Tuesday, October 9, 2018
Minat tapi tak pandai
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
Minat tapi tak pandai...
Macam mana tu?
Contoh paling mudah, saya minat takraw...selalu tengok game takraw dekat tv, sekarang ni tengah rancak dengan Sepaktakraw League(STL) 2018, jadi memang selalu jugalah layan takraw ni.
Minat tengok aksi lipat,gulung,libas yang dilakukan...
Saya pernah cuba pemilihan takraw semasa sekolah rendah dahulu...hancur,tak pandai main langsung, merasa main untuk satu game sahaja, kalah teruk.
Teringin juga nak buat aksi macam yang ditunjukkan dalam tv tu, tapi badan pun dah gemuk,usia pun dah meningkat..jadinya boleh tengok sahajalah........
Minat tapi tak pandai...
Banyak perkara,benda yang saya minat tapi tak pandai...
Contohnya,
Minat tebar roti canai, tapi sampai sekarang tak pandai buat.
Minat melukis tapi lukisan saya buruk dan syok sendiri.
Minat main gitar, pernah cuba belajar main gitar tapi tak pandai sampai sekarang.
Minat belajar bahasa mandarin, hangatnya sekejap sahaja..lepas tu sekadar minat sahaja tanpa usaha.
Minat tapi tak pandai.
Sedih juga tapi nak buat macam mana....
Sampai sekarang saya masih mencari-cari kebolehan dalam diri, tak jumpa-jumpa lagi....
Entahlah...
Betul orang cakap,minat sahaja tapi tak buat pun tak guna.......
Perkara normal ke minat perkara yang kita tak pandai/mahir?
Labels:
Tarmizi menulis
15 comments:
selalu macam ni jugak. tapi, kalau dah minat tu, kena asah selalu sampai menjadi. baru dapat rasa hasil dia.
perkara biasa bagi ejulz.. ejulz minat main bola sepak, futsal, badminton, dan banyak lagi.. tapi x berapa pandai.. main suka2 untuk keluar peluh je. hehe
Kalau sepak takraw..cuba main feeder....
ala mudah kan ja AT Mzi..lakukan yang minat dan pandai buat..ikut macam saya saya minat saya buat. Tak minat takkan pandai punya hehehe harap membantu ya.
atau asa kemahiran takrw bertubi2 pasti timbul minat sebab akhirnya pandai dah lipat
jika ada pendorong di sebelah pastinya minat itu akan dtg dgn sendirinya..
sofie adie betul juga cumanya kadang kena ada bakat baru boleh jadi
ejulz samalah dengan saya..suka-suka nak keluar peluh tapi tengok takraw macam best ja bila diorang gulung
Safirul Amar memang sekolah dulu saya main feeder =) hahaha..tapi tak pandailah
Etuza Etuza saya cuba cikgu =)
Abam Kie lain macam bunyinya tu cikgu
Kena minat benda yang selalu kita buat.
Atau jadikan sesuatu kemahiran kita sebagai minat/hobi.
berminat tetapi tidak berbakat ..itu yang sebetulnya..
ramai minat bola sepak tetapi lagi ramai yamng tidak pandai main bola.
perkara biasa..
minat dengan awek tetapi tak pandai tackle sama juga tu
Warisan Petani betul juga
mrhanafi boleh jadi juga
Post a Comment