Friday, September 28, 2018

Hidup ini

Hidup ini...
Rasa sunyi,
Bila yang sentiasa di sisi,
Hilang tak berjumpa lagi,

Hidup ini,
Rasa kosong,
Penuh dengan lompong,
Sentiasa dalam kepompong

Hidup ini,
Rasanya macam dah mati,
Sebab tak tahu jadi apa nanti,
Lena dibuai mimpi.

Hidup ini,
Aku cuma mahu hidup aku,
Ringkas dan bersahaja,
Bersyukur apa adanya,
Bersabar apa yang tiada..

Tarik nafas, lepas...

Hidup aku ni...

Entahlah sudahnya bagaimana nanti

12 comments:

ray said...

deep

Farhana Jafri said...

bestnya puisi ni. keep it up

PeRdU cINta said...

Permulaannya..hujungnya hidup..DIA rencanakan..dan manusia hanya boleh usahakan sahaja.

Etuza said...

Erti hidup yg paling bermakna ialah kita tahu hargai kehidupan ini dan merasa begitu bersyukur atas apa juga nikmat yang Allah beri.Alhamdulillah Trmizi miliki itu..teruskan hidup dengan penuh syukur dan ceria

Cik Suerin said...

Bersabarlah ya tuan blog, hidup ini memang penuh dengan cabaran. Sama-sama kita bersabar dan teruskan kehidupan dengan sebaik mungkin :)

Follower #220

mrhanafi said...

good try bro...

kesudahan nanti kita akan ke Jannah.

aamiin

At-Tarmizi said...

Raydah thanks =)

At-Tarmizi said...

farhanna jafri thanks =)

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta setuju =)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza terima kasih cikgu atas nasihat dan pandangan =)

At-Tarmizi said...

Cik Suerin terima kasih, terima kasih juga sebab sudi follow blog saya =)

At-Tarmizi said...

mrhanafi thanks bro, insya-Allah..amin =)

Post a Comment