Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Perkara yang kita lihat di media sosial terkadang tak sama dengan realitinya..
Kita lihat mereka share kata-kata nasihat, tapi alam realiti mungkin dia manusia paling jahat.
Kita lihat mereka upload gambar mesra sekeluarga tapi sebenarnya sedang bergelut dalam mengatasi masalah dalam keluarga mereka.
Kita lihat ada yang upload makan di tempat mewah,pergi melancong dan membeli barangan berjenama tetapi ada hutang dengan kawan yang masih belum dijelaskan.
Kita lihat peniaga upload bisnes maju,untung sahaja tetapi hakikatnya sudah tiga bulan rumah tidak dibayar sewa,kereta hampir ditarik,makan meggi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Terkadang yang dilihat dalam media sosial tak sama dengan realiti.
Kebiasaannya kita hanya ingin tunjukkan kegembiraan,pencapaian yang dimiliki, dan sebagainya..yang sedih dan sengsara simpan sendiri-sendiri sahaja.
Sama sahajalah dengan saya ini.
Dalam blog,dalam fb,dalam ig, kebiasaanya hanya share benda yang menunjukkan diri yang gembira dan bahagia...
Sedangkan realitinya, terbit rasa kerdil melihat mereka yang sebaya sudah berjaya dan bahagia..
Maaflah ya, terkadang ada masa saya berkongsi kisah,tips berniaga sedangkan saya hanya penjaja kecil-kecilan...
Tak layak rasanya.....
Dalam media sosial saya tunjukkan kebahagian,gembira dengan hidup sedangkan dalam realiti ada masanya saya menjerit ketegangan kerana tekanan dan kebimbangan dalam masa depan hidup saya.
Tak sama yang ditunjukkan dan yang dialami sebenarnya...
Gambaran dalam media sosial tak sama dengan realiti.
8 comments:
setuju banget..
don't jude a book by its cover :))
regards,
www.CHIPPEIDO.co.vu
yeah...kinda of evil eyes eerywhere...so depends pada mindset kita.
peduli apa yg org nak judge....
may Allah ease your way ^_^
Kita lihat ada yang upload makan di tempat mewah,pergi melancong dan membeli barangan berjenama tetapi ada hutang dengan kawan yang masih belum dijelaskan
-Win-
Chippeido yep,never judge book by its cover =)
sofie adie tapi tulah,kadang susah nak ingnore jer ni..insya-Allah..mudah-mudahan mudahlah hidup kita semua =)
Safirul Amar perit tapi tulah realitinya...
Teruskan kehidupan..manis pahit hidup realitinya ..semoga sentiasa tabah..bersabar mohon padaNya tips2 kehidupan yang Allah rahmati..
Etuza Etuza insya-Allah cikgu, terima kasih atas nasihat dan panduan =)
Post a Comment