Thursday, October 18, 2018

Cikgu pita ukur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila tengah rileks-rileks ni tiba-tiba teringat tentang satu kata-kata daripada Cikgu saya dahulu...

Cikgu kaunseling sekolah menengah saya dahulu.

Kami panggil dia Cikgu pita ukur...

Kelakar kan nama gelaran tu?

Kami bagi gelaran tu sebab masa perhimpunan dia selalu bagi ucapan nasihat dan dah jadi kewajipan Cikgu ni untuk keluarkan pita ukur sebagai panduan kepada kami.

Katanya hidup ini seperti pita ukur,masa belajar selama bertahun-tahun ini untuk hasilnya yang akan datang.

Maksudnya jangan mensia-siakan masa muda...sebab perkara yang kita buat masa muda akan menentukan hidup kita bila tua nanti.

Ringkasnya kita belajar bertahun-tahun untuk mendapatkan keselesaan selama berpuluh tahun..

Masa tu saya rasa kelakar... yalah sebab gunakan pita ukur..setiap kali ucapannya itulah yang akan dipesan Cikgu ni.

Tapi sekarang bila dah umur 20 an,saya terfikir juga kata-kata Cikgu ni.

Sekarang ni memang saya tak tahu nak jadi apa dalam hidup saya...

Lepas habis belajar,sampai sekarang saya tak ada kerja tetap.

Berjaja kecil-kecilan ni kadang hasilnya terasa sangat tak berbaloi dengan usahanya...

Sekarang ni,dah tua baru teringat kata-kata Cikgu pita ukur saya...

Hidup ini macam pita ukur...

Masa yang digunakan sekarang akan menentukan hidup akan datang...

Entahlah,nak menyesal pun tak guna...

6 comments:

PeRdU cINta said...

Jangan sesali.,terus bangkit cari kekuatan diri..doa minta Allah tunjukkan laluan terbaik.

Cuya said...

ada betulnya kata2 cikgu pita ukur tu...masa muda memang membentuk kita yang akan datang..semoga hari awk lebih baik dari hari ke hari..

sofie adie said...

setuju dengan PC. menyesal dan sesal akan buat hilang nikmat syukur pada Dia.
ada hikmah yang awak perlu kaji sehingga kerak bumi. insyaAllah punya jawapan dan tiada yang terlambat.

semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ^_^

Etuza Etuza said...

Bagus juga ada nasihat2 yang berguna tu..kan Atrmizi..kenangan lalu

Abam Kie said...

x apa. teruskan berusaha. In Shaa Allah, akan dpt la nanti keja tetap tu.

Dunia Zumal said...

Insha Allah, Mizi orang yang cekal pasti kejayaan bakal tiba

Post a Comment