Tuesday, October 2, 2018

Urat bengkak dan bersimpul

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon doa kalian supaya saya lekas sembuh.

Baru sahaja selesai mengurut dengan seorang tukang urut di Melaka.

Urat dah bersimpul,sudah lama penyakit ini dihidapi, daripada zaman sekolah menengah lagi.

Puncanya bila saya jatuh motorsikal dahulu,semenjak jatuh tu urat dah bersimpul, tapi masa baru-baru jatuh motorsikal dahulu tak teruk sangat.

Jadi saya biar sahajalah...

Semakin meningkat usia,semakin sakit pula sebab urat dalam perut semakin bersimpul.

Angin dah banyak terkumpul.

Pesan tukang urut tadi,kalau jatuh motor ke apa ke terus cari tukang urut untuk urut satu badan bagi mengelakkan urat bengkak atau biasanya disebut bentan urat.

Mohon doa kalian ya.

Buat masa ni saya kena jaga pemakanan,perut tak boleh kosong,nanti takut angin lagi banyak masuk.

Sakit betul kalau angin dah terlalu banyak dalam badan,urat makin bengkak.

Jika dibiarkan lama lagi kata tukang urut tu mungkin akan ada kesan yang lebih serius.

Sekarang ni baru lepas urut,badan tak boleh nak aktif sangat,kena berehat dahulu.

Saya mohon sekali lagi kepada semua yang membaca atau terbaca blog saya ini,doakan semoga saya cepat sembuh ya.

insya-Allah...amin.

5 comments:

Siti Yang Menaip said...

get well soon. elokla brurut cepat. makin lama makin teruk nnti..

PeRdU cINta said...

Makan pun kena jaga..moga segera sembuh..aamin.

Warisan Petani said...

Mudah2an cepat sembuhnya.

Cuya said...

semoga cepat sembuh....

Cik Suerin said...

Mudah-mudahan cepat baiknya, jaga kesihatan...

Post a Comment