteruskan.Saya tetap kena cari nasi bila lapar.

Mujur, alhamdulillah ada petak tempat mak saya niaga.Boleh juga saya terus mencari wang untuk belanja hidup saya.

Kena buang kerja ni memang perkara yang menakutkan, menyedihkan lebih-lebih lagi bila ada anak isteri yang nak ditanggung.Mujur saya bujang dan tak ada anak. Cuma emak sahaja saya bagi duit belanja sikit-sikit.

Apapun perkara ini menjadi salah satu pengalaman dalam kehidupan saya. Moga harapnya lepas ini,kalau saya ada peluang bekerja dengan orang lain saya tak akan mengalami peristiwa yang sama.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

Amin.

20 comments:

Ain Athirah said...

Takpa. Ada hikmah sebalik semua ni.

Warisan Petani said...

macam pekerja2 utusan tu ye, kesian mereka

Abam Kie said...

Baik niaga kecil2an je. Statistik menunjukkan 60% graduan menganggur..

Sheila Arshad said...

berniagalah..tp kena rajin ye mizi

dear anies said...

memang perit tapi kerana itulah buat kita bangkit...

Littlexme said...

Semoga segalanya dipermudahkan :)

https://mylittlestoryi.blogspot.com

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

Sabar, kena cari keistimewaan kita..kena cari, setiap manusia Allah dah susun kehidupannya...yang penting rajin....

PeRdU cINta said...

Ambil hikmahnya.InshaAllah boleh.walau berat untuk diterima.Tapi selagi ada usaha inshaAllah baik-baik nantinya.

At-Tarmizi said...

Ain Athirah mudah-mudahan begitu,amin. =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani memang kesian,harap mereka semua kuat.

At-Tarmizi said...

Abam Kie sekarang ni pun memang saya niaga kecil-kecilan cikgu =)

At-Tarmizi said...

Sheila Arshad insya-Allah =)

At-Tarmizi said...

dear anies mudahan begitulah hendaknya =)

At-Tarmizi said...

Littlexme terima kasih,insya-Allah =)

At-Tarmizi said...

Safirul Amar baik,akan saya usahakan perlahan-lahan,terima kasih =)

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta baik kak PC,insya-Allah..mudah-mudahan yang baik sahaja untuk kita semua =)

Dunia Zumal said...

Sabar Mizi, InsyaAllah ada sinar menanti kemudian hari

mamapp said...

Kenangan pahit jadikan pengalmn DNA pengajaran agar Kita menjadi lebih baik

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal insya-Allah mudah-mudahan begitu =)

At-Tarmizi said...

mamapp baik,terima kasih atas nasihat mama =)

Post a Comment