Wednesday, October 3, 2018

Anak Jiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jiran, memang banyak dah saya post pasal jiran dalam blog saya ini.

Cuma saya ingin minta pandangan daripada kawan blogger lain tentang masalah jiran yang saya hadapi ni.

Anak jiran yang masih bersekolah rendah, sehingga larut malam pun masih merayau dan membuat bising.

Terganggu rasanya..

Bukan apa,saya ni baru sahaja nak baik,urat badan bengkak,lepas tu kena tolak motor pula...

Jadinya bila malam nak berehatlah.. tapi anak jiran pula bising,main basikal,main kejar-kejar...

Jika siang atau petang hari saya tak kisahlah...ini dah malam.

Jika ditegur,mak ayah mereka akan memgamuk pula...

Saya dah lah badan tak sihat,yang hadiah top up untuk pemenang blog pun saya belum settle kan,sebab penat dan sakit sangat badan saya ni. Anak jiran pula bising bermain...

Allah..

Mohon pandangan daripada kawan blogger yang lain cara untuk mengatasi masalah ni.

Tolong ya...

12 comments:

Warisan Petani said...

Susah nak tolong kalau dapat jiran macam ni.
Kalau rumah sewa, pindah aje.

Etuza said...

alamak kesian dia. Tak tinggal asrama ke tu? doakan yang baiok padanya ya

Cik Suerin said...

Susah betul kalau dapat jiran macam tu, serba salah nak tegur..sudahnya kita saja yang kena bersabar...

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

kalau dah tak tahan sangat dan tak kisah dengan persepsi jiran. boleh report polis, atas sebab KACAU GANGGU. bukan untuk tujuan menangkap, tapi untuk teguran kerana menerima aduan.

At-Tarmizi said...

Warisan Petani rumah emak saya =)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza diorang dah tak sekolah rasanya cikgu

At-Tarmizi said...

Cik Suerin betul,tapi asyik kita saja nak bersabar,penat rasanya

At-Tarmizi said...

Safirul Amar tak pernah pula terfikir sampai kesitu, cuma kesal dengan sikap mak ayah diorang

Mrs. A said...

Cuba cari orang tengah sebagai jalan penyelesaian.
Ketua taman ke iman surau ke

Dunia Zumal said...

Dalam perumahan zumal pun sama, nak larang pun boleh nanti ada saja benda dia mendajalkan kita

At-Tarmizi said...

Mrs. A terima kasih atas pendapat =)

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal tulah,sabar sajalah kan

Post a Comment