Monday, September 3, 2018

Kekesalan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kekesalan.

Izinkan saya berkongsi kekesalan yang masih berkesan dalam hati saya ini.

Kekesalan pertama, semasa sekolah menengah dahulu, saya kena isi borang pulang buku teks, dan saya dengan jujurnya isi...memang banyak buku teks yang saya hilangkan. Saya daripada kecil sampai besar memang selalu hilang barang,buku dan sebagainya. Jadi saya isilah, tak silap lebih kurang 4 buah buku,satu buku didenda 30 ringgit kalau tak salah. Tapi yang buat saya rasa macam kesal sedikit tu sebab ada kawan yang hilang banyak juga buku tetapi dia menipu,dia tulis semua buku ada lagi dekat borang pemulangan buku teks itu, rasa macam saya ni bodoh pula,sebab jujur sangat. Tak pasal mak bapak saya kena keluar duit sampai seratus lebih.

Itu antara kekesalan saya yang sehingga hari ini saya rasa macam tak guna kalau jujur sangat.

Kekesalan kedua saya bila saya terlalu ikut kawan, saya memang daripada dahulu terlalu ikut kawan, atau rasa takut bila tak ada orang yang nak berkawan dengan saya, banyak kisah saya terlalu ikut kawan ni, tapi saya ringkaskan cerita, kawan akhirnya ada hidup masing-masing dan saya pula masih tercari-cari arah dalam hidup.

Kekesalan seterusnya, pernah sekali semasa belajar dahulu, kena buat assignment buat poster untuk kelas Bahasa Inggeris, saya punya beria-ia nak buat,konon macam pandai buat poster pakai Adobe Photoshop, tapi sebenarnya memang saya tak pandai guna, sudahnya kami cuma dapat C+ untuk assignment tu, dan saya rasa macam buang masa sahaja serta dipersalahkan oleh ahli group lain sebab tunjuk pandai. Buang masa dan tenaga saya edit poster itu bila cuma dapat C+ sahaja.

Banyak sebenarnya kekesalan saya, tapi yang lain itu saya simpan dahululah..rasa kalau nak tulis untuk saya meluahkan rasa dan menenangkan kekacauan jiwa, saya akan tulis.

Maaf atas luahan kekesalan ini,moga dapat jadi pengajaran kepada sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini .

9 comments:

Nurul Najihah said...

Sebenarnya banyak sahaja kekesalan yang kita rasa dan alami. Tetapi kita perlu mengakui bahawa disebabkan rasa kesal itulah, kita mula belajar untuk belajar dari kesilapan. Walaupun pahit tapi telan sahaja. Ubah dari sekarang untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

Warisan Petani said...

Peribahasa Melayu ada menyebut:
'Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna'

At-Tarmizi said...

Nurul Najihah terima kasih,insya-Allah akan cuba saya perbaiki diri menjadi lebih baik =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani betul,sesal kemudian tidak berguna, harapnya sedikit sebanyak kesilapan dan kekesalan saya ini boleh sedikit panduan.

Etuza said...

Asalamualaikum At

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza walaikumsalam cikgu =)

Dunia Zumal said...

Jangan dikesal perkara yang telah berlalu kerana mungkin itu ujian buat kita. Sebenarnya nasib kita lebih kurang gak...

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal terima kasih tapi zumal lebih kuat dan tabah

Cuya said...

tak usah dikesal....yang lepas biar lepas,hidup kena maju ke hadapan..hehehe

Post a Comment